19 February 2010

Keeper Zaman Wenger (Part 1)

Minggu nie semua topik panas kat blog2 Arsenal dan dada akhbar mengenai penjaga gol taraf budak sekolah Arsenal selepas perlawanan Champion League yang berkesudahan Arsenal tewas kepada Porto 2-1 hasil gol sendiri Fabianski serta kesalahan budak sekolah untuk gol kedua walau pun ref disalahkan. Jadi Seputra akan bawa anda semua siapakah penjaga gol yang penah dibawa Wenger sepanjang 14 tahun beliau di Arsenal.

David Seaman - merupakan penjaga gol terbaik penah Wenger ada sewaktu beliau di Arsenal, tetapi Seaman bukan merupakan pembelian Wenger tetapi merupakan pemain yang dibeli semasa zaman George Graham pada 1990 dengan harga 1.3million pounds yang merupakan penjaga gol termahal di British. Di bawah bimbingan Wenger, Seaman mengecapi kejuaraan berganda pada tahun 1998 dan 2002. Seaman sememangnya penjaga gol terbaik pernah Wenger ada sepanjang karier beliau setakat ini. Seaman mengakhiri karier di Arsenal pada 2003 pada umur 40tahun dan berpindah ke kelab Manchester City. Rating 9/10.

Alex Manninger - Dibawa Wenger pada tahun 1997, merupakan pembelian penjaga gol pertama Wenger. Manninger dikatakan bakal pengganti Seaman kerana faktor umur beliau yang muda dan berbakat, beliau mendapat peluang bermain pada musim 1997-1998 apabila Seaman yang mengalami kecederaan panjang pada ketika itu. Mempunyai permulaan yang bagus dengan mengawal gawang tanpa bolos sepanjang 8 perlawanan berturut-turut dalam liga, woww...merupakan rekod kelab pada ketika itu. Tetapi aksi yang kurang konsistent serta kurang kepercayaan pada diri sendiri selepas itu memaksa pemain Austria ini keluar selepas 64 aksi permulaan sepanjang 5 tahun bersama Arsenal. Rating 7/10.

Richard Wright - Di beli Wenger pada musim panas 2001 pada harga 6million pounds dengan kontrak selama 5tahun. Merupakan pemain yang Wenger rasa akan jadi penganti kepada Seaman untuk jangka masa panjang nanti. Memulakan aksi bersama Arsenal sepanjang musim 2001-2002 sebanyak 22 permulaan. Tetapi aksi yang kurang konsistent menjadi penyebab beliau ditunjukkan jalan keluar selepas habis musim. Merupakan pembelian yang agak buruk Wenger. Rating 6/10.

Rami Shabaan - Wenger membawa masuk keeper nie pada Ogos 2002, pembelian bagi menampung penjaga gol selepas Richard Wright meninggalkan Arsenal dengan tujuan yang sama iaitu mahu mengantikan Seaman. Beliau bermula dengan aksi Champion League ketika menentang AS Roma dan kemudian diberi kepercayaan mengharungi 3 perlawanan liga. Tetapi malangnya beliau ditimpa kecederaan patah tulang tangan semasa latihan pada Chrismas 2002 dan terlepas aksi sehingga penghujung musim dan ia merisaukan beliau sekiranya masih boleh bermain atau tidak selepas itu. Pada musim 2003-2004 Wenger membuat keputusan membawa masuk Jens Lehman selepas Seaman meninggalkan Arsenal dan ianya terus membataskan aksi Shabaan untuk menjadi penjaga gol No.1 Arsenal. Kemudian beliau dipinjamkan ke West Ham dan mengakhiri karier beliau selepas hanya 5 aksi kesebelasan utama bersama Arsenal. Bagi pendapat aku Shabaan sebenarnya gagal menunjukkan bakat beliau selepas mengalami kecederaan teruk.Malang bagi beliau. Rating 5/10.

Guillaume Warmuz -Dibawa Wenger pada perpindahan Januari 2003 untuk menjadi pemain back-up kepada penjaga gol yang tercedera iaitu Rami Shabaan dan David Seaman. Beliau merupakan pemain jangka pendek Wenger yang dipercayai sebagai penjaga gol terbaik. Tetapi tak berkesempatan bermain walau satu perlawanan pun disebabkan terbatas dengan aksi Stuart Taylor yang beraksi cemerlang, Taylor merupakan pemain muda hasil akademik Arsenal.
So Rating 0/0.

1 comment:

  1. mmg sudah ditakdirkan arsenal x memiliki sorg keeper yg hebat atau mgkin jg prof agak spoil sikit bab keeper ni.. patutnya dia beat dgn city beli given ari tu, city byr x sampai £10m..almunia pun dah pasang surut performer dia..aku rasa dia kena pakai balik ar no 24..mannone tu kalu touch up sikit atau buat kelas tambahan malam ke aku rasa lebih hebat dari almunia..fabianski tu kalu jadikan model boot nike ke jersey keeper ok kot..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan