26 February 2010

Injury Update : Arshavin, Gallas, Diaby Still Out!

Esok Arsenal akan bertemu Stoke City di Britannia Stadium yang merupakan stadium keramat Stoke. Jadi seputra nak highlight beberapa pemain yang masih cedera dan dijangka tidak akan bermain pada esok malam.

Bekas kapten Arsenal iaitu William Gallas masih mengalami kecederaan betis tempoh hari masih belum sembuh sepenuhnya dan dijangka akan sekali lagi terlepas aksi Liga pada malam esok. Jadi Silverster mungkin akan mengekalkan tempat beliau dalam kesebelasan utama Arsenal. Tetapi kemungkinan Campbell untuk beraksi agak tinggi sekiranya beliau cergas sepenuhnya.

Arshavin juga yang baru-baru ini terlepas aksi menentang Porto dan Sunderland dijangka akan terlepas lagi aksi pada malam esok selepas gagal sembuh dari kecederaan hamstring beliau. Ada baiknya Arshavin cedera sebab beliau dah mengharungi satu musim yang agak panjang dan boleh dikatakan bermain setiap pemainan semasa beliau tidak cedera. Jadi Arshavin boleh la mengunakan masa tersebut untuk mengkaji semula permainan beliau yang agak menurun sejak kebelakangan ini.

Jadi tempat beliau akan di ambil oleh Nasri yang akan beraksi disebelah kiri. Arsenal masih memiliki option dengan Rosicky juga berkemungkinan besar akan beraksi mengambil tempat Arshavin untuk perlawanan malam esok.

Abou Diaby, pemain yang semakin mendapat kepercayaan Wenger serta keyakinan dari fan Arsenal masih lagi mengalami kecederaan lutut beliau. Kecederaan yang dijangka tidak serius dan akan memakan masa pendek tetapi masih belum sembuh lagi sehingga sekarang. Diaby yang menjaringkan gol kemenangan semasa menentang Liverpool tempoh hari sebenarnya berada dalam prestasi terbaik.

Ramsey dijangka akan bermain mengambil tempat Diaby. Ramsey yang bermain semasa menentang Sunderland minggu lepas menunjukan prestasi yang agak baik dengan beberapa gerakan dan percubaan yang berjaya mengucar kacirkan pertahanan Sunderland yang dijaga Ian Tunner dan Gordon. Tetapi sekiranya Denilson kembali menunjukan prestasi baik semasa latihan kemungkinan beliau akan beraksi.

Bintang Arsenal, Eduardo Da Silva dijangka akan beraksi menentang Stoke City tetapi samada akan memulakan aksi kesebelasan utama ataupun akan masuk sebagai pemain simpanan masih belum diketahui. Ini kerana beliau baru sahaja sembuh dari kecederaan dan Wenger dijangka akan berhati-hati mengunakan pemain yang baru sembuh dari kecederaan. Ditambah pula prestasi Bendtner yang semakin baik ditunjukkan walaupun masih kurang dari segi penyudah.

Aku harap walau apa pun pemain yang Wenger turunkan pada malam esok, aku yakin Arsenal akan dapat kalahkan Stoke City dan mengejar pendahulu Liga yang akan menentang Manchester City. Apa pun Arsenal mesti fokus kepada pasukan sendiri tanpa mengambil kisah pasukan pendahulu akan mencicirkan mata. So seputra rasa cukup dulu setakat ini, dan esok aku cuba buat preview Stoke v Arsenal. Tungguuu! We all Love Arsenal!!

6 comments:

  1. entah knp lah aku rasa sgt berdebar menanti aksi arsenal di britannia esok..

    ReplyDelete
  2. ko asyik tak sedap hati jeh...predict brapa??

    ReplyDelete
  3. walau x sedap ati predict aku ttp arsenal mng gak..xkan nk predict arsenal kalah lak..seripun x sanggup..

    aku predict stoke 1-2 arsenal..

    ReplyDelete
  4. aku heran la ngan arsenal sejak dari 2,3 season lepas. balik2 injured. lg2 injured.. kenapa eh? doktor kt arsenal tu cap ayam ke?? sbb klau tgk rival kita yg lain tu smua player dia injured jgk, tp xda la smpai berulang2.. dpt main 1 game, dh injured balik. klau b'terusan mcm ni, ars kena ada squad yg besar la. senang nk rotate player klau injured lg. dh la smuanya muda2.. yg player harapan plak memanjang je injured.. tp aku mmg x puas ati ngan medical board ars. tukar je la ngan yg lain.. buat sakit ati aku je..

    ReplyDelete
  5. hahaha...bukan macam tu Anonymous, doktor Arsenal dh baik dh tp malang ja pemain key Arsenal injurd berulang, mcm persi sebab takel ganas Chillini pastu semua injurd masa perlawanan, benda tak boleh nak elak dah...tp klu hamsring tuh mybe tak cukup cargas tapi main gak,tuh yang mudah kena tuh...macam Manchester, Owen Hagreves injurd berulang gak,dh die jenis pemain mcm tuh...so doa2 la key player arsenal tak injurd lama dh pasni...but musim nie boleh lagi kita nak menang sumthing...wait n see

    ReplyDelete
  6. betul tu, peluang kita masih terbuka..yg injured2 ni nk buat mcmana..yg ada ni kena strugle betul2 la kan..aku wase doktor dah bagus dah ye lah dia x jumpa dan x merawat makhluk lain selain player arsenal..cnfirm dia arif bab sport injury ni..cme depend on kecederaan yg dialami pemain..dan faktor lain mengapa pemain kita injured brpnjangan krn mgkin pemain kita byk dikasari berbanding mengasari..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan