Preview: Bolton Wanderers vs Arsenal FC


Seputra dah bersiap sedia nak ke Stadium Reeboks hari ini untuk menyaksikan pertembungan klasik antara Bolton menentang Arsenal. X faktor malam ini semestinya kepulangan Cesc Fabregas yang sembuh dari kecederaan hamstring strain ketika bertemu Aston Villa tempoh hari. Bolton merupakan pasukan yang selalu membuat masalah kepada Arsenal dengan corak permainan yanag selalu digunakan iaitu hantaran jauh dari bahagian pertahanan. Musim ini Arsenal baru pertama kali akan menentang Bolton sebelum akan beraksi kembali di Emirates 3 hari kemudian. Jadi kita sama2 saksikan barisan kemungkinan pada malam ini:

Almunia
Sagna----Gallas----Vermaelen----Traore
Fabregas----Diaby----Rosicky
Nasri----Eduardo----Arshavin

Dengan kecederaan yang masih membelengu kem Arsenal, seputra rasa nie merupakan barisan terbaik buat ketika ini yang available untuk perlawanan hari ini. Kehadiran Cesc memberi keyakinan di bahagian tengah ditambah dengan gandingan bersama Diaby dan Rosicky yang menunjukan keserasian dalam permainan.

Clichy yang baru sembuh dari kecederaan dijangka akan di letakkan dibangku simpanan, Denilson masih tidak boleh bermain selepas kecederaan otot perut beliau, dan Ramsey juga kemungkinan terlepas aksi selepas cedera di padang latihan dan Wenger menjangkakan kecederaan tersebut hanya sementara sahaja. Song yang masih bersama pasukan negara, akan di ganti oleh Diaby.

Walcott belum sembuh dari kecederaan yang di anggap misteri kerana Wenger menjangkakan yang beliau sudah boleh beraksi tetapi masih memerlukan rawatan susulan. Nasri seperti biasa akan bermain di sayap kanan dan Eduardo akan mengekalkan tempat selaku penyerang tengah. Eduardo sejak akhir ini semakin hampir kembali ketahap sebenar beliau sebagai penyerang digeruni. Arshavin sebenarnya mengalami kecederaan kecil di bahagian kaki beliau, tetapi dijangka akan beraksi pada hari ini. Sekiranya tidak, seputra menjangkakan yang Vela sesuai beraksi di bahagian sayap kiri.

Seputra berharap perlawanan malam ini akan memberi permulaan buruk kepada pengurus baru Bolton iaitu Owen Coyle. Bekas pengurus Burnley ini menjadi pengurus Bolton selepas Megson di pecat. Malam ini seputra predict Arsenal menang 2-0. Cesc Fabregas 2 biji.Adios!!!

Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil