27 February 2010

Stoke 1-3 Arsenal: Kemenangan Arsenal Untuk Ramsey!!

What a game!!! Perlawanan yang dijangka sukar bagi anak didik Arsene Wenger bertukar tragedi yang mengerikan. Aaron Ramsey yang kembali memberi aksi bertenaga telah mengalami kecederaan teruk apabila kaki kanan beliau patah akibat terjahan keras Ryan Shawcross. Tetapi sebelum aku mengulas lebih panjang kecederaan Ramsey baik aku memberi sedikit gambaran kesebelasan utama Arsenal pada pagi ini :-

Arsenal Team XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Ramsey
Eboue---Bendtner---Nasri

Sub: Fabianski, Silvester, Armand Traore, Rosicky, Walcott, Vela, Eduardo.

Arsenal bermula dengan beberapa perubahan dalam skuad yang menang di Emirates minggu lepas, dengan Sagna mengambil balik tempat selaku back kanan manakala Campbell mengantikan Silverster sebagai pertahan tengah kanan. Eboue yang beraksi cemerlang turut dikekalkan tetapi bermula sebagai pemain sayap kanan.

Arsenal bermula agak buruk apabila Stoke memperoleh gol pertama seawal minit ke-8 hasil bola throw-in Delap yang menemui Pugh untuk memberi pendahulu kepada Stoke. Tetapi selepas gol tersebut Arsenal lebih berhati-hati untuk memberi throw-in kepada Stoke dan berjaya mengawal permainan selepas itu. Arsenal pada mulanya gagal menembusi pertahanan Stoke memandangkan mereka berkubu untuk mempertahankan gol tersebut.

Tetapi pada minit ke-32 muncul pemain yang semakin mendapat kepercayaan Wenger iaitu Bendtner yang bijak menanduk bola hantaran Cesc Fabregas untuk menewaskan Sorensen. Permainan berkesudahan seri 1-1 untuk separuh masa pertama.

Separuh masa kedua pula menyaksikan Arsenal terus menerus mengasak kubu Stoke City. Fabregas, Nasri, Ramsey, Eboue serta Bendtner tak berhenti mengatur permainan dan cuba mencari gol pendahulu. Tetapi ternyata Stoke bukanlah satu-satunya pasukan yang mudah ditewaskan di gelanggang mereka sendiri.

Selepas Shawcross dibuang pada pada minit ke-66 kerana terjahan keras keatas Ramsey, Arsenal membuat beberapa pertukaran dengan memasukkan Rosicky mengantikan Ramsey yang cedera kemudian disusuli Walcott yang mengantikan Eboue serta Eduardo yang masuk mengantikan Nasri.

Arsenal berjaya mendahului hasil gol penalti yang disudahi kapten Arsenal iaitu Cesc Fabregas pada minit ke-90 selepas bola yang disungkit Bendtner terkena tangan pertahanan Stoke. Arsenal mendahului 2-1 untuk memberi kelebihan memenangi perlawanan ini. Masa tambahan permainan yang berlarutan selama 7 minit memberi peluang Arsenal menambah jaringan dan hasilnya pada minit ke-90+3 Arsenal menambah gol ke-3 apabila Vermaelen yang tidak dijaga menerima hantaran Fabregas untuk menampan bola ke jaring.

Jadi dengan kemenangan 3-1 keatas Stoke City pada pagi ini memberi kelebihan Arsenal dalam perebutan Liga pada musim ini. Ini kerana pendahulu Liga iaitu Chelsea keciciran 3 mata pada malam ini, kalah 4-2 kepada Manchester City yang memberi persembahan yang baik. Jadi Arsenal tak boleh menoleh kebelakang lagi, dan perlu fokus kepada permainan pasukan.

Sebelum seputra tutup review pada pagi ini, aku nak highlight incident yang melibatkan Aaron Ramsey dengan Ryan Shawcross yang mengakibatkan kaki kanan Ramsey terkulai dan disahkan patah. Incident tersebut mengingatkan kepada kecederaan yang menimpa Eduardo 2 tahun lepas yang masa itu Arsenal sedang dikemuncak liga dan selepas itu pasukan mengalami trauma dan memberi kesan kepada pasukan sehingga gagal mempertahankan kedudukan teratas liga.

Vermaelen ternyata terpapar kesedihan diwajah beliau, begitu juga kapten pasukan Cesc Fabregas yang begitu kecewa dan marah. Shawcross sendiri selepas dibuang padang datang meminta maaf kepada Ramsey dan menangis meninggalkan padang.Tetapi perjuangan perlu diteruskan juga, dengan kemenangan Arsenal pada malam ini, aku rasa kemenangan ini merupakan hadiah kepada perjuangan Ramsey yang berakhir musim ini.

Diharap Ramsey cepat sembuh dari kecederaan ngeri tersebut dan mengambil semangat Eduardo yang cedera seperti beliau dulu. Harap Ramsey dapat bermain semula selepas sembuh nanti. Sebak aku dengan game pagi nie. Feeling dia lain macam sket sebab Arsenal merupakan pasukan true football. Get Well Soon RAMSEY!!!!!! Go Arsenal Go!!!!!

3 comments:

  1. aku rasa minggu nie kita tak leh celebret kejayaan mengalahkan Stoke kat tempat depa sebab kemalangan yg menimpa Ramsey...so doa la sumer fan agar Ramsey leh main lagi pasni

    ReplyDelete
  2. boleh men ag..tpi lepas bape taun .sedih..tul la..klu fab rehat x de play maker

    ReplyDelete
  3. Ramsey mmg pemain berpotensi besar, dengan pasukan Wales pun dia dh main tuk senior team...so dia mmg terbaik buat masa nie,sayang bila jadi mcm nie...Aku rasa pasni Wenger akan beli pemain lagi, tak pun trus bagi Wilshire or Lansbury main amek tempat Ramsey.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan