15 February 2010

Robin van Persie: Arsenal ada di dalam hati pemain, tidak mudah untuk ditinggalkan


Robin van Persie mendedahkan beliau telah menolak tawaran daripada empat pasukan yang berbeza (dipercayai pasukan itu ialah Chelsea, Manchester City, Juventus & Inter Milan ) untuk kekal bersama The Gunners, walaupun jika Arsenal tidak meraih piala dalam tempoh empat tahun.

Dan bercakap tentang kecederaanya, Beliau memberitahu bahawa betapa kecewanya kerana tidak dapat membantu rakan sepasukan walaupun teringin sangat untuk melakukanya.


Dan dalam berita yang lain pula, Arsenal dilberitakan telah gagal untuk menandatangani penyerang Everton, Louis Saha sebelum transfer window ditutup.

Sekarang Wenger harus menunggu sehingga musim panas sebelum membeli seorang penyerang baru dan Marouane Chamakh dilaporkan dalam perjalanan ke Emirates daripada Bordeaux.

Diberitakan bahawa warna putih tidak akan ada pada lengan jersi Arsenal musim 2010/2011. Ini mungkin kerana Arsenal ingin merayakan kewujudan Arsenal yang sudah 125 tahun.

3 comments:

  1. cayalah persie! dan diharapkan chamakh dpt memberikan impak yg besar kpd misi the gunners, sesuai dan berbaloi dgn kepayahan utk mndapatkannya..

    ReplyDelete
  2. Semangat macam RVP inilah yg sgt patut ada dalam setiap pemain Arsenal...kuat berjuang dan setia pada kelab walupun suka dan duka.bak kata pepatah tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula tempat belajar cara arsenal jadi penyerang..Tahniah RVP...

    Untuk bakal permata baru Arsenal, Marwan As-Samakh @ Marouane Chamakh...kami fan Arsenal Malaysia mengalu-alukan kehadiran mu bagi memantapkan lagi serangan pasukan arsenal...tak sabar2 aku utk lihat skill dan gaya permainan Marwan As-Samakh ini yg dikatakan mirip ala2 C.Ronaldo...Sudah lama rasanya kita tidak merasai pemain2 berskill tinggi macam star lampau kita spt T.Henry,D.bergkamp&M.Overmars..harap2 Chamakh ni pun tak kurang hebatnya juga...

    ReplyDelete
  3. pic jersi baru tu nasib baik la photoshoped teknik...klu betul2 la..x lawa lah, siap ngn kolar putih lg...huhuhuhu

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan