05 February 2010

Update Kecederaan Pemain Arsenal

Carlos Vela masih mengalami kecederaan lutut beliau, beliau yang kali terakhir bermain semasa Arsenal menentang Bolton di Emirates. Kecederaan tersebut dijangka akan memakan masa tidak berapa lama. Tetapi untuk perlawanan menentang Chelsea nanti Vela disahkan tidak akan beraksi. Vela boleh beraksi dibahagian serangan atau dibahagian sayap kiri. Merupakan pemain berbakat dari Mexico.

Ini pula berkenaan pemain paling pantas Arsenal, Theo Walcott. Beliau yang baru smbuh dari kecederaan masih tercari-cari lagi rentak permainan selepas bermain menentang Stoke dalam FA Cup yang mana bagi aku Walcott bermain dengan agak teruk,memang teruk. Tetapi Wenger menegaskan yang Walcott perlu diberi masa untuk dia kembali kepada prestasi terbaik dia. Aku harap lawan Chelsea nanti Wenger akan guna khidmat dia.Kasi tambah kelajuan dan harap Ong dia semasa menentang Chelsea berterusan. Untuk rekod Walcott telah 2 kali menyumbat gol semasa menentang Chelsea.

Abou Diaby dikhabarkan masih 50-50 untuk bermain menentang Chelsea ahad ini.Beliau yang masih mengalami kecederaan betis masih bergelut untuk cergas sepenuhnya sebelum sepak mula ahad ini. Aku rasa Diaby kena sembuh cepat,musim nie dia banyak improve dan makin berkesan peranan dia musim nie. Abang aku pun dh jadi die hard fan die,dulu kutuk tak ingat,hahaha.So aku harap Diaby boleh main jumpe Chelsea nanti.
Ketiadaan RvP akibat kecederaan panjang dijangka akan diambil alih oleh Eduardo. Tetapi dengan kecederaan yang menimpa beliau sebelum perlawanan menentang Manchester United baru-baru ini membawa padah apabila Arsenal makin kekurangan pilihan pemain penyerang. Arsenal dijangkan akan membuat pembelian musim sejuk yang telah tamat baru-baru ini tetapi harapan fan punah apabila Wenger gagal membawa pemain masuk melainkan Campbell. Dengan kecederaan terbaru Eduardo, Bendtner dijangka akan mengetuai serangan ketika menentang Chelsea nnt.

So aku harap dengan artikel yang tak seberapa nie,boleh menambah info kawan-kawan sumer.Jom member2 yang berasa di sekitar shah alam or lembah klang, serbu venue terdekat anda. Go Arsenal Go!!!!!We are Arsenal!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan