09 January 2010

Rosicky penyelamat Arsenal...2-2!

Kebimbangan Wenger terhadap kualiti serangan Arsenal terbukti pada malam ini apabila barisan serangan Arsenal gagal memberi ancaman kepada benteng pertahan Everton. Tetapi nasib masih menyebelahi kempen Arsenal pada musim ini apabila berjaya mengikat perlawanan dengan 2-2.Sama2 kita lihat barisan pemain yang di turunkan pada malam ini:

Almunia
Sagna----Gallas----Vermaelen----Traore
Ramsey----Denilson----Diaby
Nasri----Arshavin----Eduardo

Sub: Fabiansky,Silverstre,Vela,Rosicky,Merida,Eastmond,JET.

Wenger membuat enam pertukaran pemain yang beraksi pada aksi FA Cup. Denilson mengambil tempat Song, Diaby, Nasri, Ashavin, Almunia serta Traore kembali kepada skuad utama. Di sebab kan perlawanan dengan Bolton di tunda akibat ribut salji yang tebal,prestasi Arsenal agak goyah.

Arsenal ketinggalan pada awal pemainan apabila Leon Osman menjaringkan gol, hasil kelalaian benteng Arsenal dalam mengawal gerakan set piece Everton. Gol tersebut bagi seputra tak sepatutnya berlaku sebab ia merupakan sepakan sudut pertama yang berjaya di perolehi Everton. Arsenal mula membuat gerakan, dan pada minit 28 Denilson sekali lagi menjaringkan gol menentang Everton apabila membuat rembatan tetapi terkena pertahanan Everton lalu mengelirukan Howard untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Ketiadaan Cecs Fabregas yang masih cedera,Arsenal di lihat gagal bermain permainan pantas dan menarik, Ramsey gagal meneruskan aksi cemerlang beliau dan pada separuh masa kedua Arsenal sekali lagi ketinggalan apabila Arsenal yang asyik menyerang ke kubu Everton gagal menutup kubu dengan kemas. Hasil serangan balas Everton pada minit ke-81, Steven Pienaar yang tidak dikawal berjaya menjaringkan gol apabila menyungkit bola melepasi Almunia.

Ketika Arsenal di ambang kekalahan ke-5 musim ini, Rosicky menjadi penyelamat Arsenal. Rosicky yang kembali beraksi selepas kecederaan beberapa minggu lepas masuk mengantikan Ramsey yang gagal beraksi cemerlang. Hasil gerakan yang berpunca dari Diaby, Rosicky berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan Everton apabila bola hantaran pendek Diaby berjaya di rembat oleh Rosicky yang terkena Lucas Neil pertahanan Everton lalu menerjah jaring. Sekali gus berjaya mengelak dari kekalahan kepada Everton sejak Januari 1996 di tempat sendiri.

Seputra berharap, Wenger akan membuat perpindahan secepat mungkin untuk membawa sekurang-kurangnya sorang penyerang yang berwibawa.Adios!!!

4 comments:

  1. cukup kecewa dgn keputusan seri ni sbb time ni ler gunners brpeluang utk merapatkan lg jurang dgn pndahulu chelsea..apapun ok la drp kalah..game dah best dah arsenal byk gak attack..cme nasib jer xde..hrp AW leh bw beberapa muka baru lg januari ni..tahniah gunners..!

    ReplyDelete
  2. serangan dah ade, mantap. build up play.

    luck takde kot.

    ntah, midfield ke nak disalah?

    ReplyDelete
  3. denilson vs fellaini.. macam bapak ngan anak je bila tengok, camne la nak conquer tengah tu..

    ReplyDelete
  4. What's Happening i'm new to this, I stumbled upon this I've found It absolutely useful and it has helped me out loads. I hope to give a contribution & assist other users like its helped me. Great job.
    My site : transfer news premier league 2012/13

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan