10 February 2010

Preview: Arsenal v Liverpool

Tiada apa yang aku nak katakan kat sini,melainkan Arsenal wajib menang perlawanan malam ini sekiranya mahu bermain Champion League musim hadapan. Liverpool dan Arsenal hanya dipisahkan 5 mata sahaja,sekiranya Liverpool menang malam ini kedudukan Arsenal akan bertambah perit dengan hanya dipisahkan 2 mata dan untuk pengetahuan Manchester City juga berpeluang memintas Arsenal sekiranya mereka menang semua perlawanan baki dalam tangan. Ini barisan kemungkinan Arsenal malam ini,

Arsenal Malaysia's Predicted XI

Almunia
Eboue---Gallas---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Diaby
Rosicky---Bendtner---Arshavin


Arsenal berkemungkinan akan mengunakan skuad sama ketika kalah kepada Chelsea 3 hari lepas, tetapi aku menjangkakan yang akan ada sedikit perubahan pada barisan permulaan Arsenal. Aku menjangkakan yang Rosicky akan memulakan aksi,bagi aku Rosicky mempunyai pengalaman yang luas dalam perlawanan besar dan aku amat berharap dia bermain mengantikan Walcott yang masih belum beraksi dengan baik pada ketika ini.

Kecewa aku dengan barisan keseluruhan Arsenal untuk 2 game terakhir kerana banyak peluang disia-siakan serta rata-rata pemain beraksi kurang baik boleh dikatakan untuk setiap posisi. Aku juga mengharapkan yang Eboue diberi peluang aksi permulaan kerana dia berupaya melakukan gerakan selain crossing yang bagus dari Sagna.

Bendtner dijangkan akan memulakan aksi pada malam nie yang akan berlangsung pada pukul 3.45 pagi waktu Malaysia. Bendtner yang telah kembali cargas selepas memulakan aski sebagai pemain simpanan untuk 2 perlawanan terakhir dan aku yakin Wenger akan meletakan beliau sebagai striker tengah. Bendtner nie walaupun kadang-kadang hampeh tetapi kadang-kadang boleh mencetuskan sesuatu untuk skuad Arsenal. Aku tak pasti samada malam nie Astro ada tunjuk siaran langsung atau tak. Tapi klu tak ada boleh tengok online kat Asiaplatetv.net.

Arsenal perlu membuat comeback semula seperti kita mengalahkan Liverpool sebelum tahun baru dan mengejar pendahulu Liga sehingga berjaya menduduki tahkta liga buat sementara waktu. Sebarang kecederaan baru selepas perlawanan dengan Chelsea baru-baru ini tidak menimpa skuad tempang Arsenal. Jadi, ayuh Gunners....tunjukan yang anda layak menang piala musim ini....Go Arsenal Go~!!!

1 comment:

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan