Posts

Showing posts from December 20, 2009

Preview Arsenal vs Aston Villa

Image
Saya baru saja menonton perlawanan Chelsea vs Birmingham tadi. Keputusannya, seri 0-0. Satu keputusan yang bagus bagi pihak Arsenal. Persaingan liga musim ini benar-benar sengit. Apa saja boleh berlaku. Harap-harap esok Man U kalah atau setidak-tidaknya seri supaya jurang mata antara kita dan Man U tidak begitu besar. Kita masih ada satu baki perlawanan yang mana andai kata kita mampu mengutip 3 mata penuh daripada baki perlawanan ini, kita sudah pun memintas Man U.

Segala-galanya bergantung pada keputusan perlawanan esok. Aston Villa bukan lah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan.Fabregas masih lagi 50-50. Ia jelas bukan satu berita baik tambahan lagi Fabregas tidak menyertai sesi latihan pada Khamis lalu.

Saya pasti Wenger seboleh-bolehnya ingin menurunkan fabregas esok. Fabregas sangat berpengaruh. Bila Fabregas bermain dengan baik, Arsenal juga akan bermain dengan baik. Tapi sebagaimana yang kita faham, Wenger tidak akan menurunkan pemain yang tidak 100% cergas. Kita tunggu da…

vs Aston Villa: Armand Traore kembali, Fabregas 50-50

Image
Minggu ini Arsenal akan menentang pasukan calon big 4 baru epl, Aston Villa. Perlawanan ini amat penting untuk mengekalkan momentum Arsenal sebelum pertengahan musim 2009/2010. Keputusan perlawanan ini juga dapat memberi bayangan di manakah kedudukan Arsenal di akhir musim nanti.

Ok, pada perlawanan menentang Villa nanti, Armand Traore dijangka akan kembali memperkuatkan skuad Arsenal selepas mengalami kecederaan hamstring ketika Arsenal menewaskan Liverpool 2-1.

Senior, Mikael Silvestre yang sebelum ini mengisi tempat Armand dijangka bakal direhatkan bagi memberi laluan kepada pemain muda perancis ini.

Barisan pertahanan Arsenal bakal berdepan tugas sukar bagi mengekang kemaraan Gabriel Agbonlahor dan Ashley Young yang sedang berada dalam prestasi terbaik mereka.

Kepantasan Armand ditagih Wenger bagi membantu kubu Arsenal menafikan setiap percubaan jentera serangan Villa yang pastinya bukan satu tugas yang mudah.

Wenger mendedahkan Armand merupakan salah seorang pemain terpantas skuadnya:

Arshavin: BPL tak seperti dibayangkan

Image
Dalam temubual dengan Sky Sports, Arshavin telah mengakui, bermain di Barclays Premier League adalah lebih susah dari apa yang dia bayangkan sebelum ini. Sepanjang kariernya dengan Arsenal, Arshavin telah menjaringkan 12 gol dalam 27 perlawanan liga buat masa ini.
Arshavin dipetik berkata: "Saya jangkakan apabila tiba di England, jika kamu pemain yang baik dan bermain untuk kelab besar, semuanya adalah mudah. Tetapi walaupun bermain dengan kelab seperti Burnley atau Wolverhampton, ia bukannya mudah - kamu tak ada masa untuk berpusing atau menggelecek. Jika kamu dapat sentuh bola dua kali, kamu bernasib baik".
Pada masa yang sama, Arshavin berharap Arsenal akan memberi saingan sengit untuk merebut takhta liga pada tahun baru ini tetapi mengakui yang Arsenal tak boleh hilang mata lagi.
"Kita pernah ada banyak peluang untuk berada lebih dekat dengan tempat paling atas tapi kita tak ambil peluang itu, jadi saya berasa sedikit kecewa. Tapi sekarang kalau kita menang perlawanan …

Beli! Beli! Beli! Wenger, Jom Shoping!

Image
Sekarang ni kalau bukak je laman-laman web atau blog-blog Arsenal seluruh dunia, perkara yang dibincang memang xde benda lain, alik-alik khabar angin Wenger nak beli pemain itu, pemain ini. Ni semua gara-gara Wenger bukak mulut kata nak beli pemain Januari ni. Ok untuk memastikan korang sentiasa update dengan rumors ni semua, ni ade penambahan baru senarai pemain yang kononnya Wenger nak beli. Walaupun khabar angin je tapi best jugak kan tgk senarai2 ni. Macam2 nama kene petik. So korang Check it out la:


Edin Hazard - Lille


Bellamy - Man City


Adriano - Flamengo




Roque santa Cruz - Manchester City



Solomon Kalou - Chelsea



Goran Pandev - Lazio



David Villa - Valencia



Dalam banyak-banyak pemain ni, saya paling tertarik dengan David Villa. Semua orang sedia maklum Villa antara penyerang terhebat dunia. Penyudah dia memang tajam. Saya memang peminat Villa dan pasukan sepanyol. Tapi untuk Arsenal dapatkan Villa agak susah kot. Paham-paham jela Wenger tu. Harga Villa pon sekarang ni dianggarkan lebih 4…

Walcott pecahkan rekod Henry

Image
Arsene Wenger mengesahkan yang Theo Walcott telah pun memecahkan rekod yang selama ini dipegang Theirry Henry.. Walcott memecahkan rekod 40 meter milik Henry dengan 4.72 saat mengatasi rekod Henry yang dahulu 4.82 saat..

Sementara Carlos Vela dan Armand Traore berada di tempat kedua dan ketiga.. Jadi secara rasminya Theo Walcott merupakan pemain terpantas sepanjang zaman Arsenal buat masa ini.. Tahniah Walcott harap-harap dengan anugerah ini Walcott akan kembali ke prestasi asalnya..

Selepas Samir Nasri disahkan terlepas pergantungan 3 perlawanan selepas rakaman video menunjukkan Nasri memijak pemain Hull City, Arsenal dan Hull City masing-masing akan didenda kerana gagal mengawal kelakuan pemain.. Namun Arsenal boleh mengemukakan rayuan sehingga 13 Januari 2010..

Wojciech Szczesny iaitu penjaga gol keempat Arsenal yang semakin terpinggir selepas kembalinya Fabianski dari kecederaan kini melanjutkan kontrak pinjamannya bersama Brentford sehingga Januari tahun depan..

Szczesny yang sepatut…

Nasri terlepas dari hukuman gantung

Image
Steve Bennet, pengadil pada perlawanan tempoh hari telah mengesahkan yang dia tidak akan melayangkan kad merah kepada Nasri walaupun jika dia ternampak insiden Nasri memijak kaki Richard Garcia setelah meneliti semula rakaman video insiden tersebut. Ini bermakna Nasri terlepas daripada digantung perlawan dan dapat bermain dalam perlawanan menentang Aston Villa Ahad ini.
Dia juga mengesahkan perlakuan Nick Barmby yang menolak kepala Nasri tidak perlu dikenakan tindakan lanjut.
Namun begitu, English FA masih mempertimbangkan untuk mengenakan denda kepada kedua-dua kelab kerana gagal mengawal perlakuan pemain masing².
Sementara itu, skipper Cesc Fabregas menyatakan yang dia berharap akan kembali cergas untuk perlawanan menentang Aston Villa pada Ahad ini.

Dia dipetik berkata : "Ini (kecederaan) amat memalukan sebab saya berasa sangat baik pada perlawanan menentang Burnley dan ia terjadi pada masa saya berada ditahap puncak permainan (tengah top form). Saya fikir ini dah kali ke tiga pe…

Wenger: Saya akan beli Penyerang

Image
Ok, akhirnya Wenger buka mulut mengatakan yang beliau ingin membeli STRIKER pada januari nanti. Beliau juga tidak kisah untuk membeli pemain yang tidak boleh beraksi di liga juara-juara musim ini. Berikut merupakan petikan temu bual Wenger semasa webchat di laman web rasmi Arsenal, Arsenal.com:

"Yes, I would [sign a player who is cup-tied]. We are going for the domestic title and the FA Cup as well and doing that allows you to rest a player for the Champions League or play another player in the Premier League.Of course I would prefer the player who can play in both competitions and so it would mean the player has the quality to play in the long-term for Arsenal Football Club.But we have an interested eye on the transfer window and if the right player turns up then we will do it."

( Ya saya akan lakukannya (membeli pemain yang xboleh bermain di Champion league.) Kami masih bersaing dalam liga domestik dan piala FA, jadi kami boleh merehatkan pemain yang beraksi di liga juara-ju…

Kembali

Image
Akhirnya Atikah sempat juga sampai ke Taiping dengan selamatnya selepas pergi bercuti hampir seminggu ke Sarawak.. Walaupun Atikah pergi bercuti Atikah x pernah ketinggalan berita-berita terkini skuad Arsenal.. Tapi yang pertama sekali ialah Atikah nak ucapkan terima kasih atas sokongan anda semua selepas Atikah melalui masalah yang bolehla dikatakan serius minggu lepas..

Arsenal diundi menentang FC Porto dalam peringkat kalah mati Champions League meninggalkan impian dan harapan Atikah untuk jumpa bekas pemain Arsenal iaitu Jens Lehmann dan Alexander Hleb yang beraksi bersama VFB Stuttgart.. Porto bolehla dikatakan lawan yang berbahaya dalam pertandingan ini..

Jadi Arsenal terpaksa bermain dengan cemerlang untuk memastikan tempat ke suku akhir terjamin.. Givanildo Vieira de Souza.. Atau lebih dikenali sebagai Hulk merupakan pemain yang akan memberikan ancaman.. Jika kita berjaya mengawalnya peluang untuk kita menang amat cerah..

Perlawanan hujung minggu lepas juga memberikan Atikah caba…

Update kecederaan van Persie

Image
Doktor telah mengesahkan kepada Arsenal bahawa RvP akan sembuh sepenuhnya selepas dibedah, striker ini mengalami kecederaan ligamen pada buku lali kanannya semasa mewakili Belanda menentang Itali bulan lalu.

Wenger berkata: "Apabila anda melalui pembedahan yang besar, pandangan doktor bedah adalah amat penting. Apabila saya bertanya pada doktor adakah Persie masih boleh bermain pada tahap terbaiknya seperti dulu? Saya diberi jawapan yang sangat jelas iaitu 'YA'."

Tambah Wenger, jika proses penyembuhan berjalan dengan lancar RvP mungkin akan kembali pada bulan April. Namun Wenger mengakui bulan May adalah tarikh yang lebih relevan berdasarkan tahap kecederaannya.

"Buat masa sekarang dia tidak mampu melakukan apa-apa. Dia hanya duduk di rumah dan menunggu masa untuk bermain semula.Daripada pandangan saya, saya menjangkakan yang Robin akan berehat sepanjang musim ini. Ia memang mengecewakan. Saya harap Robin akan membuktikan yang saya salah" kata Wenger lagi.



So k…

Arsenal intai Scott Loach.

Image
Khabar angin terbaru yang diterima adalah Arsenal dalam diam sedang cuba untuk mendapatkan penjaga gol Watford, Scott Loach. Dikhabarkan bahawa Arsene wenger sedang memerhatikan Loach secara serius sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Difahamkan Arsenal mungkin akan menggunakan kesempatan masalah kewangan yang dihadapi Watford untuk memancing Loach dengan mudah.

Di sini saya sertakan info mengenai Loach:

Nama: Scott Loach

Kelab: Watford

Jersey: 1

Umur: 21 (27 May 1988)

Tinggi: 1.85m

Kelab terdahulu:
Stamford Rangers (2007)Morecamble (2007)Bradford City (2008) Penampilan Antarabangsa: England bawa 21 ( 11 penampilan )

Emm, kalau la Wenger sudi mintak nasihat saya, saya rasa tak perlu la kita beli keeper lagi. Keeper yang sedia ada pon da cukup bagus. Almunia xde, kita still ade Fabianski. Fabianski xde kita ade Mannone. Rasanya baik Wenger tumpukan pada bahagian Striker ataupun Side Back. Apa kata anda?

Sementara tu, Wenger baru saja mengeluarkan kenyataan bahawa beliau yakin dapat memenang…

Rafael van der Vaart tolak tawaran Arsenal

Image
Arsene Wenger dikatakan telah mendapat tamparan hebat setelah bintang Belanda Rafael van der Vaart mendedahkan yang dia tidak akan berpindah ke mana² kelab BPL pada Januari akan datang.
Arsenal dikaitkan dengan perpindahan 6 juta pound pemain tengah Real Madrid itu dimana Wenger diberitakan sedang mencari pemain yang berpengalaman untuk membantu skuad muda Arsenal.
Dia juga mendedahkan pada permulaan musim, dia amat berminat untuk berpindah ke Liga Perdana dan Arsenal berharap untuk mendapatkan khidmatnya pada awal Januari ini.
Namun begitu, dengan ketiadaan Kaka yang mengalami kecederaan groin, Van der Vaart berjaya mendapatkan kembali tempatnya dalam kesebelasan utama Real Madrid dan dia juga gembira untuk kekal bersama Real Madrid untuk sepanjang musim ini dan hanya selepas itu baru dia akan fikirkan masa depannya bersama Real Madrid.
Van der Vaart dipetik berkata:"Hasrat saya adalah untuk menghabiskan musim disini dan memenuhi kontrak yang saya ada bersama Real Madrid"
"…

Peluang masih terbuka

Salinan daripada berita Harian.
LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin pasukannya adalah antara pesaing utama bagi perebutan juara Liga Perdana England yang dianggap paling terbuka sejak beliau datang ke England sedekad yang lalu. The Gunners berjaya merapatkan kedudukan kurang dari dua mata dari pasukan di tangga kedua, Manchester United yang tewas kepada Fulham, mereka mencatat kemenangan 3-0 ke atas Hull City di Stadium Emirates, kelmarin. Arsenal yang juga mempunyai satu baki perlawanan, menewaskan Liverpool hujung minggu lalu tetapi kehilangan mata selepas seri dengan Burnley beberapa hari kemudian.Bagaimanapun, ketika tiada pasukan yang dilihat kebal termasuk pendahulu liga, Chelsea, Wenger mengakui peluang untuk meraih piala masih menjadi tanda tanya buat semua pasukan. "Pertama sekali ia menunjukkan sesiapa sahaja boleh tewas di mana-mana tempat sekalipun dan ini adalah musim pertama sejak saya berada di sini ia terjadi seperti ini."Kedua, pasukan yang paling …

Perkembangan Young Gunners yang dipinjamkan

Image
Dalam perkembangan perpindahan terbaru, Wilshere mungkin akan ke Burnley.Kalau ianya menjadi kenyataan, kita tak tau macam mana nasib Wilshere di tempat oang nanti. Success jugak ke macam time ngan Arsenal skrang atau makin merudum pulak ke. So, Sekarang ni apa kata kalau kita saksikan perkembangan pemain-pemain muda Arsenal lain yang sedang merantau di kelab pinjaman masing-masing.



Jay simpson - Queens Park Rangers (striker)

Simpson, pemain berusia 21 tahun ini sedang mewakili QPR dengan nombor jersi 23. Sebelum mewakili QPR, simpson telah dipinjamkan ke Millwall (2007-2008) dan West Brom (2009). Simpson telah menjaringkan 7 gol untuk Milwall, 1 gol untuk west brom, dan setakat ini 8 gol untuk QPR. Mengenai karier antarabangsa pula, Simpson telah membuat 11 penampilan untuk pasukan England bawah 18 tahun dengan sumbangan 3 gol.Melakukan debut dengan skuad senior Arsenal pada 11 nov 2008 ketika menentang Wigan dalam Carling cup dengan menjaringkan 2 gol. Ketika itu Arsenal menang 6-0.

Pe…