17 February 2010

Wenger: Kekalahan Yang Sukar Di Telan

AM: Apa pendapat anda mengenai kekalahan 2-1 di Porto??

AW: "Kedua-dua pasukan menunjukkan semangat yang bagus. Ia sukar untuk menelan kekalahan seperti itu. Malangnya kami kalah perlawanan ni, tetapi kami masih dalam permainan. Kami mempunyai peluang yang baik untuk mengubah keadaan di perlawanan kedua nanti. Gol yang kami lepaskan sukar untuk dibayangkan dalam sebuah perlawanan Champion League. "

AM: Mengenai gol kedua Porto ...??

AW: "Apa yang boleh anda lakukan? backpass itu tak disengajakan. Di mana anda melihat pertahanan menendang bola kembali dengan jari kakinya? Ia benar-benar tidak disengajakan. Bola tu terkena Sol, bukan disengajakan dan ia seharusnya sepakan percuma. Ianya sukar untuk memahami bagaimana pengadil boleh memberi gol tersebut atau saja tidak melihat. Jadi, pada indirect free-kick, jika anda membenarkan pasukan untuk main pantas, hanya lima meter dari pintu gol, bagaimana pasukan mahu bertahan ? Ini adalah lebih baik daripada penalti. Sukar dipercayai bahawa pengadil membenarkan Porto bermain terus dan menyumbat bola ke gawang.

"Saya belum pernah melihat perkara sebegitu dan saya telah lama dalam bola sepak. Ia benar-benar tidak sepatutnya berlaku bahawa dia membenarkan perkara itu berlaku. Ketika pengadil memberi sepakan percuma dia sepatutnya memberi ruang kepada kami untuk bertahan, kalau tidak lebih baik bagi saja gol tersebut.

"Dalam situasi tersebut dimana mereka mungkin tidak ada peluang langsung dan juga tidak ada sepakan percuma, pengadil memberi gol kepada mereka. Ianya sukar untuk difahami, tapi mungkin saya tak cukup bijak."

AM: Bagaimana prestasi Łukasz Fabiański ... ??

AW: "Saya tidak mahu salahkan secara individual kepada prestasi Lukasz ' pada malam ini dan tidak mahu menilai prestasi dia di depan semua orang. Saya percaya bahawa anda harus menerima bahawa anda kalah sebagai pasukan dan menang sebagai pasukan. Setiap prestasi individu tidak perlu dianalisa kepada umum.

AM: Rayuan penalti Tomas Rosicky di babak kedua ... ??

AW: "Saya percaya ada ianya penalti yang kuat bagi kita untuk Rosicky malangnya ditolak. Saya juga merasakan bahawa kekasaran berulang kali di kawasan tengah tidak dihukum. Tapi Porto bermain baik, dan kami memiliki peluang menukar keputusan dalam game kedua nanti. Itu yang akan kami cuba lakukan, dan saya yakin kami akan dapat melakukannya. "

AM: Mengenai prestasi Sol Campbell ... ??

AW: "Dia mempunyai permainan yang baik. Dia sangat kecewa dengan gol kedua tapi dia bermain dengan baik. Ketika anda bermain pada tahap ini anda tidak mahu melepaskan gol seperti itu. Dia menjaringkan gol penting yang boleh membuktikan menjadi penting dalam kelayakan . Kami akan memberikan segalanya pada perlawanan kedua di tempat sendiri nanti. Hanya itu yang kami boleh lakukan. Saya kecewa kerana kami kalah perlawanan ini tapi kami memiliki peluang baik untuk melakukannya di tempat sendiri. "

6 comments:

  1. minah tu backup fabianski lagi la..takda mata ape...tp love punya pasai...

    ReplyDelete
  2. aiyak.. translate je ker?

    ReplyDelete
  3. minah?minah rempit tu ke?hahaha

    err..kalo aku jadik wenger, aku kritik je fabianski dpan press bior die sedar skit.Tp wenger berlembut sgt dpan press ...

    ReplyDelete
  4. 2nd gol tu fuck the ref la....ok la bg direct freekick tp yg dia gi block campbell lps dia letak bola tu apsal..
    ms henry amek direct freekick dlu..mana ada yg kosong depan dia, siap ada wall defend lg..ref ni jugak la yg allowed gol hasil air tangan henry dgn France ms world cup qualifying aritu...

    tp apa pn, defend arsenal nmpk rapuh akhir2 ni..adakah rapuh sebab striker tumpul???

    ReplyDelete
  5. bkn kurang fokus tp kurang ilmu kepengadilan..baik aku jer jd pengadil kalu setakat x tau ape2 mcm tu..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan