16 January 2010

Wenger: Persaingan 5 penjuru EPL

Seputra kembali bertugas rini, semasa seputra lepak2 sekitar Emirates seputra terbaca dan terdengar berita yang agak menarik. Jadi seputra ingin berkongsi bersama fan Arsenalmalaysia semua.

Wenger membuat kenyataan mengenai kejuaraan Liga Perdana musim ini, Arsenal yang akan berkunjung ke Bolton esok merasakan yang kempen kali ini lebih kompetitif dari kempen sebelum ini. Wenger merasakan yang standard team yang bertanding kali ini meningkat dengan Chelsea, Manchester United, Arsenal, Man City serta Tottenham masih berpeluang mencabar kejuaraan.

Wenger berkata: "Semua pasukan yang mempunyai 36 mata keatas masih berpeluang. Ia mempunyai keyakinan pada setiap pasukan. Masih tiada pasukan yang benar-benar terkeluar dari kejohanan dalam bulan Januari ini.

"Ada pasukan yang bermain untuk kejuaraan dan ada yang bermain untuk Champion League dan ada pasukan yang bermain bukan untuk diturunkan dari liga. Kebiasaannya ada 6 atau 7 pasukan yang tidak memperdulikan keduanya. Tahun ini ia berbeza. Masih ada peluang dalam setiap perlawanan."


Wenger juga masih percaya yang Cesc Fabregas, pemain yang mempunyai bakat luar biasa masih banyak yang ingin di tonjolkan oleh beliau. Dengan bakat yang dikurniakan kepada beliau Fabregas masih tidak berpuas hati setiap kali aksi beliau selepas perlawanan dan akan membuat penilaian semula dan berkata ' ah i did wrong' dan kemudian dia akan membuat perkara yang betul. Begitulah selalunya pemain hebat akan lakukan, ia bererti masih banyak akan datang dari Fabregas. Setakat ini Fabregas berjaya menjaringkan 12 gol dalam EPL.

Cesc Fabregas dijangka akan mengetuai Arsenal ketika menentang Bolton esok malam, dengan kembalinya kapten pasukan Arsenal di jangka akan beraksi dengan keyakinan yang tinggi dan Fabregas akan memberi ketenangan dan kelajuan serangan dalam pasuakan Arsenal. Seputra tak sabar nak melihat Fabregas kembali beraksi.

Spy seputra mengesahkan yang Sol Campbell telah menandatangani kontrak jangka pendek sehingga habis musim ini untuk menjadi pemain pertama yang di bawa Wenger pada perpindahan Januari ini. Pemain berusia 35 tahun ini pernah mengemparkan England apabila menyertai Notts County dan selepas beraksi untuk satu perlawanan sahaja dia telah keluar dan mendakwa yang beliau tertipu dengan pihak pengurusan kelab tersebut. Dengan terpatrinya kontrak tersebut, Campbell sah la sebagai pemain Arsenal tetapi dia masih tidak boleh beraksi kerana dia perlu mengembalikan tahap kecergasan dan akan bermain bersama pasukan simpanan Arsenal untuk beberapa perlawanan lagi.


Arsenal juga mengesahkan yang pemain remaja Bolivia iaitu Samuel Galindo telah sah menjadi pemain Arsenal dengan nilai perpindahan yang dirahsiakan. Pemain tengah yang mempunyai bakat luar biasa ini merupakan pemain yang memiliki teknik yang bagus. Wenger berkata "Dia bijak, ketinggian 6 kaki 2 inc, bermain dengan kaki kiri serta mempunyai stamina yang bagus. Dia merupakan pemain tengah dan mampu memberi bola dengan baik. Ia juga mempunyai visi yang baik seperti kami disini."

Spy seputra mendapat tahu yang Galindo akan dipinjamkan ke kelab lain sebelum kembali bersama Arsenal. Beberapa kelab luar England sedang dikenal pasti untuk dipinjamkan. Seputra berharap pemain muda ini dapat secepat mungkin kembali bersama Arsenal.

Esok Seputra akan cuba memberikan preview Bolton v Arsenal. Hope Arsenal maju jaya. Kepada fan Arsenal harap bersabar dengan berita perpindahan. Wenger masih mencari pemain yang dia merasakan bebaloi untuk dibeli. Adios!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan