Keeper Zaman Wenger (Part 2)

Jens Lehman - Merupakan pembelian berbaloi Wenger setakat ini, dibawa masuk pada 25 July 2003 juga sebagai penganti jangka panjang Seaman. Merupakan pengaja gol terbaik yang pernah Wenger beli dengan menghasilkan pasukan yang memenangi EPL tanpa sebarang kekalahan dan di gelar dengan gelaran ' the invisieble' pada musim 2003-2004 yang mana merupakan musim pertama Lehman bersama Arsenal. Pada musim berikutnya juga Lehman cemerlang membawa Arsenal ke final UEFA Champion League sebelum dibuang pada aksi final tersebut selepas menjatuhkan Samuel Eto' di luar kotak penalti dan Arsenal tewas final tersebut dengan 2-1 kepada Barcelona. Tetapi Lehman tetap menjadi hero Arsenal pada aksi separuh akhir dengan menyelamatkan sepakan penalti Riquelme. Tetapi sikap panas baran dan aksi yang terlalu gopoh membawa kepada beberapa kritikan kepada beliau. Beliau mengakhiri karier bersama Arsenal selepas bermain sebanyak 198 aksi sejak tahun 2003-2008 dengan berpindah ke Stuttgart. Rating 9/10.

Manual Almunia - Wenger membawa Almunia yang berpengkalan di Italy pada ketika itu beraksi bersama Celta Vigo. Pemain Sepanyol ini dibawa pada 14 July 2004 dengan nilai perpindahan dirahsiakan. Pada mulanya di bawa untuk menjadi back up kepada Lehman, tetapi selepas beberapa aksi Lehman yang melakukan beberapa aksi buruk beliau diberi peluang dan akhirnya menjadi pemain utama sekitar musim 2007-2008. Tetapi bakat beliau betul2 teruji selepas pemergian Lehman pada 2008-2009, beliau menjadi penjaga gol No.1 Arsenal sehingga sekarang dan aksi terbaik beliau pada musim 2008-2009 dengan membawa Arsenal ke separuh akhir UEFA Champion League sebelum dikecewakan Manchester United. Dan pada 2008 telah menandatangani lanjutan kotrak jangka masa panjang bersama Arsenal. Sehingga sekarang Almunia beraksi dengan tidak konsisten, masih membuat kesalahan yang agak teruk dan semestinya bukan world class gol keeper. Rating 6/10.

Mart Poom - Penjaga gol Estonia ini dibawa Wenger pada Ogos 2005 sebagai pemain pinjaman dari Sunderland untuk membantu Lehman dan Almunia. Beliau merupakan penjaga gol ke-3 Arsenal, Poom mendapat kontrak tetap pada Januari 2006. Beliau membuat debut ketika menentang Everton semasa Carling Cup pada 8 November 2006 dengan mengantikan Almunia yang tercedera dan perlawan tersebut berkesudahan kemenangan kepada Arsenal dengan 1-0 sekali gus memberi permulaan yang baik bersama Arsenal. Tetapi aksi cemerlang Lehman dan Almunia masih mendapat kepercayaan Wenger, jadi beliau gagal untuk menambah bilangan cap bersama Arsenal sehinggalah perlawan terakhir Arsenal pada musim 2006-2007 dimana beliau bermain penuh menentang Pompey, keputusannya Arsenal menang 2-0 dan beliau mengekalkan tanpa sebarang bolos bersama Arsenal. Jadi 2 game 2 clean sheet. Rating 7/10.

Lukasz Fabianski - Beliau di bawa masuk Wenger pada 8 May 2007 dan merupakan pemain pertama yang dibawa masuk untuk menghadapi musim 2007-2008. Dibawa dari kelab Poland iaitu Legia Warszawa, Fabianski di labelkan sebagai penjaga gol yang berbakat besar kerana telah bermain untuk pasukan utama kebangsaan pada umur 20tahun dan merupakan penjaga gol No.2 Arsenal pada ketika ini.Prestasi terbaik beliau ialah pada musim 2008-2009 dengan membantu Arsenal melangkah ke separuh akhir FA Cup sebelum tewas kepada Chelsea. Selepas sejumlah perlawanan yang beliau main, Fabianski masih tidak konsistent dalam memberi persembahan terbaik bersama Arsenal. Ada ketika beliau beraksi sangat cemerlang dan ada ketikanya selalu menghampakan penyokong Arsenal dengan kesilapan bodohnya. Apa pun, aku nak ucapkan selamat maju jaya kepada Fabianski. Harap Wenger dapat memperbaiki prestasi Fabianski kepada lebih baik. Rating 4/10.


So seputra rasa setakat ini saja la pemain yang penah dibawa Wenger sepanjang 14 tahun beliau bersama Arsenal sejak 1996 sehingga sekarang. Ianya tak termasuk pemain muda yang dicungkil atau dibawa dari akademik pasukan. Jadi ia sedikit sebanyak memberi info berguna kepada korang sumer. So teruskan support Arsenal pasukan kesayangan kita dan Support Arsenal Malaysia dimana jua anda berada. In Arsene We Trust!!!Adios!!!

Comments

  1. wah bagus2 seputra..kupasan yg baik..aku rasa ko bleh jd keeper ar..

    ReplyDelete
  2. hahaha...aku jadi keeper mmg Arsenal menang semua piala la...hak3...

    anyway Arsenal kena cari keeper world class secepat mungkin,tak pun bagi Mannone peluang main lebih kerap...mana tau jadi the next Iker Casilas

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil