Preview: Stoke City vs Arsenal FC

Hari ini Stadium Britannia skali lagi akan menjadi medan pertembungan Stoke City bertemu Arsenal FC. Stadium keramat Stoke ini merupakan kubu kuat mereka sejak dulu lagi, rentetan kekalahan kepada Stoke sejak musim lepas memberi kesan psikologi kepada skuad Arsenal untuk membuktikan yang Arsenal mampu mencabar kejuaraan kali ini. Sama-sama kita saksikan barisan kemungkinan Arsenal pada awal pagi nanti :-

Arsenal Malaysia's Team Predicted XI

Almunia
Eboue---Silverster---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Rosicky
Walcott---Bendtner---Nasri

Wenger jelas berhati-hati untuk berkunjung ke Stoke kerana mereka mempunyai kelebihan ketika bermain digelanggang sendiri. Stoke untuk rekod 5 perlawanan terdahulu memengangi 2 perlawanan dan seri 3 kali. Wenger juga memuji Stoke yang banyak menunjukan peningkatan sejak dinaikkan dari Liga Championship dua musim lepas dan merasakan yang mereka bukan saja bahaya bila balingan bola, tetapi set piece mereka juga memberi kelebihan kepada mereka.

Awal pagi ini kita dijangka akan menyaksikan skuad hampir serupa ketika kemenangan Arsenal keatas Sunderland minggu lepas. Almunia akan terus beraksi, barisan pertahan pula bakal menyaksikan Silverster berkemungkinan besar mengekalkan tempat beliau setelah Gallas disahkan gagal sembuh dari kecederaan betis beliau. Campbell juga berpeluang beraksi tetapi harus mengelak kesilapan serupa ketika menentang lawan sama ketika FA Cup lepas yang menyaksikan Arsenal tewas 3-1 kepada Stoke.

Clichy memberi jaminan kepada fan yang beliau akan menjaga rapi set piece throw-ins Stoke yang sering kali memberi ancaman kepada Arsenal. Clichy yang kembali menunjukan prestasi yang agak memberangsangkan sejak kembali dari kecederaan memberitahu yang beliau pada ketika ini sangat bersedia dengan perlawanan awal pagi nanti dan berharap Arsenal mencatatkan keputusan baik dalam perlawanan tersebut. Eboue berkemungkinan besar akan beraksi sebagai back kanan, tetapi mungkin juga sebagai pemain sayap kanan.

Jentera tengah Arsenal pula akan selesa dengan Fabregas beraksi bersama Song dan berkemungkinan besar Rosicky akan diberi aksi permulaan, tetapi aku merasakan yang Ramsey lebih baik kerana prestasi beliau agak bagus pada ketika ini. Fabregas yang beberapa perlawanan terdahulu menampakan yang beliau agak kekurangan idea serta keletihan, tetapi sebagai kapten pasukan aku mengharapkan agar beliau tunjukan prestasi konsisten sepanjang kempen Liga Perdana.

Barisan serangan Arsenal sekali lagi akan diketuai oleh Nicklas Bendtner walaupun fan masih tidak percaya dengan kemampuan beliau sebagai penyerang yang berkaliber tetapi dengan tiada pilihan Wenger terpaksa berharap yang Bendtner dapat membuktikan kemampuan beliau sekali lagi pada awal pagi ini. Walcott yang mengejar tempat dalam skuad England berharap akan beraksi lagi pada perlawanan ini dan Wenger berharap beliau akan memberi aksi bertenaga dan mampu mengucar-kacirkan pertahanan Stoke. Nasri pula seperti biasa akan mengambil tempat disebelah kiri membantu serangan Arsenal.

Dengan barisan utama tersebut, fan Arsenal Malaysia berharap anak didik Arsene Wenger memberi persembahan baik skali gus memengangi perlawanan pada pagi ini. Perlawanan yang akan berlangsung jam 1.25 pagi nanti akan berlangsung menerusi Astro StarSport . So semua fan Arsenal jom kita memeriahkan venue masing-masing. Arsenal must win tonight! Seputra predict Arsenal menang 2-0. Go Arsenal Go !!!


Comments

  1. wah awalnya karangan seputra ari ni..

    ok utk game mlm ni stoke bkn lah sejenis hidupan yg bleh dilenyek cam tepung kuih donat..kesilapan bleh membuatkan kita yg mjadi donat..

    utk rekod, arsenal tewas kesemua 6 pertemuan terakhir di bitannia..kali terakhir arsenal menang di britannia adlh pd tahun 1982..pd tahun 1986 stoke tersingkir dari premier league dan bertemu semula arsenal pd tahun 2005 di Piala FA, arsenal tewas 2-1..

    Pd tahun 2008, stoke kembali ke premier league dan sekali lg menewaskan arsenal 2-1 di saingan liga.. arsenal terus dihujani badi kekalahan dgn stoke apabila tewas 2-0 pd disember lalu..dan kekalahan terakhir arsenal di saingan Piala FA dgn kekalahan 3-1 pd januari 2010..

    Hari ni arsenal sekali lg akan brtandang ke Britannia dgn satu hrpn agar badi kekalahan dpt dihapuskan seperti mana mghapuskan badi seri dgn boro suatu ketika dulu..

    Aku percaya arsenal mampu menang jika dpt menafikan lontaran ke dalam delap krn gol-gol yg dihasilkan stoke bknnya gol yg bleh dibanggakan..drp 4 perlawanan terakhir dgn arsenal, stoke mghasilkan 6 gol.. 2 gol drp hantaran lintang, 1 gol penalti dan 3 gol adalh dari tgn delap..

    Kesimpulannya arsenal mampu menang tp agak perit dan perlu bkerja keras krn stoke mmg liat di tmpat sndiri, tp serangan mrk bleh dipatahkan jika arsenal mampu menangani serangan drp set piece terutama lontaran ke dlm oleh delap si tuala “good morning”..

    Walau siapapun yg bakal diturunkan Pak Wenger pg nanti aku hrp arsenal tidak mengecewakan kita semua.. GO ARSENAL!!!

    Kebarangkalian menang : 50%
    Seri : 40%
    Kalah : 10%

    Prediction: Stoke 1-2 Arsenal

    p/s: sori tuan tanah, karangan ni over lak..(melebihi 360 patah perkataan..)

    ReplyDelete
  2. hahaha...pa da hal,ko baik minta ja kat tuan besar nie jadi blogger mcm aku,leh bantu2 sket2...bleh tahan gak ko punya ayat n fakta...amcm??

    ok mlm nie aku predict 2-0 ja...ingt nak buh 2-1 gak mula2,satgi sama ngan ang tak best la...tak fight...hehehe

    adios!

    ReplyDelete
  3. aiseh seputra..xpe lah kalu cantu aku tukarlah predict aku 1-0..sbb aku melihat kpd rekod pertemuan arsenal di britannia mmg mghampakan dan aku rasa dgn player yg kita ada skrg ni kita hanya mampu mng tipis malainkan keajaiban yg turun dr langit..haha..

    hehe karangan tu aku reka jer..tp mmg fakta yg x bleh diubah2..seperti hati aku yg xkan berubah utk terus myokong the gunners..

    ReplyDelete
  4. chelshiat dropped more points!!!! yessss!!
    br td kalah ngn man.city 4-2...baletti & ballack been red carded!!

    so inilah masanya The Gunners curik peluang. ngn stoke mlm ni mesti main sehabis baik....Come On Gunners!!!!

    ReplyDelete
  5. Kemenangan yg sgt sgt sayu & terharu...2nd birmingham tragedy just hit The Gunners again in two yrs...eventhough we won the game...it very poor to lose ramsey with the terrible injury like tht. harap fan arsenal akan sama2 doakn semoga ramsey pulih dgn baik & dpt main semula dgn Gunners.

    Hope you have a speedy & good recovery Rambo!! we all love & pray for u...this win is dedicated for u mate!!

    ReplyDelete
  6. ramsey injury..

    http://www.dailymotion.com/video/xce7a1_hg398h3gstoraminj_travel

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil