Sol Campbell bersedia untuk kembali ke Arsenal



Sol Campbell bersedia untuk menerima tawaran dari Arsenal namun begitu perpindahannya ke Emirates bergantung jika Wenger menjual Philippe Senderos.

Berusia 36 tahun, Campbell dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Manchester City beberapa minggu lepas tetapi pada pagi Jumaat ini ada laporan yang mengatakan Arsene Wenger bersedia untuk menawarkan kontrak jangka pendek untuknya.

Dia dipetik berkata: "Saya tidak menjangka apa2 akan berlaku pada minggu pertama transfer window dimana kebanyakan kelab akan membuat pemerhatian dahulu apa yang mereka boleh atau tak boleh buat, dan kemudiannya barulah mereka buat keputusan (nak beli siapa). Tetapi saya sekarang cergas sepenuhnya dan bersedia untuk bermain semula. Mungkin jika mereka menjual seorang pemain pertahanan (merujuk kepada Senderos), mereka memerlukan pengganti baru."

Wenger sekarang sedang fokus untuk membeli penyerang pada Januari ini, namun akan mempertimbangkan Campbell yang telah berlatih dengan Arsenal dalam masa 2 bulan ini, kerana dia mengambil berat tentang pengganti Vermaelen dan Gallas jika salah seorang tercedera.

Kali terakhir penampilan Sol Campbell dalam Premier League ialah dengan Portsmouth pada 24 May tahun lalu manakala kelab terakhirnya ialah Notss County, kelab League 2 dimana dia hanya bermain satu perlawanan sahaja.

Sumber: ESPN Soccernet


Comments

  1. buat apa la amik kuda tua ni..

    ReplyDelete
  2. perpindahan dia ke notts dgn kontrak 5 tahun pada usia 35 tahun, pastu main satu game terus belah, pun dah cukup membuatkan kening terangkat2.

    masih igt masa dia merajuk dan melarikan diri/bersembunyi dari kem latihan arsenal sebelum dijual ke portsmouth dulu?

    apa2 pun fungsi beliau sebagai back-up. free transfer. so kalo arsene nak amek pon tade hal laa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil