Preview: Chelsea vs Arsenal at Stamford Bridge

Hi, everyone...Malam nie merupakan malam penting bagi Arsenal,tiada pilihan lain melainkan kembali ke jalan yang benar,haha...ke jalan kemenangan da. So aku tengok pic Wenger nie pun aku dh tau yang die tengah susun strategi nak gempur kubu Chelsea. Arsenal perlu menang perlawanan malam ini bagi mengejar pendahulu liga iaitu Manchester yang menang 5-0 ketika menentang Pompey smlm.Ini barisan kemungkinan Arsenal malam ini:

ArsenalMalaysia's Predict XI

Almunia
Sagna---Gallas---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Denilson
Rosicky---Bendtner---Arshavin

Almunia dijangka akan mengekalkan tempat sebagai pengaja gol Arsenal,walaupun prestasi beliau ketika menentang Manchester United tempoh hari ternyata amat teruk sekali. Wenger yang mempunyai pilihan sama ada boleh meletakan Fabianski atau Mannone masih mempercayai Almunia sebagai keeper terbaik Arsenal. Hope Almunia tak buat the same mistake lagi.

Pertahan Arsenal dijangka tiada perubahan dan masih mengekalkan gandingan Gallas & Vermanitor, tetapi di bahagian kanan aku rasa lebih baik Eboue mengantikan Sagna kerana bagi aku Sagna sangat lemah dalam overlaping dan cross ball pun lemah. Back kiri aku rasa Clichy masih mengekalkan tempat dia walaupun permainannya agak teruk ketika menjaga Nani tempoh hari tetapi kita kena harap yang prestasi dia akan kembali ketika jumpa Chelsea.

Bahagian tengah tak banyak perubahan akan dilakukan, Fabregas akan mengetuai jentera tengah disamping Alex Song serta Denilson yang kembali cergas ketika bertemu Manchester minggu lepas. Diaby yang masih belum diketahui nasib dia ketika ini dijangkakan masih 50-50 untuk sekurang-kurangnya berada dibangku simpanan Arsenal. Aku harap sangat Diaby boleh beraksi malam nie.

Fabregas baru-baru ini menegaskan yang dia akan kembali ke Barcelona juga suatu hari nanti,tetapi aku rasa dia akan jadi Arsenal seumur hidup melainkan sebelum dia bersara. Dia dijangka akan ditawarkan kontrak baru dari Arsenal yang mencecah 30juta pound yang mana tempoh kontrak tersebut ialah selama 5 tahun dan dijangka gaji beliau akan meningkat kepada 120 ribu seminggu menjadikan dia pemain termahal yang pernah dibayar Arsenal setakat ini. Untuk rekod beliau ada 3tahun lagi kontrak bersama Arsenal. So jangan mimpi la team lain nak kan die.

Aku rasa malam nie Arshavin masih lagi mengetuai serangan Arsenal memandangankan Bendtner masih belum cergas sepenuhnya walaupun sudah bebas dari kecederaan baru-baru nie. Aku tengok Arshavin walaupun saiz kecik tetapi laju dan berkesan cuma sebenarnya dia dalam kecederaan kecil lagi,tak cergas sepenuhnya sebab tuh tak boleh main dengan bagus mcm mula-mula dia masuk Arsenal tahun lepas.

Dia akan bergandingan dengan Nasri serta Rosicky di bahagian sayap, Walcott yang dah cergas boleh beraksi dibahagian kanan tetapi prestasi beliau ketika ini cukup merisaukan fan. Kalau Walcott beraksi malam ini aku harap ong die ketika bertemu Chelsea menjadi.

Akhir sekali Bendtner, Arsenal yang kekurangan penyerang sepatutnya membuat perpindahan January baru-baru ini kalau boleh just loan saja penyerang mana-mana yang Wenger suka tak yah beli pun tak pa. So Bendtner sekarang dah ada tanggungjawab besar, selepas semua penyerang cedera dengan RvP kemungkinan kembali pada bulan April, Eduardo kemungkinan pertengahan bulan nie dan Vela pun dijangka sebelum habis bulan nie. Sekiranya Bendtner beraksi malam nie,aku harap dia boleh membuat sesuatu selaku target-man,

Tapi aku masih yakin yang Arsenal boleh kalahkan Chelsea sebab sekarang tekanan berpihak kepada pasukan tuan rumah yang mahu mengejar Manchester yang memintas mereka semalam cuma Arsenal kena perkemas permainan bila menghadapi serangan balas dari musuh. Dan aku harap penyerang dan pemain tengah dapat berkejasama dengan baik. Dan Vermaelen akan sekali lagi menjadi ancaman kepada pasukan lawan bila keadaan memaksa. So fan-fan kat Malaysia semua,jom ke venue masing-masing. Game malam ini live kat ESPN pukul 11.55mlm Go Arsenal Go!!!!

Comments

  1. 20 minit lg game..ada sesuatu yg akan menggembirakan kita semua..

    ReplyDelete
  2. Gembira hape..? baru min ke 22 da 2 - 0.. Haha!

    ReplyDelete
  3. onars, ko cerita pasal kemasukan bendtner ke?

    aku mmg dah lama impi nak tgk bendtner mendiamkan pengkritik2nya. bagi aku dia bukan lah perfect striker. kalo ada eduardo atau persie aku lagi rela tgk dorang main dari bendtner tu. tapi sebab dua2 dah injured, aku tak sangka wenger masih berkeras tanak turunkan bendtner awal2.

    target man tu penting laa utk tidak mengganggu pemain tengah dan sayap mencorak serangan. game tadi nampak hidup bila posisi penyerang diambil alih bendtner walaupun beliau gagal menjaringkan gol dan buat slack sikit sekali dua.

    tapi song tetap nampak hampeh di mata aku. gol pertama patut boleh dielakkan kalo song jaga marking drogba baik2.

    huhu. pasneh liverpool lak. kalo takleh makan gak tatau laa aku nak cakap ape.

    tggu chamakh dtg lepas musim panas neh? hehehe...

    ReplyDelete
  4. Apis Persie..kekalahan tu lah yg menggembirakan kita semua hahaha(ketawa dlm nada yg penuh tragis)

    Akeji..kalu bendtner dibandingkan dgn rooney, drogba n torres mmg fail lah kan, tp mamat ni ada kelebihan trsendiri yg kita x berapa nk nampak..AW xde pilihan mlainkan bendtner, 2 player arsenal yg aku nampak mcm betul2 terpikul dgn tggjwb membawa arsenal ke jln yg benar iaitu arshavin yg pd aku tugas dia tu berat krn striker adlh bidang terjunnya..dia mcm susah nk shot kalu berada di kwasn center..sorg lg siapa lg kalu bkn cesc..x smpi ati tul tgk muka dia yg keciwa abis, dia maintain jer dgn passing yg hensem cam dia gak tp ye lah, xde luck nk mng..pasne layan liverpool lak yg baru sj memecah masuk kelompok big4..aku x nk predict tinggi2..seri je dah..mng syukur..

    ReplyDelete
  5. Akeji + onars :

    Bagi aku kemasukan Rosicky dan Bendtner smlm mengembalikan penguasaan bola Arsenal.. Namun, tiada peluang utk menjaringkan gol.. 30min terakhir membuatkan aku gembira dgn cara permainan Arsenal selepas 60min awal yang menyeksakan aku.. Aku harap AW dapat menurunkan Rosicky dan Bendtner di awal permainan dlm perlawanan menentang Liverpool kelak.. Walau bagaimanapun, aku cukup gembira Man Utd 'terpaksa' turun dari tempat pertama setelah menghuninya dlm 24jam saja..

    Jika dibuat pengiraan, Arsenal kini ketinggalan 9mata di belakang Chelsea.. Dan slps perlawanan dgn Liverpool nanti, Arsenal tidak lagi berdepan dgn Big Three.. Cuma pasukan bawahan saja.. Harap2nya, Arsenal tidak keciciran mata lagi.. bYe!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil