19 January 2010

Rumours, Kecederaan & Impian Kejuaraan EPL


Seputra baru smpai rumah, so lepak jap ats sofa yang empuk kat umah.Sambil2 tuh seputra cuba hubungi spy seputra di utara London. Banyak yang di borak,ada berita tentang pemain cedera, rumours pasal pemindahan pemain yang dikaitkan dengan Arsenal serta impian untuk menjuarai EPL. So, seputra mula dulu dengan berita terbaru dengan tahap kecederaan Robin van Persi.
Robin van Persi, penyerang kesayangan fan Arsenal kelahiran Belanda ini yang tercedera semasa membantu Belanda dalam perlawanan persahabatan menentang Italy pada November lepas, telah kembali menjalani latihan di padang Arsenal. Berita ini cukup mengejutkan Wenger yang menyangkakan RvP akan terlepas keseluruhan kempen musim ini. RvP sudah turun menjalani latihan ringan dengan menjalani latihan berjalan tanpa boot. Kemungkinan RvP untuk bermain hanyalah pada pertengahan April ini. Seputra harap RvP cepat sembuh.RvP get well soon!!

Ini memberi keyakinan kepada Wenger untuk memastikan pasukan Arsenal terus berada pada tahap keyakinan yang tinggi. Arsenal sekarang berada pada kedudukan ke-3 Liga, 3 mata di belakang Chelsea. Sekiranya Arsenal berjaya mengalahkan Bolton dengan 3-0 pada esok malam, Arsenal dengan segala hormatnya berada di persada Liga dan Arsenal perlu terus memberi tekanan kepada Chelsea sebelum jadual ketat bermula dengan perlawanan Aston Villa pada penghujung bulan ini.

Ini pula berkaitan cakap-cakap yang mengatakan Mario Mandzukic akan berpindah ke Arsenal Januari ini, Wenger mengesahkan yang beliau tidak berminat untuk mendapatkan Mario. Sebelum ini spy seputra memberitahu yang Mario sedang dalam pemerhatian Wenger,tetapi sekarang Wenger sudah mengesahkan yang semua itu tidak benar dan mungkin akan ada beberapa nama lagi yang akan dikaitkan dengan Arsenal sehinggalah musim perpindahan musim sejuk berakhir. Jadi untuk Mario, hajat mu tak akan kesampaian la.

Wenger pula cukup yakin untuk mengekalkan pemain berbakat dari Sepanyol ini. Wenger memuji Merida yang beraksi begitu baik menentang Bolton baru2 nie. Wenger berkata dia yang Merida begitu berpengaruh apabila dia beraksi dan begitu berbahaya apabila membuat serangan dan gerakkan ke kubu Bolton. Merida berjaya mencuri satu jaringan pada perlawanan tersebut yang mana Arsenal menang 2-0. Selepas perlawanan Merida dilaporkan mengalami kecederaan dan akan terlepas perlawanan menentang Bolton rabu ini. Seputra berharap yang kontrak Merida disegerakan agar dapat menyakinkan peminat2 Arsenal yang Merida tidak akan ke mana-mana selepas abis musim ini. We trust Arsene Wenger!!
Wilshere pula hampir pasti akan dipinjamkan ke kelab lain selepas Wenger memberi lampu hijau. Wenger menjangkan yang beliau hanya akan melepaskan Wilshere untuk kelab2 EPL sahaja. Spy seputra memberitahu yang Owen Coyle bekas pengurus Burnley masih berharap untuk mendapatkan Wilshere secara pinjaman untuk bersama kelab barunya iaitu Bolton. Pengurus Bolton ini cukup berminat dengan bakat yang dikurniakan kepada Wilshere dan berharap yang impian beliau membawa Wilshere akan tercapai dalam beberapa hari lagi. Wilshere pada ketika ini masih mengalami kecederaan hamstring dan akan terlepas perlawanan Rabu ini.

Ini pula berita pasal pertahanan berbakat Arsenal, Philippe Senderos. Beliau yang masih berharap akan dilepaskan sebagai pemain pinjaman ke Celtic untuk menjamin dapat beraksi dalam skuad utama bagi menjamin tempat beliau pada Piala Dunia akan datang. Pemain Swiss ini terdesak untuk beraksi apabila Sol Campbell menyertai Arsenal semula baru-baru ini dan akan membataskan lagi aksi beliau dalam skuad utama Arsenal. Seputra rasa baik Senderos memikirkan prestasi beliau,kerana Wenger hanya akan memberi peluang kepada pemain yang mencapai standard yang baik sahaja. Apapun, selamat maju jaya kepada Senderos!!

Ini ada sedikit kontrovesi, spy seputra memberitahu yang pemain muda dari Bolivia yang baru dibeli Arsenal iaitu Samuel Galindo sebenarnya bukanlah berumur 17tahun tetapi 21tahun. Ini disahkan dengan maklumat dalam passport beliau yang mana tarikh lahir beliau ialah pada 18 April 1989 yang mana lagi 3 bulan akan genap 21 tahun. Sekiranya benar, perpindahan ke Arsenal mungkin belum selesai dan beliau mungkin menghadapi masalah kemudian hari kerana menyembunyikan status umur. Macam2 betui berita yang seputra dengar. Apa pun biarlah pihak bertanggungjawab yang tentukan perkara ini. Seputra mengarapkan yang Galindo akan menjadi pemain Arsenal kerana bakat beliau yang bagus.
Ini perkembangan paling baru yang seputra dapat, Wenger dikabarkan akan menyediakan untuk mengambil pertahanan bawah 21 tahun England ini yang beraksi bersama Fulham, iaitu Chris Smalling. Seputra difahamkan yang nilai beliau sekitar 7juta Pound. Smalling merupakan pemain pertahanan tengah yang dikatakan the next Sol Campbell. Ini sedikit tentang latar belakang beliau, dilahirkan pada 22 Nov 1989 di Greenwish, London. Memulakan karienya di Walderslade Boys FC sejak berumur 9tahun. Beliau bukan sahaja bijak dalam bermain bola tetapi juga dalam bidang akademik. Wenger merasakan yang beliau merupakan pemain muda yang bagus. Wenger mungkin akan mengambil beberapa lagi pemain kelahiran England kerana peraturan akan datang akan menghadkan pemain import dalam pasukan dengan nisbah 5:6.
Bendtner pula dijangkan akan beraksi apabila Arsenal menentang Aston Villa pada penghujung bulan ini, dan merasakan yang beliau tidak akan beraksi pada perlawanan menentang Stoke City untuk kempen FA Cup pada Sabtu ini. Manakala Denilson dan Walcott pula di jangakan akan beraksi menentang Bolton. Kedua-dua pemain tersebut kembali menjalani latihan dan Wenger berkata yang keduanya berada dalam keadaan baik sekarang ini dan bersedia untuk aksi Rabu ini. Dengan kehadiran semula kedua pemain penting Arsenal tersebut, Arsenal mendapat sedikit berita gembira dan berharap mereka dapat beraksi dengan baik.

Akhir sekali seputra ingin memberitahu yang kecederaan di kem Arsenal terus berterusan dengan perkembangan terbaru Nasri dan Ramsey dijangka akan berehat selama 3 minggu dan terlepas aksi menetang Manchester United nanti. Seputra mendapat tahu yang pada mulanya Wenger merasakan kecederaan tersebut hanya kecederaan kecil tetapi malang sekali mereka terpaksa berehat agak lama. Sepanjang ketiadaan Nasri dan Ramsey, pemain simpanan Arsenal berpeluang untuk beraksi. Tetapi seputra harap Arsenal akan kekalkan rentak kemenangan sehinggalah kepenghujung musim. Viva Arsenal...Adios!!

3 comments:

  1. minggu yakin ke bro..
    huhu..line up terbaik pendapat bro?

    ReplyDelete
  2. tgk team spirit mmg yakin...but tgk pada kecederaan yg terus menerus melanda,berat gak tuh...hehe
    Line up??...Almunia,sagna,gallas,vermaelen,clichy,cesc,eastmond/denilson,diaby,Rosicky/walcott,Eduardo,ashavin...
    pa pun aku wat Preview nnt...

    ReplyDelete
  3. pg nanti arsenal menang besar, plg sikit 3 gol, aku dpt rasakan tu.. tp frust sbb xde live lak..

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan