24 January 2010

Piala FA bukan milik Arsenal


Arsenal tewas dengan kekalahan yang dijangkakan sebelum perlawanan. Sejarah membuktikan Arsenal cukup lemah dari segi fizikal untuk mengawal permainan. Tambah2 ramai pemain yang diturunkan oleh Arsene Wenger masih mentah dan serba tidak menjadi. Permulaan hambar buat Campbell setelah menyambung semula kariernya bersama Arsenal dengan memakai jersey 31. Keserasian bersama Silvestre belum cukup mesra. Campbell tidak beraksi seperti mana dahulu kerana campbell more to stopper role. Apa2 pun. We on track in grabbing Premier League title from MU and Champion League. Come on Gooners!!

5 comments:

  1. amat kecewa dengan fabianski. aku taknak salahkan campbell sangat kerana bagi aku tak adil untuk menghakimi dia dalam satu game yang amat memerlukan keserasian beliau bersama ahli pasukan lain terutama silvestre dan coquelin. pasukan yang mereka hadapi juga memiliki reputasi tinggi selaku pasukan BPL.

    tapi fabianski tidak menampakkan kematangan dan profesionalisma goalkeeping yang baik setaraf dengan namanya yang sering disebut gah.

    menghairankan kerana walaupun arsene merehatkan pemain utama, sepatutnya almunia boleh diturunkan lantaran ini game kalah mati dan pengalaman tinggi diperlukan untuk membuat comeback di saat-saat genting.

    aku terasa seperti arsene tidak mahu lagi bergantung harap terlalu tinggi pada almunia. mungkin ada perancangan darinya untuk mengganti posisi berjersi nombor 1 dalam arsenal.

    bagaimanapun ini hanyalah spekulasi. apa-apa pun aku akan terus menyokongmu arsenal. go for the champions league and league title!

    ReplyDelete
  2. Bg aku plak.. Arsene Wenger cuba larikan pasukan dari terus memburu Piala FA.. Ini kerana Man Utd adalah satu2nya pasukan yg berpeluang merebut Piala BPL jika Arsenal dan Chelsea masih berada dlm kesibukan jadual yang padat.. Sblm perlawanan mlm td, Arsene telah menyebut yang Man Utd mempunya kelebihan utk merebut Kejuaraan.. Atas sebab itu, mungkin?

    Arsenal sptmana Man Utd kini hanya perlu mengejar Kejuaraan Liga dan Piala Liga Juara-Juara Eropah saja.. Bagi aku, jgn jadi "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.." Apa yang Ajai katakan tu benar.. Apa salahnya Almunia diletakkan sbg pemain utama pd mlm ini.. Tidak perlu mengejar bola hingga ke gol lawan pun.. Cuma perlu menjaga gawang pasukan, bukan begitu?

    Wlu bgmanapun, tak perlu salahkan rata-rata pemain Arsenal.. Arsene menurunkan 99% pemain mudanya menentang 1st eleven pemain Stoke City.. Bagi aku, Stoke City terlalu terdesak utk merebut Piala FA.. Apa yang fan lain harapkan kini hanyalah Kejuaraan BPL dan Liga Juara-juara Eropah.. Harapnya, kita tak terlepas kedua-dua piala ni plak..

    ReplyDelete
  3. betul tu..pada firasat aku AW tidak menjadikan piala FA sebagai keutamaan musim ni brdasarkan prestasi semasa the gunners, sebab tu dia turunkan player muda dan ternyata fabregas terkial-kial bila dikelilingi budak2 bwh 12.. lagipun Fuller dah cakap nak main secara keras seperti bolton kerana itu saja lah caranya untuk melemahkan skuad muda arsenal..hai jika di zaman invincibles dulu berani pulak mamat ni nak keluarkan statement mcm nikan..

    Sekarang ni kita belum boleh menarik nafas lega walaupun prestasi sekarang amat membanggakan jika dibandingkan dengan session lepas.Aku rasa apa yang dilakukan AW tu betul..dia sengaja tidak menurunkan pemain terbaiknya kerana pg khamis nanti akan bertandang ke kubu villa.. villa bukan lawan mudah walaupun dibelasah arsenal 3-0 di emirates..silap2 boleh mengundang seri atau kalah yg x diundang..dan cara yg terbaik adalah merehatkan pemain utama yg ada sebaik yang mungkin di samping mengelakkan kecederaan yg x terduga..

    Masa depan arsenal untuk merebut title EPL musim ni bolehlah diramal selepas mengharungi tempoh hampir 3 minggu ni menentang aston villa, man utd, chelsea dan liverpool..

    Arsenal sememangnya berpeluang cerah untuk merebut kejuaraan liga jika aksi konsisten ditunjukkan sepanjang baki session ni..

    Apa nak jadi dan apa cara sekalipun arsenal tetap di hati..Go Arsenal!!!

    ReplyDelete
  4. ade rasional gak klau wenger x tumpukn fa cup
    kang silih berganti lak player injured,lg menyampah

    game yg lepas 2 biarlah,aku ttp bangge sbb arsenal main bola padang,bkn bola baling (bg tuala GOOD MORNING kt Delap)

    sume fans arsenal dahagakan kejuaraan,EPL ngn UCL jd keutamaan

    IN ARSENE WE TRUST

    ReplyDelete
  5. dah kalah dah la jgn koya hahaha

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan