Wenger: Eboue contoh terbaik untuk mengubah pandangan orang lain.


Tidak hairan hampir semua muka depan akhbar pagi ini bercerita mengenai Emmanuel Eboue, pemain terbaik menentang Sunderland pada perlawanan hari sabtu lepas. Hanya pada musim lepas, dia menjadi ejekan daripada penyokongnya sendiri dan memerlukan sokongan semua rakan seperjuangannya untuk kembali pulih dalam kerjaya yang paling merudum.

Kini, dia telah kembali dengan menunjukkan semua kemampuannya, kelebihan dan semangat melawannya. Bercakap mengenai pemain kebangsaan Ivory Coast ini, pengurus Arsene Wenger mengatakan bahawa dia merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan bahawa pendapat kebanyakkan orang mampu diubah jika menampilkan persembahan terbaik.

Kata Wenger:
“Eboue merupakan contoh terbaik untuk menunjukkan bahawa pandangan orang lain akan sentiasa berubah jika kita sentiasa focus, mempunyai bakat dan menghasilkannya di atas padang. Mereka yang mengejeknya setahun lalu kini menyayanginya. Perkara beginilah yang telah melemahkan semangat dirinya dan kini dia layak mendapat habuannya.

Jika ditanya, dia berkata bahawa dia lebih cenderung untuk bermain di bahagian pertahanan kanan. Tetapi saya lebih menggemari dia berada di bahagian tengah, anda akan lihat kemampuannya. Dia seorang pemain bolasepak yang baik dan jika berada di kotak lawan di mana dia dikawal oleh dua orang pemain, anda pasti dapat mengagak yang dia akan menghantarnya. Jadi, kenapa dia tidak patut diletakkan di bahagian kanan barisan tengah.”

(Dipetik dari laman web The Gunning Hawk)

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil