Marouan Chamakh Milik Arsenal?

Sebelum aku memulakan khabar2 mengenai Chamakh ke Arsenal aku mulakan dulu dengan perkembangan persediaan musim hadapan Arsenal. Untuk setiap tahun sejak 5 musim lepas Arsenal dengan kerjasama Emirates menganjurkan Emirates Cup dalam perlawanan empat penjuru. Untuk musim hadapan dikhabarkan yang AC Milan akan menyertai Emirates Cup.

Ini kerana Emirates Airline dikhabarkan akan mengantikan penaja AC Milan iaitu Bwin untuk musim hadapan. Perjanjian dianggarkan sekitar $82 juta selama empat tahun,merupakan penajaan termahal di Eropah. Tetapi buat masa ini masih belum ada apa-apa pengesahan dari kedua belah pihak.

Okey, aku nak mula bercerita tentang seorang pemain yang diburu sejak sekian lama oleh Wenger iaitu Marouan Chamakh. Beliau yang bermain bersama kelab yang berpengkalan di Perancis iaitu Bordeaux pada ketika ini dikhabarkan akan menyertai Arsenal penghujung musim ini. Ini kerana kontrak beliau bersama Bordeaux akan tamat dan beliau dikhabarkan sangat berminat untuk mencari pengalaman di Liga Perdana Inggeris.

Dan berita terbaru aku dapat, Chamakh telah menandatangani pre-kontrak bersama Arsenal dengan kontrak selama empat tahun, yang akan memberi beliau gaji mingguan mencecah 50,ooo-seminggu. Sebelum ini Chamakh dilaporkan akan menyertai pasukan musuh kita iaitu Liverpool dengan nilai gaji lebih 10,000 dari gaji yang Arsenal tawarkan kepada beliau tetapi dia menegaskan yang minat beliau hanya kepada Arsenal.

Pemain yang berketinggian 6ft 2in dijangkakan akan menjadi pengganti kepada Aderbayor, dia boleh menjaringkan gol dengan tandukan padu selain mempunyai permainan yang kreatif dan mempunyai kelajuan yang bagus. Chamakh juga berharap akan merealisikan impian ini dalam masa terdekat. Apa pun kita tunggu keputusan rasmi dari Arsenal dan Wenger.

Ini pula berkenaan pemain yang akan meninggalakan Arsenal musim hadapan, Silverster telah menolak kemungkinan akan kekal di Arsenal selepas dia kecewa dengan jumlah permainan beliau musim ini dan pada perlawanan dengan Liverpool baru ini Wenger telah mengetepikan beliau dibangku simpanan dan mnguatkan lagi dakwaan yang beliau akan berpindah keluar dari Arsenal.

Dengan kemungkinan besar musim hadapan Arsenal akan kekurangan pertahanan selepas Silverster dan Senderos bekemungkinan besar akan meninggalkan Arsenal. Arsenal dikatakan bersiap sedia untuk mengambil Neven Subotic dengan nilai perpindahan sebanyak 15 Juta Pound. Beliau dikatakan 'New Vidic', telah dikaitkan dengan Arsenal sejak musim lepas lagi.

Tetapi Arsenal mempunyai pencabar dengan Manchester United juga berminat mendapatkan khidmatnya. Subotic yang bermain bersama Borussia Dortmund berusia 21 tahun merupakan pemain berpotensi bagi mengantikan Gallas untuk jangka panjang.

Gallas pula dikatakan akan meninggalkan Arsenal penghujung musim ini sekiranya Wenger tidak menawarkan sambungan kontrak selama 2 tahun. Mengikut polisi Arsenal, pemain yang berusia 30-an hanya akan ditawarkan kontrak lanjutan untuk satu tahun saja dan akan dipertimbangkan sekiranya prestasi masih memberangsangkan untuk musim berikutnya.

Sekiranya Gallas tidak bersetuju dengan kontrak tersebut, kemungkinan PSG dari Perancis akan menyambar khidmat beliau. Prestasi Gallas yang turun naik buat ketika ini mungkin faktor usia yang semakin meningkat. Jadi Wenger perlu membuat pertimbangan sewajarnya sekiranya mahu meneruskan khidmat beliau atau mahu mencari penganti yang tetap untuk Gallas. So fan Arsenal semua, kita berkemungkinan bakal kehilangan beberapa tonggak musim hadapan. Tetapi untuk musim nie, teruskan sokongan anda kepada Arsenal bagi mengejar kejuaraan. In Arsene We Trust!!!!Adios!!!

Comments

  1. salam ziarah seronok lah korang eh... aku penyokong liverpool..marah tak he heee

    ReplyDelete
  2. wsalam..jika anda dtg dgn cara yg baik maka baiklah kami terima..bkn kira kalah menang, bkn kira penyokong liverpool ke chelsea ke manu ke..tp kira kita ni org yg beradab..kaya budi bahasa dan tutur caranya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil