12 January 2010

Cesc Fabregas & Transfer Rumours

Cecs Fabregas, kapten Arsenal telah kembali cergas dan menjalani latihan intensif bagi memulihkan kecederaan beliau sepenuhnya walaupun terpaksa melakukan latihan berseorangan dalam cuaca sejuk yang mana seluruh padang latihan dilitupi salji ketika beliau berlatih bersama pegawai kecergasan Arsenal.

Seputra yakin dengan kembalinya Fabregas dalam skuad, Arsenal mampu mengekalkan saingan dalam perebutan kejuaraan apabila akan menentang Bolton pada sabtu ini. Fabregas juga memuji bekas pengurus pasukan wanita,Vic Akers selayaknya menerima anugerah OBE dan menyatakan yang Akers selalu melayannya seperti bapa dengan anak. Ini menguatkan lagi jangkaan seputra yang Fabregas akan kekal bersama Arsenal buat masa yang panjang.



Seputra sempat berhubung dengan spy seputra yang menginform Arsenal sedang memerhati permain muda Spain sorang nie, iaitu Sergio Canales. Pemain dari Racing Santander ini mencuri perhatian Arsenal dan beberapa kelab besar lain apabila beliau membantu Racing membenam Seville baru-baru ini dengan menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut. Tetapi agen beliau berkata, ini hanya cakap-cakap kosong. Tetapi seputra pun melihat yang beliau merupakan prospek masa depan. Beliau akan berusia 19tahun bulan depan.




Ini sedekit berkenaan Fran Merida, beliau masih ada impian untuk kekal bersama skuad Arsene Wenger dan berharap akan perkembangan berkenaan kontrak beliau. Merida berjanji sekiranya terus diberi peluang,beliau akan mempamerkan aksi yang baik bagi membuktikan yang beliau layak bermain dan terus kekal bersama Arsenal. Keinginan beliau tuh sebenarnya membuktikan beliau bakal memjadi pemain yang bagus suatu hari nanti


Sebelum seputra off, ini sedikit berita pasal Louis Saha, Wenger sedang mempertimbangkan kemungkinan mengambil Saha yang berumur atas 30-an sebagai sebahagian perancangan jangka pendek beliau untuk menambahkan lagi kekuatan. Sejak akhir nie, seputra perasan yang Wenger sedikit berubah pendirian, kalau dulu Wenger susah nak ambil pemain2 atas 30-an tetapi sekarang trend agak berubah. Tepi perubahan ini dapat memperbaiki skuad Arsenal dengan menambah pengalaman dalam pasukan. Sebelum seputra terlupa, Bendtner semakin hampir beraksi bersama Arsenal. Seputra tak sabar nak tgk kelibat Bendtner kembali bersama Arsenal. Adios!!!

2 comments:

  1. "walaupun terpaksa melakukan latihan berseorangan dalam cuaca sejuk yang mana seluruh padang latihan dilitupi salji"

    damn! baru laa footballer sejati yg sayangkan kelab dan prestasi diri.

    takpe kalo nak amek yg agak veteran neh. asalkan bukan berstatus superstar. kalo arsene nak beli beckham (contohnya) mmg aku tak berkenan sbb dah tua bangka tapi harga still melambung lagi.

    kalo nak beli, beli laa yg jual longgok tepi jalan tu. haha!

    pemain muda takpe. habis berjuta pun kalo wenger rase ade bakat, memang pastinya berbaloi!

    :P

    ReplyDelete
  2. Banyak rumours yang kita dengar mengenai perpindahan Fabregas. Tapi aku memang berharap agar Fabregas akan terus bersama Arsenal. Die memang boleh jadi lagenda Arsenal seperti Henry...Blog ni memang cool.

    ReplyDelete

Anyone to be a writer? Please send your mail to afhamabdulrahman@gmail.com
Lets Join Us in Arsenal Malaysia Gooners Forum Klik Sini

Video Pilihan