12 February 2010

Latest Injury Update: Samir Nasri, Alex Song & Arshavin

Apa macam fan Arsenal, terutama peminat Arsenal Malaysia untuk minggu ni???Tentu semua berada dalam keadaan tersenyum sorang2,bangga bila jumpa fan Chelsea,Manchester United n Liverpool kan...hehe,aku dapat agak suasana gembira tuh bila jumpe dengan semua fan Arsenal. Kemenangan ketiga Arsenal keatas Liverpool musim ini cukup bermakna.

Mana tidaknya selepas Arsenal mengharungi tempoh azab 15hari menentang pasukan yang kuat dengan Aston Villa memulakan aksi pada 27 Jan 2010 yang berkesudahan 0-0, 4 hari kemudian Manchester United berkunjung ke Emirates dan mengalahkan Arsenal dengan 3-1, kemudian pada 7 Feb 2010 Arsenal mengalami kekalahan kedua berturut2 kali ini kepada Chelsea di Stamford Bridge, tetapi 3 hari kemudian ketika melayan kunjungan Liverpool, Arsenal berjaya mengembalikan keyakinan fan dengan kemenangan 1-0.

Jadi tempoh yang menyiksakan bagi Arsenal dah lepas. Baki perlawanan Arsenal boleh dikatakan agak mudah tetapi bolehkah Arsenal mengekalkan rentak tersebut dengan senarai kecederaan yang semakin bertambah???

Arsenal yang masih dibelenggu masalah kecederaan sebelum perlawanan menentang Liverpool dengan Eduardo, Robin van Persi, Johan Djourou, Carlos Vela, Kieran Gibbs masih belum sembuh menerima tamparan dengan Samir Nasri mendahului senarai kecederaan terbaru apabila dia mengalami kecederaan pada kepala beliau tetapi Arsenal bernasib baik kerana kecederaan itu hanya kerana Nasri berasa tidak berapa stabil selepas berlaku pelanggaran kecil ketika perlawanan dan Wenger menggantikannya dengan Rosicky. Nasri di sahkan akan kembali bersama skuad ketika kunjungan ke Porto dalam aksi Champion League pada 17 Feb 2010 ini.

Pemain yang mengukuhkan kedudukan selaku pilihan utama Wenger musim ini, selepas kembali dari Piala Afrika selepas Cameroon gagal melepasi separuh akhir iaitu Alex Song mengalami kecederaan pada lutut beliau. Wenger berharap yang kecederaan tersebut hanya seketika saja dan menjangkan Song akan kembali semasa kunjungan penting Arsenal ke Porto nanti.

Bagi aku baik Wenger merehatkan Song kerana prestasi beliau sedikit menurun, kemungkinan keletihan selepas mengharungi musim yang panjang serta tugasan antarabangsa yang padat. Tetapi apa sekalipun keputusan Wenger, aku berharap Arsenal terus mengorak langkah bagi memenangi piala musim ini.

Arshavin pulak mengalami kecederaan yang agak serius, beliau mengalami hamstring semasa perlawanan dan digantikan dengan Theo Walcott pada separuh masa kedua. Sebelum ini Arshavin memang mempunyai kecederaan kecil pada kaki beliau yang sakit apabila menendang bola tetapi tidak serius. Dengan kecederaan terbaru tersebut, dia akan berehat selama 2 minggu dan akan terlepas perlawanan menentang Porto minggu hadapan. Wenger masih mempunyai option untuk mengantikan Arshavin dengan kemungkinan Walcott akan mengambil tempat tersebut.

Ini pula berita baik dari kem Arsenal, Wenger mengesahkan yang Eduardo sudah kembali cergas sepenuhnya dan bersedia beraksi pada Rabu depan. Eduardo yang mengalami kecederaan sebelum perlawanan dengan Manchester United bulan lepas terlepas beberapa perlawanan penting. Dengan kembalinya Eduardo, Arsenal semakin bertambah kembali bilangan penyerang selepas Bendtner yang cergas sepenuhnya dan bermain penuh perlawanan menentang Liverpool tempoh hari.

Jadi dengan kecederaan dan dengan kembalinya beberapa tonggak Arsenal, aku harap rentak kemenangan dapat dikekalkan. Semangat fan Arsenal dah kembali pulih, Arsenal kini perlu menang semua perlawanan mementang kelab bawahan dan hanya Manchester City yang masih menjadi halangan Arsenal disamping beberapa kelab "pengacau" yang perlu Arsenal tempuh. Jadi ayuh semua Gooners, beri sokongan anda kepada pasukan kesayangan kita nie. Arsenal Terbaik!!!! We Are Arsenal!!!! Adios


No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan