Aduhai Henry......




Henry berharap tidak disenaraikan pada perlawanan pertama di Emirates Stadium pada suku akhir final Liga Champions melawan bekas kelabnya, Arsenal, pada 31 March . Menurutnya, akan terasa janggal baginya bermain di Emirates memakai jersi lain selain Arsenal.

Henry mewakili Arsenal pada 1999-2007. Ia merupakan salah satu legenda hidup Arsenal, yang masih sangat dicintai peminat "The Gunners". Keputusannya pindah ke Barcelona pada 2007 dulu pun masih boleh diterima dengan hati terbuka oleh peminat.

Henry sendiri masih mengaku mencintai Arsenal. baginya Arsenal adalah klub yang mengembalikan kepercayaan diri dan keyakinannya, setelah terbuang dari Juventus pada 1999.

Henry, Arsenal, dan Barcelona punya pertalian sejarah pahit yang terjadi pada final Liga Champions 2006, di mana Barcelona mengalahkan Arsenal 2-1. Bagi Henry, akan menjadi ironi, bila kini, ia akan menjadi sebahagian pasukan yang akan menghancurkan impian Arsenal.

"Aku tak mengatakan tidak akan cuba untuk berjuang atau apa pun karena seperti itulah permainan. Namun, aku tak ingin melawan Arsenal. Janggal bagiku melangkah masuk padang Arsenal, sekalipun itu adalah Emirates, dan bukan Highbury, dengan mengenakan kostum pasukan lain," kata Henry.

Ketika ditanya apa yang akan dia lakukan bila berhasil menjaringkan gol di gawang Arsenal, Henry hanya mengatakan, "Lupakan itu, aku hanya tidak mahu bermain melawan Arsenal. Ikatan yang kumiliki dengan peminat Arsenal tak mungkin akan kudapatkan di tempat lain, karena aku tak pernah berpikir akan bermain dalam tempoh selama itu (8 tahun) untuk pasukan lain. Aku semakin tua," tambahnya lagi... (SKY)

Comments

  1. sebak dan terharu aku membacanya..terkenang saat manis bersama lagenda arsenal ini di highbury mahupun emirates....sedihnye...huwaaa....

    ReplyDelete
  2. Itulah yang dinamakan lagenda sejati.. Terasa serba salah bila kelabnya skrg menentang kelab lamanya.. Jika dibandingkan Adebayor, Henry lebih tahu mengenang budi.. Diambil dari Juventus, sehingga menjadi penyerang terbaik dunia.. Aku teringin sgt nk tgk Henry jejak semula di Emirates bersama tulisan di bajunya "Fly Emirates".. :(

    ReplyDelete
  3. Henry akan kembali..jika bukan sbagai player mungkin sbagai staff AW..tk tahulah kalau Wenger dh pencen. tk dapat kubayangkan jika dia menjaringkan gol kmenangan barca disaat2 masa kecederaan jika berkesudahan seri..

    ReplyDelete
  4. Sebagai peminat Henry dan Arsenal, aku terkilan semasa Henry berpindah...walaupun begitu, kita kena terima hakikat bahawa ia adalah baik untuk pembangunan player muda Arsenal. Kita pun faham tidak selamanya seseorang itu kekal di satu2 kelab...macam kerja, jika ada offer tinggi, kita akan bergerak utk kepentingan peribadi kita dahulu sbb ia periuk nasi kita...tmpat bekerja skrg cuma sebahagian dari tempat utk pembangunan bakat kita...

    tentang perlawanan menentang Arsenal, aku tidak rela melihat pemain bola yang aku minat kelihatan longlai menentang kelab lamanya...dlm keadaan ini Henry kena beranggapan bahawa Arsenal adalah musuh dan bermain bermati-matian utk kelab barunya...Henry kena buktikan bahawa dia berbaloi utk kelab yg membayarnya krn aku yakin Henry seorang yang professional...

    ya, aku mahu melihat Arsenal menang kerana kemampuannya, bukan kerana belas kasihan dan kesan emosi pemain lamanya...jika Arsenal kalah kerana gol Henry, ia tentu ada kesilapan yg perlu dibaiki oleh pihak Arsenal...aku boleh terima hakikat kekalahan dgn Barcelona...tp jika Arsenal menang dgn Barcelona, ia akan membuktikan bahawa tidak sia-sia Henry menjadi penyokong no.1 Arsenal sepanjang hayat...

    ReplyDelete
  5. Henry oh henry...sudah la tu peminat2 arsenal...aku paham ngan korang semua....aku pun sedih baca komen korang..jgn la nk mengunkit perkara yg lepas.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil