Cesc: Aku Beritahu Merida Tentang Masa Depan Dia Di Arsenal

Seputra sebelum tuh nak mulakan topik panas Arsenal pada hari ini berkenaan kontrovesi yang melanda William Gallas yang semakin hangat dikatakan. Wenger berasa terkejut dengan kekecohan yang melanda sekitar Gallas selepas accident beliau dengan pemain tengah Bolton, Mark Davies pada perlawanan yang di menangi Arsenal 4-2. Wenger merasakan perkara ini tidak perlulah diperbesarkan lagi sebab Gallas tidak bersalah kerana ketika perebutan tersebut bola dalam 50-50. Jadi pengurus Bolton, Owen Coyle tak perlulah memanjangkan lagi perkara ini. Untuk pengetahuan semua, Gallas terlepas hukuman yang berkemungkinan akan digantung 3 perlawanan. Tetapi panel pengadil mengesahkan yang Gallas tidak bersalah.

Ini menguatkan lagi pemain yang ingin sangat dipinjam oleh Bolton, iaitu Jack Wilshere berkemungkinan tidak akan menyertai skuad Owen Coyle tersebut sekiranya perbalahan ini berterusan. Untuk pengetahuan semua, Wilshere sudah sembuh dari kecederaan dan berkemungkinan akan beraksi dalam FA Cup menentang Stoke City pada ahad ini.

Cesc mendedahkan yang beliau sangat berharap rakan senegara beliau, Fran Merida akan kekal bersama Arsenal kerana masa depan beliau sangat cerah di sini. Ini berikutan Merida merasakan yang beliau tidak mendapat secukupnya aksi kesebelasan utama, dan berkemungkinan tidak akan menyambung kontrak untuk berpindah ke kelab lain, dengan Atletico Madrid mendahului minat meraka untuk mengambil Merida pada penghujung musim ini.

Fabregas menegaskan yang dia begitu berbangga dengan aksi Merida ketika membenam Bolton 2-0 di Reebok Stadium baru-baru ini, Merida menyumbat gol pertama beliau dalam Liga, tetapi kecewa dengan kecederaan yang dialami kerana beliau baru saja mahu mengukuhkan diri dalam pasukan. Ia bertambah mengecewakan kerana beliau tidak beraksi dalam 3 perlawanan berturut-turut sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia menyukarkan beliau untuk menunjukan apa yang dia boleh lakukan. Fabregas berharap Merida segera kembali dengan semangat baru.

Ini pula berkenaan pemain yang dikatakan seputra baru-baru ini yang semakin hampir ke Arsenal, iaitu Chris Smalling. Wenger mengesahkan yang beliau tidak sama sekali akan mengambil Smalling buat masa ini. Tetapi tidak menolak kemungkinan pada masa hadapan akan menimbangkan untuk mengambil Smalling kerana Wenger merasakan yang beliau merupakan pemain berbakat yang sedang diperhatikan oleh Wenger.

Sedikit tentang Smalling yang seputra nak kongsikan, beliau merupakan pemain pertahanan jati London dan menyertai Fulham dari kelab bukan liga iaitu Maidstone United pada 2008. Membuat debut beliau semasa menentang Everton pada penghujung musim lepas setakat ini bermain 4 perlawanan bersama pasukan utama Fulham. Berumur 20 tahun dan mendapat 3 cap kebangsaan bersama pasukan England bawah 21 tahun.


Seputra suka betui dengar rumours2 nie, bukan apa sebab ia menunjukan yang Arsenal nie memang pasukan yang mempunyai peminat ramai pemain di dunia ini yang ingin menyertai Arsenal, lagi2 pemain muda berbakat besar. Terbaru yang seputra dapat tahu ialah pemain kelahiran Brazil ini, iaitu penyerang dari Corianthian, Dentinho (gigi kecil). Dia merupakan pemain yang sedang diperhatikan dan dikaitkan dengan perpindahan oleh beberapa kelab besar seperti Real Madrid, Man United, dan juga Arsenal serta beberapa lagi kelab ternama di Eropah.

Dentinho atau nama panjang beliau Bruno Ferreira Bonfirm merupakan penyerang yang mempunyai bergantung kepada kelajuan. Tetapi sedikit berita yang tak sedap dengar, Dentinho nie semasa di Corinthian sejak 3 musim lepas masih gagal mencecah 20 goal semusim, dia juga hanya berketinggian 5kaki 9 inc yang mana mungkin dipertimbangkan oleh kelab di Eropah lagi2 di England. Ketika Corinthians jatuh division ke2 pada 2008 disebabkan penajaan ditarik balik oleh Samsung sekitar 2007.Beliau membantu kelab tersebut pada 2008 untuk menaiki semula liga utama di Brazil dan melayakan kelab pada final piala Brazil dengan rekod jaringan sebanyak 14 gol dan menyertai senarai penjaring terbanyak liga. Tetapi ini hanya rumours dan tidak tolak kemungkinan Scout Arsenal sedang memerhati beliau.


Ini pula berita yang menyedihkan untuk Kieran Gibbs, beliau akan terlepas keseluruhan aksi musim ini apabila kecederaan patah tulang metatarsal beliau memerlukan pembedahan susulan. Ini berikutan pembedahan pertama beliau tidak berjaya dengan baik. Wenger jelas kecewa dengan perkembangan terbaru ini. Ini kerana Gibbs merupakan pemain yang sedang meningkat naik dengan baik sekali. Dengan kecederaan beliau ini, di harap Gibbs kuatkan semangat untuk kembali pada musim hadapan dengan azam baru serta diharapkan agar Gibbs dapat mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama pasukan.

Jadi seputra rasa cukup setakat nie sahaja, seputra perlu cari bahan terbaru dan perkembangan terbaru Arsenal. Diharap akan ada nama2 besar lagi yang dikaitkan dengan Arsenal atau setidak-tidaknya pemain muda berbakat yang menjadi perhatian Arsenal. So seputra berhenti setakat ini saja. Adios!!!!


Comments

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil