09 January 2010

Ulasan Seri dengan Everton

Agak bengang tengok game Arsenal lawan Everton di Emirates Stadium..
Hanya mampu seri sedangkan peminat mengharapkan kemenangan di tempat sendiri..
Arshavin, Eduardo, Nasri tercari-cari pintu gol. Melepaskan peluang yang tak patut dilepaskan dan dihukum oleh pemain Everton..
Walaupun Rosicky menyelamatkan di saat terakhir tapi secara keseluruhannya menampakkan kekurangan fizikal dan idea The Gunners..
Corak permainan yang terlalu bergantung kepada hantaran dekat agak sukar jika menghadapi pasukan yang berorientasikan fizikal.. Rasanya Wenger perlu mempelbagaikan strategi..

Untuk perpindahan Januari ni, diharapkan Wenger mencari 'def midfield', 'striker', 'def center' yang berbadan besar dan kuat. Cukuplah dengan pemain kecil yang mudah mendapat kecederaan.. Wenger perlu kembali pada zaman 'invicible' dimana kebanyakan pemain mempunyai ketinggian dan kekuatan.


Rasanya sukar untuk menjulang sebarang kejuaraan kalau persembahan masih begini..
Terlalu bergantung harap pada Fabregas.. Dan kalau tiada piala tahun ini bermakna ' Selamat Tinggal' Dari kapten kesayangan kita..

-- Zool Ligakampung

5 comments:

  1. Denilson passing asik sngkut.. Gallas slalu bolos.. Secara keseluruhan game Everton.. Wlupun statistik menunjukkan game tu didominasi oleh Arsenal.. Patut ke Rosicky msk dr awl? Aku rasa patut..

    ReplyDelete
  2. rileks ar..fabregas bukan gile piala sgt.die xkan blah punya..Rosicky?die byk bg bola kt lwn td..tgk game abes td die kecewa dgn diri die..
    Papepun,td main ok cuma takde finishing dan leka serang sampai everton dpt gol ke2..naseb2

    ReplyDelete
  3. bro kalo nk menulis perbaiki bahasa ye, kompleks sungguh tatabahasa yg ko guna ni, huhu tegur je, jgn mara..

    n pasal fabregas, die xpenah sentuh pon pasal piala. so xkan ade alasan fabregas kuar sbb xde piala.

    pasal pemain kecik, itu bukan alasan. kekurangan game tadi adalah bhgian midfield n kelalaian eduardo. yg lain sume ok.

    ReplyDelete
  4. Sori la bengang punya pasal tu yang teruk tatabahasa tu..

    tentang fab tu kita tunggu dan lihat...

    pada aku kekurangan dari saiz menyebabkan sukar lawan pasukan yang main kasar dan ganas.. tempat def midfield masih tiada pengganti sesuai..

    ReplyDelete
  5. masih ingatkah anda pada henry yang kata dia akan setia pada arsenal dan akhirnya pindah sebab dia rasa arsenal tak serius untuk mencabar kejuaraan liga.. tak mustahil perkara ni berlaku pada fabregas..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan