28 February 2010

Kecederaan Ramsey - Kemenangan tanpa kegembiraan



Berkenaan perebutan gelaran juara...
"Kami masih lagi dalam perebutan sebelum perlawanan dan secara matematiknya kami semakin hampir dengan Chelsea hari ini kerana mereka kehilangan mata. Kami akan berjuang hingga ke perlawanan terakhir musim ini."

Berkenaan kecederaan Aaron Ramsey...
"Saya gemar mengatakan bahawa ia satu ia perlawanan yang sengit. Saya tidak lihat banyak rempuhan yang teruk dalam perlawanan ini. Tapi rempuhan yang ini sangat keterlaluan dan ia amat menyedihkan saya. Saya berbangga dengan pasukan yang saya ada pada hari ini dan dalam masa yang sama saya sangat bersedih kerana kehilangan permain berkualiti pada usia 19 tahun sedang dia baru memulakan kerjayanya, ia sangat keterlaluan. Ia sangat sukar untuk diterima."

"Dia merupakan pemain ketiga kami yang berhadapan dengan rempuhan yang tidak boleh diterima - Abou Diaby, Eduardo dan kini Ramsey pada hari ini. Ia bukanlah bolasepak bagi saya dan saya menolak permainan sebegitu."

"Saya tak mampu melakukan apa-apa berkaitan dengan isu tersebut. Pemain-pemain sepatutnya lebih professional dan menghormati peraturan serta pemain lain. Mereka yang tidak melakukannya harus mendapat hukuman. Ramsey seorang yang muda, berbakat."

Berkenaan hukuman kepada Ryan Shawcross...
"Tidak dibenarkan bermain untuk tiga perlawanan itu adalah tidak masuk akal. Walaupun begitu, adalah lebih baik memberikan suntikan semangat kepada Ramsey berbanding memainkan peranan kehakiman. Untuk pemain berbakat dengan usia 19 tahun dikeluarkan dari perlawanan dengan cara sedemikian rupa membuatkan saya tidak mampu berkata apa-apa lagi. Saya tidak dapat bergembira dengan kemenangan malam ini kerana ia terlalu sedih untuk dikenangkan."

Berkenaan dengan reaksi rakan seperjuangannya...
"Pemain sangat terkejut. Anda dapat melihat bagaimana mereka menghindarkan diri darinya. Selama lima minit, kami tidak berganjak kerana kami tidak dalam permainan. Selepas itu, baru kami kembali dalam permainan."

Berkenaan kecederaan itu sendiri...
"Ia kecederaan fracture yang teruk. Dia akan dipindahkan ke London malam ini untuk melihat samada dia memerlukan permbedahan kecemasan. Kita akan kehilangannya dalam masa yang cukup panjang."


1 comment:

  1. melihat permainan melawan porto dan stoke city ni jelas membenarkan kata-kata wenger bahawa sudah tertanam dijiwa pengurus atau jurulatih pasukan lain bahawa permainan fizikal adalah senjata utama untk mengekang kehebatan arsenal.Jelas menonton arsenal melawan porto, corak keras sengaja dipraktik untuk menghalang pergerakan pemain2 arsenal.Natijahnya, bukan lagi satu permainan yang cantik dan adil.Pasukan lain amat mementingkan kemenangan dengan apa cara sekalipun walhal arsenal ingin memberi satu permainan yang adil dan betuul-betul bermain bola bukan bermain betis.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan