Diaby Terbaik!!



Kebangkitan terbaik Arsenal pada malam ini memang layak dikecapi selepas rentetan kekalahan kepada 2 pasukan pendahulu.Hasil gol dari Diaby yang menerima hantaran silang dari Rosicky sudah cukup untuk mengembalikan prestasi terbaik Arsenal musim ini. Sama-sama kita hayati barisan pada awal pagi td;


Kesebelasan Arsenal

Almunia
Eboue---Gallas---Vermaelen---Clichy
Fabregas---Song---Diaby
Nasri---Bendtner---Arshavin

Walaupun aku tak tengok game semalam sebab jam aku bengong tak bunyi,jadi aku tak dpt nak bagi gambaran permainan penuh Arsenal pada awal pagi td. Barisan yang diturunkan Wenger melihatkan perubahan dengan Eboue mengantikan Sagna yang direhatkan serta Bendtner kembali bermain memulakan aksi pada awal permainan. Liverpool juga menurunkan barisan terbaik yang mengalahkan Everton tempoh hari tetapi Torres tidak bermain, memberi kelegaan kepada benteng Arsenal.

Pada pagi tadi barisan pertahanan Arsenal membuktikan yang mereka boleh memberi aksi terbaik dengan menyekat setiap gerakkan Liverpool dan aksi yang terbaik di tunjukan oleh Almunia yang sejak 2 perlawanan lepas dikecam hebat oleh penyokong Arsenal. Aku mendapat tahu yang Nasri mengalami kecederaan sebelum digantikan dengan Rosicky, ternyata kemasukan Rosicky membuahkan hasil.
Ayuh Gooners2 semua,kita rai kan kejayaan ini...kita dah mendekatkan jarak dengan Chelsea yang kalah kepada Everton 2-1 pagi tadi dan Manchester United yang seri dengan Aston Villa 1-1. Jadi aku harap dengan kejayaan pada pagi ini, Arsenal tidak menghadapi masalah mengharungi perlawanan yang agak mudah selepas ini. Arsenal Terbaik!!!In Wenger We Trust!!!

Comments

  1. ewaahhh kalo menang bukan main lagi puji, bagi aku arsenal menang nasib je smalam,

    ReplyDelete
  2. Arsenal mmg terbaik...ada aku kesah team lain????

    ReplyDelete
  3. Mlm tadi aku berkesempatan tengok game arsenal vs lpool.Tapi game malam tadi lain dari yg lain la...kalau korang perasan,AW telah mengubah sedikit taktik dan rentak permainan arsenal...dengan kemasukan eboue ada sedikit kelainan dimana permainan arsenal menjadi agak perlahan dan penuh berhati2...maybe AW rasa permainan cantik shj spt lwn MU + Chelsea akan menambah tekanan pd arsenal lebih2 lg utk bertahan bila counter attact..

    aku mula2 mengantuk juga tengok game tu.tak menarik langsung....tp semangat dan yakin arsenal bleh menang lebih2 lgi tgk MU+Clsea tengah down,membuatkan mata aku bertambah bulat utk berqiam.....Syabas Arsenal berjaya ambil kesempatan ini..Nasib baik bola terkena tangan Febregas masa free kick gerrard akhir game, reff tutup sebelah mata..kalau tak bertambah kuatlah jantung aku berdenyut.terus aku tak tido sampi la ni..hehe.....

    ReplyDelete
  4. Of course le menang kene puji.. takkan nak kutuk pulak -__-

    ReplyDelete
  5. mmg Diaby terbaik...a very great header.. there goes 1 nil to the ARSENAL!!! We Love ARSENAL!!

    ReplyDelete
  6. Tahniah, nk dptkan 1 gol tupun jantung mmg len mcm jer, tmbh2 lak dkt2 nk abis, lwn lak liverpool yg mmg trkenal dgn gol last mnt..layan porto la plk pasni..mgkin klh atau seri tp cnfirm mng kat emirates..Go Gunners!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil