Arsenal v Bolton - Preview

Arsene Wenger menggesa anak buahnya untuk tidak mempersia-siakan peluang untuk berada di tempat kedua yang mana hanya akan dipisahkan satu mata dengan Chelsea pada perlawanan menentang Bolton hari ini. Arsenal telah mencatat 6 kemenangan berturut-turut selepas tewas kepada Chelsea 6 minggu lepas sekali gus berjaya merapatkan kedudukan ditempat ketiga dengan 1 perlawanan dalam tangan.Ini bayangan Arsenal menentang Bolton pada hari ini:

Almunia

Sagna---Gallas---Vermaelen---Traore

Ramsey---Denilson---Diaby

Nasri---Eduardo---Arshavin



Dengan pemergian Song untuk menyertai Cameron dalam Kejohanan Piala Africa, Denilson diberi tugas untuk mengambil tempat tersebut tetapi sekiranya Denilson tidak cergas sepenuhnya, Rosicky akan mengambil tempat tersebut. Seputra menjangkan Ramsey akan terus diberi peluang dan kepercayaan untuk beraksi memandangkan 2 aksi terakhir beliau begitu baik untuk membantu kemenangan Arsenal.


Eduardo yang menemui semula sentuhan golnya dalam 4 perlawanan terakhir dengan menyumbat 3 gol dijangkan akan terus diberi kepercayaan selaku penyerang tengah. Selepas kecederaan 2 tahun lepas, Eduardo gagal menunjukkan aksi terbaik beliau. Wenger menjangkan Eduardo akan menjadi pemain penting untuk mencabar kejuaraan musim ini sekiranya dia bebas dari kecederaan.


Hari ini Arsenal akan berasksi pada pukul 3.45 pagi waktu Malaysia dan ada Live di ESPN klu tak silap seputra, dan seputra akan cuba untuk tgk walaupun esok keja.Arsenal telah membuktikan buat masa sekarang prestasi semasa mereka memberi keyakinan untuk memenangi Liga Perdana.



Sedikit berita tentang perpindahan,Wenger amat berharap dapat membawa masuk permain baru dengan secepat mungkin kerana Arsenal akan menghadapi lawan yang sukar bermula hujung Januari ini dengan Aston Villa,Manchester United,Chelsea dan Liverpool menanti Arsenal. Fran Merida pula di jangka akan di sambar Atletico Madrid dengan jangkaan hanya di bayar pampasan sebanyak 3juta Pound.


Manakala Arsenal juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil penjaga gol Legia Warsaw iaitu Jan Mucha untuk menambahkan lagi pengalaman dimana beliau sekarang dalam tempoh percubaan dengan Arsenal. Sekiranya benar Arsenal mengambil beliau, ini akan memberi tamparan hebat kepada Vito Mannone dan Wojciech Szczesny untuk beraksi bersama skuad utama.

Akhir sekali Seputra mengharapkan perlawanan hari ini Arsenal akan mengalahkan Bolton dengan 3-0. Apa sekali keputusan malam ini akan menjadi penentu arah pasukan Arsenal. Sekiranya menang kita akan berada di tempat ke-2.Adios Amigos!!

Comments

  1. asal aku check astro xdepun live..carling manu vc man city ade la

    ReplyDelete
  2. Mmg takde Live.. Maxis anta schedule arini, mmg takde kt Astro.. Live kt Emirates je la kwn2..

    ReplyDelete
  3. postpone la kawan2...game tak jadi malam ini,sebab cuaca tak mengizinkan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sumbu yang basah

Let's go Gunner - Ozil