14 January 2010

Terkini dari Ashburton Grove

Seputra baru balik keje,keje apa lagi keje cari info Arsenal yang terkini dan terhangat. Spy seputra ada beberapa perkembangan terbaru dari Ashburton Grove, perkembangan mengenai pemain yang terus di kaitkan dengan Arsenal dalam perpindahan musim sejuk, pemain yang kembali akan kembali dari kecederaan serta beberapa lagi berita terbaru.
Pertama sekali seputra ingin membawa berita pasal perpindahan pemain.Ini perkembangan terbaru mengenai perpindahan selepas Sol Campbell dilihat semakin hampir menandatangani kontrak jangka pendek bersama Arsenal. Samuel Galindo, pemain berusia 17 tahun dari Bolivia ini dilihat akan di sambar Wenger dalam masa beberapa hari lagi. Nilai perpindahan di jangka sekitar €500,000, dia dikatakan akan terus di bawa ke London sekiranya permit "special talent" yang di mohon Arsenal di luluskan. Beliau merupakan pemain berbakat besar yang di lihat Wenger sebagai berpontensi sebagai pemain sayap yang hebat.
Wenger juga dilaporkan sedang bersiap sedia melaburkan sekitar 17 Juta pound untuk seorang penyerang dan Mauro Zarate terus dikaitkan dengan perpindahan kali ini.Seputra harap Wenger berjaya menyambar Chamakh sebelum Liverpool berjaya mengikat beliau.
Sekitar kem perubatan Arsenal pulak, seputra di beritahu yang Cesc Fabregas serta Clichy di jangka akan menyertai skuad Arsenal ke Bolton ahad ini. Fabregas sudah sepenuhnya pulih dari kecederaan hamstring, manakala Clichy sudah sembuh dari kecedeaan belakang beliau dan Wenger berkata yang beliau tidak akan membebankan Clichy kerana beliau telah beberapa minggu tidak beraksi.
Denilson pulak dijangka akan terlepas perlawanan menentang Bolton, dia di sahkan mengalami kecederaan otot abdominal dan Wenger merasakan yang kecederaan itu tidak lama. Bendtner pulak akan membuat kemunculan semula tidak lama lagi dalam masa hanya dua minggu dari sekarang.Wenger berkata yang Bendtner memerlukan 3 atau 4 pemainan untuk kembali ke tahap sebenar beliau selepas tidak bermain selama 8 minggu.Seputra harap semua pemain Arsenal cepat sembuh.
Pemain Arsenal yang sedang beraksi di Kejohanan Afrika, iaitu Alex Song mengalami kejutan apabila pasukan yang diwakili beliau iaitu Cameroon tewas mengejut kepada Gabon 0-1. Song bermain 90minit permainan tetapi gagal membantu Cameroon untuk memulakan kempen dengan nada menyakinkan. Seputra doakan yang pasukan Cameroon kembali menunjukan aksi terbaik pada perlawanan kedua nanti.
Jack Wilshere, pemain muda Arsenal yang berpotensi besar untuk menjadi seorang pemain bintang masa hadapan dilaporkan spy seputra yang pasukan bimbingan Steve McClaren iaitu FC Twente mengetuk pintu Arsenal untuk membawa Wilshere keluar dari London tetapi secara pinjaman sehingga hujung musim ini. McClaren dilihat mencari seorang pemain playmaker selepas beberapa pemain beliau mengalami kecederaan panjang dan Wilshere dilihat akan menjadi penyelesaian jangka pendek beliau. Sekiranya Wilshere di lepaskan ke Dutch League ini memberi peluang kepada beliau untuk lebih aksi di peringkat tertinggi. Seputra rasa Wenger akan berpikir panjang kerana sekarang Arsenal juga mempunyai krisis kecederaan. Tetapi apa sekalipun keputusan Wenger,seputra akan support.

Ini berkenaan seorang lagi pemain berbakat dari Arsenal yang bertubuh agak sederhana, Craig Eastmond. Arsenal mengesahkan yang beliau telah menandatangani kontrak jangka panjang yang akan mengekalkan beliau untuk beberapa tahun akan datang bersama Arsenal. Berumur 19tahun dan agak low profile, beliau mula mencuri tumpuan peminat Arsenal apabila beraksi dalam perlawanan Carling Cup menentang Liverpool yang mana beliau menunjukan aksi konsisten sebagai pemain tengah bertahan.Dengan perlanjutan kontrak tersebut, Eastmond menyertai Rhys Murphy yang baru-baru ini turut menandatangi kontrak baru. Kat sini seputra ingin mengucapkan tahniah dan berharap mereka akan berjaya bersama Arsenal.

Akhir sekali, Yaya Toure pemain kelahiran Ivory Coast yang sekarang bermain bersama pasukan Barcelona menyatakan kekecewaan beliau dan tak paham kenapa Arsene Wenger tidak mengambil beliau bersama abangnya iaitu Kolo Toure sebelum beliau menyertai Olympiacos pada tahun 2005. Wenger tidak memberi sebarang alasan kenapa beliau hanya mengambil abangnya Kolo dan tidak membawanya bersama-sama ke dalam skuad Arsenal. Tegas Yaya,beliau bercita-cita suatu hari nanti dia akan bermain di EPL juga, mungkin dengan Arsenal siapa tahu kan.

So seputra harap akan ada lagi perkembangan positif mengenai skuad kesayang kita nie. Permintaan dari seputra hanyalah apa sekalipun pemain yang di bawa wenger, biarlah yang berkualiti dan mempunyai potensi besar. Tapi apa sekali pun keputusan Wenger,harap peminat terus menyokong Wenger dan Arsenal. Always be a Gooners!!!Adios...

3 comments:

  1. hope sumer fan doakan kejayaan Arsenal...:D

    ReplyDelete
  2. wishere ke liga belanda? satu exposure yg menarik utk kembangkan bakat beliau.

    kalo aku wenger, mmg aku bg pinjam. tapi takde option buy laa. steve mclaren tu bukan leh caya sgt. haha!

    ReplyDelete
  3. harap2 musim depan wenger bawa masuk player yg berkualiti dan berpontensi serta berfikiran inovatif. apepun aku sokong kat wenger dan terus berjuang demi kelab serta penyokong arsenal akan ceria,gembira,terharu,bangga di musim hadapan....

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan