Fabregas Skipper Arsenal mengatakan: Kami Adalah Mangsa

London, Feb 28: Selepas menyaksikan rakan seperjuangannya Aaron Ramsey menderita akibat kecederaan kaki di Stoke, ketua pasukan Cesc Fabregas berkata bahawa pasukannya tidak mendapat cukup penjagaan dari pengadil.

Fabregas yang agak terkejut dengan kecederaan itu menetapkan pendiriannya untuk menyempurnakan sepakkan penalty yang menjadikan pencabar liga ini terus berada di hadapan.

Bercakap mengenai kemenangan 3-1 ini, Fabregas berkeras mengatakan, "Kami adalah mangsa."

Pemain tengah Spanyol ini menyatakan bahawa adalah sukar untuk menghabiskan perlawanan ini yang diikuti dengan kecederaan pada minit ke 65 itu.

"Dalam empat tahun ini, saya melihat tiga daripada pemain kami - Abou Diaby, Eduardo dan kini Aaron - menderita kerana kecederaan kaki. Apa yang boleh saya katakan? Anda boleh bertanya pada diri sendiri samada kami mendapat cukup penjagaan daripada pengadil. Saya tak rasa begitu." News Of The World memetik kata-kata Fabregas sebagai berkata.

"Saya tahu di England kami suka terus bermain lagi dan lagi, saya juga tahu ia perlawanan yang amat baik dan kami menggemari cara permainan sebegini. Namun begitu ada batasnya yang mana anda sukar untuk menghantar dan ada kalanya kami akan menjadi mangsa."

"Saya tidak membantah - bolasepak kadangkala begitu. Setiap kali kami dihampakan dan diterjah, kami tidak akan membantah," tambahnya.

"Namun begitu ada perkara dalam bolasepak yang agak keterlaluan dan mengalami tiga pemain yang mengalami parah di kaki selama empat tahun, saya minta maaf mengatakan, ia memang agak keterlaluan."



(Diterjemah daripada http://news.oneindia.in/)

Comments

  1. Fabregas pasti akan blah sebab tak nak kakinya patah juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil