03 January 2010

Rambo Bintang Arsenal

Ramsey membalas kepercayaan Wenger apabila menjaringkan gol penyamaan sekali gus mencetus semangat dalam pasukan Arsenal untuk menang perlawanan sebentar td. Seputra sangat puas hati dengan aksi Ramsey malam ini.



Arsenal ketinggalan pada minit2 akhir aksi separuh masa pertama,apabila Diamanti berjaya melepasi perangkap offside dan tenang menyumbat gol apabila hanya berdepan dengan Fabianski.



Separuh masa kedua Wenger membuat sedikit perubahan,dengan memasukan Diaby (player kesayangan abg aku skrg ini) dan Nasri, dengan mengeluarkan Wilshire dan Merida. Ternyata membuahkan hasil,apa bila permainan kembali di kuasai oleh Arsenal.


Ramsey menyumbat gol pada minit ke-78 hasil kekalutan di depan pintu gol West Ham apabila Diaby memulakan gerakan dari tengah padang dengan mengumpan bola kepada Carlos Vela dan berlaku kekalutan yang mana Ramsey berjaya mencuri bola sekali gus merembat ke pintu gol.

Eduardo menyumbat gol kemenangan pada minit ke-83 sekali gus memberi harapan kepada fan Arsenal untuk melihat pasukan kesayangan kita memenagi piala musim ini.Malam ini merupakan malam Ramsey kerana beliau berjaya beraksi dengan baik sekali.Arsenal Malaysia memilih Ramsey sebagai Permain Terbaik Perlawanan.

Dan ini sedikit dengan keputusan musuh tradisi Arsenal, Man U tewas kepada Leeds United 0-1 di Old Trafford.Come on Arsenal...Musim nie kita msti menang piala!!!!We trust Wenger!!!

6 comments:

  1. Dr penilaian aku :

    1st half, Merida tak patut amik freekick atau corner kick.. Eduardo tak sepatutnya bermain sbg Left Forward.. Song byk lps bola, main sambil lewa.. Gallas terlampau gugup..

    2nd half, kemasukan Nasri dan Diaby meningkatkan serangan dr bhgn tepi.. Eduardo kembali ke posisi full striker.. Vela lgsg tak wat crossing.. dan secara keseluruhan, Ramsey mmg bermain baik dan tenang..

    ReplyDelete
  2. bkn ke cross Vela untuk second goal...?...Trio tengah amat penting...Ramsey+Song+Diaby=Cesc+Song+Diaby/Denilson...buta masa skng ni la...klu ada trio2 ni...enjin tgh mmg optimum

    ReplyDelete
  3. Ntah la.. aku nk kena check blk.. tp byk kali Diaby lorongkan kt dia wktu 2nd half, lgsg tak crossing.. dia pass blk ke blkg.. frust btol aku tgk.. aku baru ingat nk sorak nama dia.. Haha!

    ReplyDelete
  4. game smlm mmg mendebarkan...tp bahana gak tgk game smlm,smpai aku bangun lambat g keja...haha

    ReplyDelete
  5. 2nd goal tu hasil cross yg cantek dr Vela...betul2 sampai kt pala Eduardo..dia just tanduk lob ja..Green kelemasan..hahaha tp sblm tu..camna Vela nk cross klu sekali bola sampai kt kaki dia, Diamanti terus mai terkam..klu x, Vela xde la sepak blk Diamanti tu..lps mamat tu kena sepak baru nmpk cross coming from Vela...

    ReplyDelete
  6. vela patut lebih banyak bermain sebagai winger berbanding cuba diterapkan untuk menjadi striker.

    seyesly, bakat dia kat situ.

    vela winger kiri, walcott winger kanan. konpem mantop.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan