07 January 2010

Lacina Traore dalam radar Arsenal


Pemain terbaru dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal. Traore, permain berkelahiran Ivory Coast, bermain untuk kelab CFR Cluj di Romania di posisi penyerang dan juga boleh bermain di posisi tengah. Dalam banyak2 nama yang telah dikaitkan, boleh dikatakan Lacina Troare memiliki ciri2 pemain yang akan dibeli oleh Arsene Wenger.
Ini kerana:-
- nama dia tidak pernah didengar sebelum ini.
- dia ni tak ada reputasi lansung
- tinggi (6 kaki 8 inchi, lebih kurang 2 meter lebih sket)
- muda, baru berumur 19 tahun
- murah, pendek kata kalau nak beli mamat ni kat Watson memang diorang akan cop "Value for Money" (president CFR Cluj menyatakan yang mereka boleh melepaskan Traore dengan harga 4 juta euros)

Dalam temuramah dengan surat khabar sukan Romania "Prosport" president CFR Cluj, Iuliu Muresan telah dipetik berkata: "Kami ada berhubung secara lansung dengan Arsenal, tetapi masih belum menerima tawaran konkrit."

Sementara itu Traore pula dipetik berkata : "Ianya seperti mimpi menjadi kenyataan untuk bermain dengan kelab seperti Arsenal, tetapi saya tak mahu fikirkannya dulu kerana ianya masih belum konkrit (tawaran untuk perpindahan) lagi dan saya tak mahu terlalu berharap sangat."

Sumber: Goal.com

Gol Traore menentang FC Copenhagen

1 comment:

  1. saya rasa wajar lacina traore dibeli kerana beliau bakal menjadi new adebayor....dan beliau boleh membantu wenger dalam liga liga juara eropah dan merebut kejuaraan EPL....dia memmpunyai ketinggian,ketangkasan dan bijak mengawal bola...pembelian wenger adalah tepat...contoh arshavin,mikael silvathre,vermeelan....semoga tahun 2010 membawa tuah buat Arsenal.....kita doakan wenger membuat pilihan dgn bijak...amin....

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan