18 February 2010

'Sukar untuk difahami gol seperti itu'


PORTO: Arsene Wenger dan Sol Campbell membidas kesilapan pengadil, Martin Hansson yang membuat Arsenal derita selepas kalah kepada FC Porto 2-1 dalam saingan perlawanan pertama, kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah, kelmarin.

Pengurus skuad The Gunners itu melenting apabila menegaskan Porto tidak harus dibenarkan mengambil sepakan percuma serta merta selepas penjaga gol, Lukasz Fabianski didakwa mengutip bola hantaran ke belakang oleh Campbell.

Situasi itu membantu Falcao menjaringkan gol kemenangan pasukan tuan rumah minit ke-51 ketika Campbell - yang terdahulu menyamakan kedudukan untuk pasukan - mempertikaikan pengadil itu menghadangnya apabila bersedia untuk bertahan menyekat sepakan percuma lawan.

Rasa perit Arsenal sudah pun bermula selepas Fabianski menghadiahkan gol pertama Porto minit ke-11 selepas bertindak hambar menyekat hantaran lintang Silvestre Varela. Ia dilabel kesilapan ‘budak sekolah’.

Hansson dari Sweden adalah pengadil sama yang membenarkan jaringan oleh Thierry Henry yang menampan bola ketika Perancis menewaskan Ireland Utara dalam play-off Piala Dunia, November lalu.

“Ia lebih baik daripada penalti. Sukar dipercaya dia membenarkan Porto bermain serta merta dan meletakkan bola ke dalam jaringan. Saya sudah lama terbabit dalam bola sepak dan saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu,” kata Wenger.

“Sama ada penjaga gol memegang bola sehingga semua pemain sudah turun, atau pun dia memberikan bola itu, peraturan itu tampak menggalakkan pemain untuk menjadi tidak adil.

“Daripada situasi di mana tidak ada peluang langsung untuk menjaringkan gol, pengadil menghadiahkan kepada mereka. Ia sukar untuk difahami. Mungkin saya tidak begitu bijak.” - AFP

2 comments:

  1. serius ar tu bkn pengadil..bek xyah ada pengadil..

    ReplyDelete
  2. keeper bkn keeper
    pengadil pn bkn pengadil
    tu la jdnye

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan