20 January 2010

Preview: Arsenal FC vs Bolton Wanderers - 20 Jan 2010


Seputra come back!!Ini seputra punya style...klu korang tak best gak,korang tulis sndiri nak???hehe...ok2 seputra nak wat preview sket pasal game malam nie. Arsenal akan menanti kunjungan Bolton pukul 3.45pagi waktu malaysia dan yang sikit kecewa malam nie tak da live kat Astro tapi boleh layan online sahaja. Apa yang korang harap dari game malam nie??msti la nak tgk Arsenal membelasah Bolton dan merampas takhta liga dari Chelsea kan...so malam nie ayuh guys kita bagi sokongan. Ini barisan yang seputra rasa terbaik buat ketika ini:
Arsenal Malaysia's XI
Almunia
Sagna----Gallas----Vermaelen----Clichy
Cesc----Denilson----Diaby
Rosicky----Eduardo----Arshavin

Kembalinya Denilson telah memberi nafas baru dalam skuad yang akan menentang Bolton pada malam ini. Denilson yang mengalami kecederaan otot perutnya sudah sembuh sepenuhnya dan dijangka akan menyertai Arsenal pada malam ini. Beliau akan mengambil tempat Eastmond yang beraksi 3 hari lepas di Stadium Reebok. Dengan kembalinya Denilson, tugas Cesc Fabregas hanya tertumpu kepada attacking midfield sahaja.

Walcott juga sudah kembali dari kecederaan, dan dijang akan memulakan perlawanan ditempat duduk pemain simpanan. Sekiranya Wenger berasakan yang walcott boleh beraksi,kemungkinan kita dapat melihat aksi beliau pada permulaan perlawanan. Wenger berkata dalam website Arsenal yang kedua-dua pemain yang mengalami kecederaan iaitu Denilson dan Walcott sudah sembuh sepenunya dan boleh beraksi pada malam ini.

Tetapi dengan berita kecederaan Ramsey dan Nasri, Wenger merasakan yang kehilangan mereka diganti dengan kembalinya dua pemainnya yang telah sembuh. Jadi malam ini seputra merasakan yang Arsenal bakal menghadapi cabaran yang bertambah sukar kerana Bolton perlukan 3 mata penuh bagi mengelak untuk terus terjerumus dalam zon penyingkiran. Arsenal pula dijangka akan berjuang habis-habisan untuk tidak mempersiakan peluang merampas takhta liga dari Chelsea. Seputra predict malam nie Arsenal menang 3-0 dengan Fabregas sekali lagi menyumbat gol, serta Eduardo dan kalu bleh Vermaelen...hehe...

Ini seputra nak bagitau sket pasal perpindahan, Arsene Wenger semakin hampir untuk mengambil pemain muda Fulham iaitu Chris Smalling atau the next Campbell. Di jangka nilai beliau mencecah 7Juta Pound. Wenger merasakan yang Smalling merupakan pelaburan jangka panjang bagi mengantikan William Gallas bekas kaptain Arsenal. So apa pun keputusan Wenger, seputra sokong dan mesti ada something dekat Smalling nie.So jangan kecoh-kecoh,kita layan ja game malam nie...Adios!!!

No comments:

Post a Comment

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan