Arsenal Mudah Atasi Sunderland 2-0!


Syabas Arsenal, memberi persembahan yang baik dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Arsene Wenger membuat beberapa perubahan dari skuad yang tewas kepada Porto rabu lepas dengan membuat 5 perubahan dalam skuad, inilah kesebelasan utama yang Wenger turunkan ketika bertemu Sunderland sebentar tadi ;

Arsenal Team XI
Almunia
Eboue---Vermaelen---Silverster---Clichy
Fabregas---Song---Ramsey
Walcott---Bendtner---Nasri

Arsenal bermula dengan Almunia kembali mengambil tempat selaku penjaga gol No.1 Arsenal selepas berjaya lepasi ujian kecergasan mengantikan Fabianski yang dikritik hebat. Eboue dan Silverster masuk mengantikan Sagna dan Campbell. Walcott dan Song mengantikan Rosicky dan Denilson serta Ramsey kembali bermain mengantikan Diaby yang tercedera. Separuh masa pertama Arsenal mendahului hasil jaringan Bendtner yang menerima hantaran dari Eboue pada minit ke-27. Corak permainan yang baik dan beberapa peluang yang gagal disempurnakan terutamanya peluang dari Walcott dan Bendtner gagal untuk Arsenal menambah jaringan.


Separuh masa kedua Arsenal bermula dengan asakan bertubi-tubi untuk mencari gol kedua bagi memastikan kemenangan tetapi ternyata Sunderland bukanlah sebuah pasukan yang senang untuk dijinakkan. Beberapa gerakan berjaya dipatahkan dan Sunderland juga hampir2 mahu menyamakan kedudukan tetapi gagal. Sehinggalah pada minit ke-90 Arsenal mendapat sepakan penalti selepas Fabregas dijatuhkan dalam kotak penalti dan disempurnakan sendiri oleh kapten Arsenal itu dengan merembat bola ke kanan gawang. Arsenal selesa mendahului 2-0 hingga tamat perlawanan.



Untuk prestasi pemain, rata-rata beraksi baik tetapi kadang-kala gerakan Arsenal sedikit kurang lancar dan Fabregas juga dilihat agak kebuntuan. Tetapi aku tengok Ramsey main paling menyerlah serta Eboue yang banyak mengucar kacir kubu Sunderland. Jadi dengan kemenangan malam ini, Arsenal berjaya merapatkan kedudukan dengan Manchester yang tewas kepada Everton 3-1 tetapi masih mengikut rapat Chelsea yang menang 2-0 keatas Wolve. Jadi kepada semua fan Arsenal, kita ada harapan lagi untuk liga musim ini. Go Arsenal Go!!

p/s: yesss predict aku mengena malam nie...he

Comments

  1. hebat gak aku tengok walcott main..
    kena cool sket..
    leh gol tue..

    ReplyDelete
  2. game mlm td mmg best ar sbb mngkan, yg x bestnya byk peluang disia2kan..afham,walcott mmg hebat, biasa ar kan player terpantas EPL drible pun bagus tp agak kecewa dia x secemerlang musim lepas..musim ni 1 gol jer,mgkin kecederaan bahunya yg x abis2 yg jdkannya mcm tu..dia akan lebih hebat pasni..

    seputra, oo x abis2 ckp predict ko yg mengena tu ye..haa xpe mgu dpn lwn stoke kita tgk predict sape lak yg kena..haha..tahniah..!

    ReplyDelete
  3. awegooners...ok nxt game kita tgk sapa kena,...hehe...aku dh 2 kali betui,lawan Liverpool ritu pun aku predict 1-0 ja...peace!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil