Sol Campbell Kembali!!


Ini berita mengejutkan dari kem Arsenal apabila Sol Campbell yang kali terakhir beraksi bersama Arsenal pada Jun 2006 telah kembali menyarung jersi Arsenal sebagai pemain percubaan di mana pada hari ini Campbell akan beraksi bersama skuad Reserve Arsenal menentang skuad Reserve West Ham untuk diberi peluang menunjukan yang beliau layak kembali menjadi pemain Arsenal.

Seputra mendapat tahu yang Wenger akan membawa masuk Campbell sebagai pemain back-up kepada Gallas dan Vermaelen, yang mana kontrak yang di tawarkan kepada Sol Campbell hanya untuk tempoh enam bulan saja. Campbell pada ketika ini tidak bermain untuk mana-mana pasukan dan hanya menjalani latihan bersama Arsenal sejak beberapa bulan lalu.

Lantas seputra cuba berhubung dengan Senderos, dan beliau akan meninggalkan Arsenal untuk bermain lebih kerap bagi persiapan beliau untuk beraksi pada Piala Dunia akan datang. Senderos berkata yang beliau tak mahu hanya bermain dalam pasukan simpanan semata-mata. Untuk rekod, Senderos hanya 2 kali beraksi bersama skuad utama Arsenal.

Seputra harap dengan kemasukan Campbell kem Arsenal akan dpt menggunakan pengalaman beliau bagi memperkemaskan lagi benteng pertahan yang agak goyah sejak akhir2 nie.Adios

Comments

  1. harap2 campbell dapat mengukuh an lagi defend arsenal.tidak mengaharp an gallas semata2.

    ReplyDelete
  2. ramai yg kutuk kuda tua neh.

    prestasinya tidaklah begitu menghampakan. byk juga jasa dia kepada portsmouth.

    banyak lagi jasa dia kepada arsenal. harap kembalinya dia dengan sifat ingin mengembalikan zaman kegemilangan arsenal. bukan sekadar menagih populariti. masa tu, kalo dia nak rampas band kapten dr fabregas pun takpe.

    lagipun, kalo umur dah 36 tak matang2 lagi aku tatau laa nak ckp apa.

    ReplyDelete
  3. aku pun harap Campbell dpt memberi kelainan dlam skuad muda Arsenal yang kdang kala ada kekurangan dari segi pengalaman.

    Aku suka orang lama sebab zaman diorg main bola bukan hanya untuk populariti semata-mata.

    tapi sayang senderos terpaksa belah.

    ReplyDelete
  4. Harap2 cmtu la.. dpt memantapkan lg defend Arsenal.. dgrnya Arsene Wenger tgh usha line Saha.. Btol atau rumours?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil