20 February 2010

Preview: Arsenal v Sunderland

Salam to all my friend, hari nie Arsenal akan kembali beraksi dalam Liga Perdana Inggeris menentang Sunderland. Dijangka malam ini perlawanan akan ditanyangkan pada pukul 10.55mlm menerusi ESPN. Arsenal berpeluang merapakan jurang mata dengan pendahulu liga sekiranya menang perlawanan malam ini, sama2 kita hayati barisan kemungkinan Arsenal pada malam ini ;-

Arsenal Malaysia's Predicted XI

Almunia
Sagna---Campbell---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Denilson
Nasri---Bendtner---Rosicky

Wenger merasakan yang captain pasukan Arsenal, Cesc Fabregas dalam tekanan kerana beliau sekarang nampak terlalu banyak menanggung beban pasukan lagi2 selepas kekalahan kepada Porto pada rabu lepas. Wenger menegaskan yang Cesc terlalu muda untuk menanggung beban yang terlalu berat dan mengharapkan beliau dapat atasi dengan bijak. Aku rasa Fabregas boleh menjadi leader pasukan paling baik dalam sejarah Arsenal.
Perlawanan malam ini mungkin akan ada perubahan dari segi taktikal ataupun pemilihan pemain, dengan Almunia yang masih 50-50 tahap kecergasan beliau, Wenger diberi pilih samada mahu meneruskan pemain sama ketika menentang Porto iaitu mengekalkan Fabianski sekirnya Almunia tak dapat bermain.

Sedikit berita baik, Alex Song telah bebas dari kecederaan beliau. Beliau yang terlepas aksi Champion League baru-baru ini dipercayai akan bergandingan dengan Fabregas dan Denilson dibahagian tengah. Dengan kemasukan Song, tugas Fabregas hanya perlu fokus kepada serangan sahaja pada malam ini. Tetapi aku harap dapat melihat kelibat Ramsey pada perlawanan malam ini.

Prestasi Arsenal sejak kekalahan kepada Manchester dan Chelsea tempoh hari masih terumbang ambing lagi akibat ramai pemain utama yang masih mengalami kecederaan jangka panjang. Campbell yang beraksi penuh menentang Porto dilihat akan mengekalkan tempat beliau bersama Vermaelen tetapi Wenger menegaskan yang beliau agak keletihan selepas perlawanan tersebut dan Wenger akan melihat bagaimana beliau mengatasinya sebelum perlawanan.

Barisan hadapan dijangka Bendtner sekali lagi akan mengetuai barisan serangan bersama Nasri dan Rosicky, tetapi bagi aku lebih baik diberi peluang kepada Vela dibahagian kiri. Vela mampu memberi sesuatu kepada pasukan bila diperlukan.

Arsenal yang masih kehilangan Andrey Arshavin dan Eduardo manakala Robin Van Persi, Kieran Gibbs dan Johan Djourou masih mengalami kecederaan jangka panjang, dijangka akan kehilangan seorang lagi permata hitam iaitu Diaby yang cedera selepas perlawanan dengan Porto. Jadi kita akan kehilangan pemain yang memberi kemenangan semasa bertemu Liverpool baru2 ini.

Jadi apa sekalipun barisan yang akan diturunkan oleh Arsene Wenger pada malam ini, fan Arsenal perlu berharap yang pasukan akan menampilkan persembahan cemerlang sekaligus memberi kemenangan kepada Arsenal bagi meneruskan cabaran memburu piala musim ini. So seputra menyeru ayuh semua penuhi venue2 terdekat anda.Seputra predict malam nie Arsenal menang lawan Sunderland 2-0. Go Arsenal GO!!! We are Arsenal!!!!

1 comment:

  1. wah best2 seputra mmg hensem ar..aku rasa balance kot sbb 1st team sunderland A.ferdinand, Andy Reid, Richardson, S.Malbranque, F.Campbell dan J.Henderson juga injured..nk kena ikat betul2 D.Bent dan K.Jones je krn mrk sgt liar dan masih bebas berkeliaran..

    predict: arsenal mng 3-0 or 3-1

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan