Review: Bolton v Arsenal 0-2

Yeah!!! Kemenangan yang penting malam ini buat Arsenal. Seputra baru lepas tgk game Arsenal, walaupun agak kebosanan disebabkan banyak gerakan Arsenal tidak berapa menjadi,tetapi keseluruhan permainan Arsenal bolehlah dibanggakan kerana dengan kemelut kecederaan yang masih membelenggu, Arsenal mampu mengatasi halangan Bolton di Stadium Reebok dengan 0-2. Line up Arsenal agak mengejutkan dengan Eastmond mengambil tempat Song dan Rosicky beraksi sebagai sayap kanan.

ALMUNIA
SAGNA---GALLAS---VERMAELEN---TRAORE
CESC---EASTMOND---DIABY
ROSICKY---EDUARDO---ARSHAVIN

Sub: Fabianski, Silverstre, Merida, JET, Coquelin, Vela & Clichy.

Kemunculan Owen Coyle dalam kem Bolton disambut penyokong dengan begitu baik, mereka mengharapkan Coyle dapat memulakan kempen pertama sebagai pengurus Bolton yang baru dengan bergaya. Tetapi seperti seputra tulis pada preview, seputra mengharapkan spoil untuk pengurus baru ini. Terbukti masa yang singkat Coyle menguruskan Bolton sebelum perlawanan menentang Arsenal memberi permulaan yang buruk dalam karienya.

Arsenal bermula dengan agak goyah. Bolton mengasak pada 10minit pertama dan hampir di hadapan pada awal minit pertama,mujur Almunia berjaya menyelamatkan keadaan. Arsenal gagal bermain baik dalam 20 minit pertama, tetapi sedikit demi sedikit Arsenal mula mendapat rentak. Hasilnya pada minit ke 28, Cesc Fabregas (X Faktor Arsenal) berjaya membuka jaringan hasil umpanan Eduardo. Cesc bermain one-two dengan Eduardo dan merembat melepasi pertahanan Bolton sekaligus menewaskan penjaga gol Bolton iaitu, Jaaskelainen.

Gol tersebut ternyata memberi suntikan semangat kepada pemain untuk beraksi dengan lebih baik lagi. Sebelum itu, seputra merasakan yang Arsenal sepatutnya mendapat penalty apabila Cesc dijatuhkan dalam kotak penalty tetapi pengadil tidak memberikan sepakan tersebut. Sket keciwa gak la.

Arsenal bermula 2nd half dengan agak baik, tetapi kembali kehilangan rentak apabila corak keras yang ditunjukan Bolton sedikit sebanyak menjejaskan pergerakan yang cuba dilakukan oleh Arsenal. Cesc kerap diterjah oleh pemain Bolton dengan agak kasar. Jelas mereka cuba mengunci pergerakan key player Arsenal. Wenger membuat pertukaran permain dengan memasukan Merida mengantikan Eastmond.

Ternyata percaturan tersebut berhasil dengan baik sekali, hasil serangan balas Arsenal. Merida berjaya menjaringkan gol pertama EPL beliau musim ini pada minit ke 78. Merida yang baru-baru ini kuat dikaitkan akan berpindah ke Spanyol ternyata masih menaruh harapan untuk kekal bersama Arsenal. Seputra berharap Wenger perlu membuat sesuatu untuk menyambung kontrak baru beliau secepat mungkin.

Tamat perlawanan, seputra bangga dengan pencapaian pemain muda yang baru menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal. Ternyata pengalaman beliau masih kurang, tetapi aksi beliau masih boleh dibanggakan. Craig Eastmond, satu-satunya pemain England yang beraksi pada malam ini menunjukan yang beliau mempunyai potensi untuk menjadi pemain Arsenal yang hebat suatu hari nanti.

Seputra berjaya dalam predict pada malam ini, Arsenal menang 2-0, tetapi penjaringnya agak tersasar, tetapi masih pemain yang sama negara iaitu Cesc dan Merida. Diharap perlawanan akan datang dimana Arsenal akan melayan kunjungan Bolton dapat mengekalkan kemenangan ini. Always be a Gonners!!! Adios!!!!!!

Comments

  1. huhu..sib baik tak de sape2 yang injured..

    ReplyDelete
  2. Eastmond boleh tahan gak..
    Position dia lagi bagus dari Song..
    Hantaran dia pun cepat dan mudah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil