Posts

Showing posts from December 27, 2009

Email dari Atikah

afham perlu faham atikah dulu menulis dekat sana dgn aman.. atikah nak terus macam tu.. atikah rasa baik atikah pergi saja memandangkan ada yg cakap blog nie lebih aman tanpa atikah.. so atikah rasa itu adalah petanda yg mereka x sukakan atikah.. atikah nak terima kasih dekat afham kerana selama ini support atikah..

atikah skrg nie dah buat blog atikah sendiri.. http://atikaharsenalfc.blogspot.com/.. so kalau afham sudi tolonglah support blog atikah nie.. tapi sejujurnya atikah masih sanggup tolong blog arsenal malaysia kalau afham minta pertolongan atikah.. so secara muktamad dan rasminya hari ini atikah mengundurkan diri dari blog Arsenal Malaysia..

Pemergian Atikah dari Blog Arsenal Malaysia memberi tamparan hebat kepada Afham di dalam mengupdate blog ini. Terima Kasih Atikah atas pengorbanan anda selama ini.

Bukan dua tapi tiga Ferguson !!

Image
Arsenal membalas kenyataan Alex Ferguson yang kejuaraan liga musim ini hanya diantara Chelsea dan Manchester United.. Tapi kini pemain-pemain Arsenal memastikan yang Arsenal berada di landasan yang tepat untuk mengejutkan dua pasukan pilihan itu..

Kemenangan 4-1 ke atas Portsmouth awal pagi tadi terus membuatkan Arsenal masih berada didalam pemburuan kejuaraan liga pada hari terakhir 2009.. Ianya tidak mustahil untuk melihat Arsenal menjulang kejuaraan ini jika Arsenal terus menang dan dalam masa yang sama mengharapkan pasukan di atas keciciran mata..

Atikah yang turut berada di Fratton Park awal pagi tadi agak terharu apabila sebilangan fan Arsenal yang mengunjungi Fratton Park menyanyikan lagu 'We were going to win a league'.. Ini membuktikan kepercayaan fan Arsenal untuk Arsenal menjulang trofi EPL musim ini cukup utuh..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----TRAORE
RAMSEY-----SONG-----DIABY
NASRI-----ARSHAVIN-----EDUARDO

Inilah barisan kesebelasan utama Arsenal awal pagi tadi…

Arsenal v Portsmouth 4-1

Image
Wacth out Chelsea...we hunting you!!Awal pagi tadi Arsenal sekali lagi mencatat kemenangan bergaya kali ini mengalahkan Pompey dengan 4-1.Cukup bermakna,cukup untuk memberi amaran kepada pesaing kejuaraan Liga pada musim ini yang Arsenal betul-betul serius dalam kempen musim ini.

Dengan ketiadaan Robin Van Persi,Cesc Fabregas,serta Bendtner..Arsenal membuktikan yang mereka tidak merindui aksi mereka untuk menentang Pompey,Ramsey mengambil tempat Fabregas yang mengalami kecederaan hamstring baru-baru ini. Manakala pemain sama yang mengalahkan Aston Villa ahad lepas dikekalkan. Tetapi yang menarik perhatian seputra,pemain simpanan Arsenal yang mana Wenger mengetengahkan permain muda Craig Eastmond, Jack Wilshere (yang bakal di pinjamkan), serta Fran Merida.

Arsenal berjaya menahan asakan tuan rumah yang mahu membuat kejutan seperti mereka mengalahkan Loserpool,tp pemain Arsenal tak bagi muka dengan gol pembukaan dijelmakan oleh Eduardo hasil sepakan percuma yang terkena pemain Pompey dan…

Wilshere ke Burnley dan Pemain terbaik sedekad Arsenal

Image
Jack Wilshere dilaporkan berkemungkinan akan meninggalkan Arsenal bulan depan secara pinjaman untuk menyertai pendatang baru EPL Burnley.. Namun Wenger dilaporkan masih belum memberikan lampu hijau kepada Wilshere..

Menurut spy Atikah.. Wenger mahukan kepastian dari Burnley tentang berapa tetapkah aksi dari Wilshere jika menyertai mereka.. Namun dalam hal lain Wenger telah pun memberikan lampu hijau..

Jadi jika Burnley mengesahkan yang mereka akan menurunkan Wilshere seberapa tetap yang boleh, Wenger bersedia melepaskan Wilshere pada musim sejuk ini untuk menyertai Burnley secara pinjaman..

Sementara itu fan Arsenal seluruh dunia telah memilih Thierry Henry sebagai pemain terbaik sedekad Arsenal.. Undian memihak kepada Henry sebanyak 60% mengatasi Dennis Bergkamp yang hanya berjaya memperoleh undian sebanyak 27%..

Dalam masa yang sama juga fan Arsenal seluruh dunia membuat kejutan walaupun hanya 5% undian memihak kepada Cesc Fabregas namun ianya sudah cukup untuk membolehkan kapten semasa…

Pre Match : Arsenal VS Portsmouth

Image
Arsenal memulakan second half saingan liga menentang Portsmouth awal pagi ini pada pukul 3.40pagi waktu Malaysia.. Siaran Langsung di Astro Star Sports.. Arsenal menang perlawanan terdahulu dengan jaringan 4-1.. 2 gol dari Abou Diaby, satu dari William Gallas dan Aaron Ramsey..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----TRAORE
ROSICKY-----RAMSEY-----DIABY
NASRI-----ARSHAVIN-----EDUARDO


Itulah bayangan kesebelasan utama.. Namun jika Rosicky gagal cergas awal pagi ini Atikah menjangkakan Nasri akan bermain di bahagian tengah dengan Theo Walcott beraksi di bahagian penyerang kanan..

Dengan prestasi terkini Portsmouth Atikah menjangkakan Arsenal mampu memenangi perlawanan ini walaupun tanpa bantuan dari kapten pasukan.. Atikah predict Arsenal menang 3-0.. Untuk berita terkini Atikah dah postkan tadi.. Jadi artikel tersebut berada di bawah artikel ini.. Adios!!

P/S: Masih belum ada sebarang khabar tentang tahap kecederaan Fabregas.. Atikah akan melaporkan kepada anda semua sebaik sahaja keputusan…

Fabregas pertahankan keputusan Wenger

Image
Fabregas yang dijangka terlepas aksi sepanjang minggu ini mempertahankan keputusan berisiko Wenger dengan menurunkannya semasa perlawanan menentang Aston Villa yang lalu di mana dia masih belum pulih dan cergas sepenuhnya lagi..

"Saya datang dari bangku simpanan dengan harapan yang cukup tinggi menentang Aston Villa.. Saya tidak bermain beberapa perlawanan dan saya setuju dengan pengurus yang saya perlu turun ke padang seketika.. Saya dalam semangat berkobar-kobar (masa itu).."

"Saya tidak boleh bermain seketika tetapi saya berharap akan pulih secepatnya dan kembali kepada pasukan dan membantu.. Saya mencederakan diri saya semasa menjaringkan gol kedua.. Saya memecut dan felt a strange tug.."

Fabregas juga sempat memberikan reaksi tentang reaksi marah dari Pengerusi kelab Arsenal iaitu Peter Hill-wood selepas beberapa pemain Arsenal dikaitkan dengan perpindahan ke Barcalona..

"Saya tidak mahu bantah apa yang pengerusi kelab kata tentang Barcalona.. Saya teramat ge…

Fabregas cuma fokus pada Arsenal

Image
Masih tiada sebarang khabar berita tentang tahap kecederaan yang di alami Fabregas.. Namun semasa Atikah menghubungi physiotherapi Arsenal iaitu Colin Lewin, Colin melaporkan yang Fabregas akan diperiksa pada hari selasa waktu London.. Jadi InsyaAllah esok kita akan tahu berapa lamakah Fabregas akan direhatkan..

Namun disebalik kemungkinan Fabregas terpaksa berehat selama 3 minggu, Fabregas masih sempat bercerita tentang kegembiraannya hidup di London dan bermain bersama Arsenal.. Dan Fabregas juga mahu pulih secepat yang mungkin dari masalah kecederaannya ini..

"Selalu orang bercerita tentang Real dan Barca sejak musim panas.. Tetapi satu perkara yang saya selalu fikirkan ialah tentang kelab semasa saya, Arsenal dan bagaimana untuk membantu rakan sepasukan saya.."

"Suatu perkara yang saya risaukan sekarang ini ialah tentang kecederaan ini.. Saya mahu pulih dari kecederaan ini secepat yang mungkin.." Fabregas yang menjadi penjaring terbanyak pasukan Arsenal dengan 12 …

Fabregas rehat selama 3 minggu ??

Image
Okey Atikah baru sahaja pulang dari bercuti.. Tetapi Atikah x terlepas perlawanan menentang Aston Villa di mana Captain Fantastic iaitu Cesc Fabregas memberikan inspirasi dalam kemenangan 3-0 tersebut..

Tetapi disebalik kemenangan tersebut Fabregas hanya mampu beraksi selama 28 minit sebelum kecederaan hamstringnya kembali semasa menjaringkan gol kedua perlawanan.. Wenger memperjudikan tahap kecederaan Fabregas pada perlawanan tersebut di mana Atikah juga akan melakukan perkara yang serupa..

Sejujurnya Fabregas seboleh-bolehnya kembali pada perlawanan menentang Portsmouth berbanding Aston Villa kerana baru saja pulih dari kecederaan hamstring di mana Fabregas masih belum 100% pulih dan cergas.. Namun disebabkan Arsenal mempersia-siakan peluang demi peluang kemasukan kapten fabulos akan menjamin 3 mata penuh..

Namun seperti yang Atikah katakan kemasukan Fabregas tersebut memang cukup berisiko memandangkan kecederaan hamstring ini bukanlah perkara yang boleh dibiarkan.. Silap-silap haribul…

Top 19 Fantasy Premier League Arsenal Malaysia

Image
Ini kedudukan terkini Arsenal Malaysia Fantasy Football selepas pertengahan Liga,dan ketika ini Team Arse Number 4 tengah mendahului...team aku berada No 20,hehe..

Fantastik Fabregas!!

Image
Persembahan menakjubkan Fabregas berjaya membantu Arsenal mengutip 3 mata penuh di Emirates. Walaupun hanya beraksi selama 27 minit, Fabregas sememangnya memberi inspirasi kepada kemenangan Arsenal ke atas Villa dengan sumbangan 2 golnya masing-masing pada minit ke 65 dan 81. Diaby memastikan kemenangan bergaya Arsenal dengan menyumbat gol ketiga pada minit ke 91. Arsenal menang 3-0.

Fabregas yang tidak memulakan kesebelasan utama pada awal permainan dimasukkan oleh Wenger pada minit ke 56. Fabregas tidak menunggu lama untuk memecah kebuntuan gol apabila membolosi gawang Villa melalui free kick cantiknya hanya selepas 9 minit dia dimasukkan.



Sebelum perlawanan Fabregas dikatakan masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan hamstring yang dialaminya. Ternyata ia benar apabila Fabregas kelihatan seksa menahan sakit selepas menjaringkan gol kedua. Enggan menanggung risiko, Wenger akhirnya mengeluarkan Fabregas pada minit ke-84.


Selain Fabregas, Diaby turut bermain dengan cemerlang mala…

Superb-Cesc beri Arsenal Kemenangan!!

Image
Tahniah Arsenal kembali pada prestasi yang terbaik,sekali gus menafikan tempat untuk Aston Villa untuk memintas Arsenal di tempat 3.Seputra baru smpai rumah,selepas menyaksikan aksi terbaik Arsenal sepanjang 90minit kat Emirates dengan cuaca yang agak sejuk dan kemeriahan Krismas masih terasa di serata London.Tetapi Arsenal tidak menunjukan tanda-tanda menyambut perayaan kerana seputra rasa Arsenal ingin memberi hadiah kemenangan kepada Wenger serta kepada peminat setia Arsenal semperna Krismas.


Hasilnya,berpunca dari sepakan percuma yang berdekatan dengan kotak penalti Cesc berjaya menjaringkan gol, Cesc yang masuk pada separuh masa kedua mengantikan Denilson sebenarnya tidak cergas sepenuhnya tetapi Wenger memasukan dia sebab seputra rasa gerakan dari tengah padang tidak berapa memberi ancaman kepada Villa.


Kemasukan Cesc memang menyuntik semangat dan inspirasi untuk terus menyerang,dan gol ke-2 menjelma hasil serangan balas yang bermula dari sebelah kiri pertahan Arsenal apabila bola…