FA Cup: West Ham v Arsenal FC

Dengan ketiadaan Atikah, seputra buat sementara waktu mengambil alih tugas untuk meng-update blog Arsenal Malaysia nie. Malam ini tepat pukul 12 mlm Arsenal akan turun beraksi dalam FA Cup menentang West Ham di Upton Park.Game malam ini boleh dikatakan agak penting tetapi Wenger merasakan yang Arsenal perlu memberi lebih tumpuan kepada Kejuaraan Liga. Jadi kemungkinan malam ini akan ramai pemain2 muda akan di ketengahkan.Ini bayangan pasukan yang bakal beraksi malam ini:

Fabianski
Gilbert--Senderos--Gallas--Silverster
Ramsey--Song--Rosicky
Vela--Eduardo--Merida

Rosicky di jangka beraksi selepas pulih dari kecederaan, manakala Senderos akan diberi peluang sekiranya cergas sepenuhnya dari kecederaan tapak kaki beliau. Wenger menjangkan tahap motivasi yang tinggi dalam pasukan akan terus di bawa oleh pemain2 pada malam ini.

Untuk rekod musim ini,pada perlawanan beberapa bulan lalu Arsenal seri 2-2 dengan West Ham di Upton Park yang mana Arsenal telah mendahului dengan 2-0 tetapi gagal membawa 3 mata penuh. Seputra harap malam ini Arsenal berjaya melayakan diri ke pusingan seterusnya kerana Piala FA merupakan Koleksi terbanyak di bawah Arsene Wenger.

Sedikit berita perpindahan musim sejuk, Jack Wilshere di jangka akan di pinjamankan ke West Ham, manakala Welington dan Zezinho telah berjaya di ikat oleh Arsenal. Untuk pengetahuan mereka akan bermain dan berlatih pada 2011.Tetapi kabar angin yang Arsenal akan mengambil Klass Huntelaar tidak akan jadi kenyataan memandangkan Arsenal tidak berminat. So tunggu dan lihat perkembangan sekitar bulan ini.Adios!!!

Comments

  1. Da hampir2 sakit jiwa da.. Seb bek Wenger buat pertukaran..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil