05 February 2010

Tak Boleh Kalah Dengan Chelsea!!


Salam sumer kawan2, rini dengan resmi aku bertugas semula.Agak lama aku meninggalkan blog kesayangan fan-fan Arsenal Malaysia nie. Hope sumer baik2 belaka walaupun aku tau sumer tengah berduka lara pasal Arsenal tak menang satu game pun sejak kalah FA cup ngan Stoke pastu seri plak ngan Aston Villa then kena belasah ngan Mancester United. Apa nak jadi dengan impian untuk merangkul sekurang-kurangnya 1 piala musim ini,adakah akan berkecai sekali lagi dan adakah kita akan terus menanti skuad sedia ada ini untuk dituai hasilnya selepas agak lama mereka bersama??

Aku rasa musim ini kita masih berpeluang untuk sekurang-kurangnya mengapai satu piala, dan Arsenal masih lagi berpeluang memenangi EPL tetapi dengan syarat, perlu menewaskan Chelsea ahad ini untuk sekurang-kurangnya mengurangkan lagi jarak dari 6 mata kepada 3 mata.Baru nie aku terbaca yang Nasri menyeru player2 Arsenal untuk bangkit menewaskan Chelsea sekiranya masih bercita-cita nakkan piala musim ini. Nasri menegaskan yang Arsenal berada dalam tekanan apabila bertemu pasukan teratas dan menganggap mereka layak untuk kejuaraan dan akibatnya Arsenal tewas kepada pasukan tersebut dengan margin yang agak besar.Arsenal sebenarnya bagi aku perlu main macam biasa,tak da tekanan sangat.

Aku tgk trend dh berbeza,jumpa Chelsea kat tempat sendiri Arsenal kena titik,tapi jumpa Man U kat Old Trafford just kalah 2-1 or mybe boleh seri 2-2 dengan Arsenal bermain corak dan semangat permainan yang bagus.Aku rasa tak da alasan Arsenal tak boleh menang jumpa Chelsea ahad ini, msti buang tekanan sebab bagi aku Chelsea lagi tertekan main tempat sendiri.So aku harap game Ahad nie akan menjadi permulaan semula bagi Arsenal untuk mengejar kejuaraan liga.Come fan Arsenal terutama Malaysia, pray hard for ur team this Sunday. Aku Harap sangat Arsenal kalahkan Chelsea dengan 2-0. In Arsene We Trust!!!Adios

1 comment:

  1. nice to see u back...keep the good work

    UP THE ARSE!!!

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan