06 February 2010

Chamakh Pilih Arsenal

Berita yang agak baik untuk fan Arsenal, Marouane Chamakh mendedahkan yang dia akan berpindah ke Liga Perdana Inggeris ketika musim panas ini ketika dia bebas dari sebarang kontrak dengan kelab Bordeaux dan dia menegaskan yang dia akan menyertai Arsenal untuk perpindahan percuma sekiranya diberi pilihan.

Arsenal yang dikaitkan dengan pemain berusia 26 tahun dari Maghribi nie sejak awal musim 2009/2010 gagal membuat perpindahan kerana beberapa isu kontrak yang tidak berjalan lancar ketika musim berpindahan tersebut. Tetapi Wenger sama sekali tidak luntur minat dia terhadap Chamakh.

Namun, Arsenal menghadapi persaingan untuk menambat hati Chamakh dengan Liverpool, Spurs, Chelsea, Everton dan Sunderland turut berminat terhadap pemain ini dan bersedia membuat tawaran kontrak apabila dia bebas untuk menyertai mana-mana kelab. Selain kelab EPL, Inter Milan, Juve dan Sevilla turut berminat, tetapi Chamakh menegaskan yang beliau ingin menyertai Arsenal di Emirates.

Fuhh..aku harap Chamakh nie jadi la masuk Arsenal hujung musim ini. Aku tengok rekod jaringan dia boleh tahan juga musim nie, musim nie Bordeaux cemerlang lagi kat Liga Perancis dan layan kepusingan kedua Champion League. Ini juga dikaitkan dengan prestasi yang ditunjukan Chamakh. Aku tak sabar plak nak tunggu pengesahan dari Wenger plak, pak Wenger nie kadang-kadang jual mahal, Orang dh nak join kadang dia tolak.Apa pun In Wenger We Trust!!!adios

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan