Latest: Sekitar Emirates

Alops sumer fan Arsenal, hope korang sumer sehat. Minggu nie kita relex sket sebab Arsenal tak terlibat dengan Champion League dan boleh fokus kepada Stoke City sabtu nie. Korang mesti pelik apesal aku buh pic Bendtner yang tak berbaju nie...nie sebab Bendtner nak buktikan yang badan dia sasa,haha...sebenarnya si Bendtner nie back up Wenger sebab Wenger tak beli penyerang baru musim sejuk ritu.

So dia menegaskan selepas dia score gol masa lawan Sunderland ritu yang dia akan balas kepercayaan Wenger terhadap dia dan mahu membuktikan keputusan Wenger buat tuh betul dan akan dibalas dengan kejayaan dalam mengejar piala musim ini. Aku memang minat dengan bakat si Bendtner nie cuma dia perlu sharp lagi depan gol, gerakan dia slalunya best but kadang2 slow sket.

Wenger yang baru nie back up si Walcott yang dia akan bermain dalam World Cup selepas prestas yang ditunjukan semasa lawan Sunderland baru nie agak memberangsangkan telah di back up oleh Emmanuel Eboue pulak. Eboue berkata yang Walcott akan menjadi salah sorang pemain terbaik England sebelum menjelang World Cup nie. Nie kerana usaha keras Walcott semasa latihan dan bakat dia yang mempunyai kelebihan dari segi kepantasan akan dapat membantu England nanti.Aku pun harap Walcott improve lagi diri dia, sebab aku memang peminat dia dari dulu lagi,he.

Arshavin pula yang dijangka akan main masa jumpa Stoke City nanti menegaskan yang Keeper Russian, Igor Akinfeev merupakan penjaga gol terbaik dunia selepas Buffon bersara nanti. Tetapi sayangnya Russian gagal layak ke Piala Dunia kali ini, jadi kita tak boleh la nak tengok kehebatan Arshavin dan Akinfeev .

Nie pula rumors berkenaan pemindahan pemain, Arsenal dikatakan sedang meneliti seorang pemain yang sangat bagus yang bermain bersama Ajax iaitu Christian Eriksen. Eriksen pemain yang berusia 17 tahun ini dikatakan sebagai 'the next Bergkamp' yang dikesan oleh Bergkamp sendiri kerana Bergkamp merupakan jurulatih skuad Ajax dan merasakan yang Eriksen memiliki bakat yang menakjubkan.Harga Erikson nie masih murah sekitar 8juta Pound. So apa lagi pak Wenger, jangan terlepas kepada musuh kita Manchester United dan Chelsea yang sedang memerhati beliau gak.So korang tengok klip video yang aku letak kat bawah, mesti korang teruja.


Nie sorang lagi pemain yang di katakan akan disambar Wenger, iaitu Jeremy Toulalan. Merupakan pemain Lyon yang berusia 26tahun dan bermain sebagai pemain defensive midfilder. Dikatakan yang nilai perpindahan mencecah 6 juta Pounds. Arsenal masih mencari gandingan mantap Fabregas di bahagian tengah dan Toulalan dikatakan pemain yang sesuai menjadi gandingan tersebut. Aku tak berapa pasti yang Toulalan nie betul2 boleh memberi gandingan dengan Fabregas, tapi sekiranya Wenger beli aku rasa mesti ada something kat dia.

So last but not least, nie aku dapat berita yang Robin van Persi akan boleh bermain sekitar April nie dan akan sempat 6 game terakhir Arsenal sebelum habis musim. Tapi kalau dia sembuh pun aku harap Wenger jangan terlalu terburu-buru nak pakai dia sebab perlu bagi dia masa untuk kembali pada tahap terbaik. Tapi sekiranya dia dah betui2 no problem April nie, Arsenal akan dapat suntikan semangat la untuk habiskan musim dengan kejayaan.

Jadi aku harap yang perjalanan musim ini berjalan lancar dengan kembalinya pemain2 star dan tak injurd dah smpai habis musim. Hope kejayaan tu akan datang musim ini. So In Wenger We Trust!!!! Go Gunners Go!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil