Posts

Showing posts from November 29, 2009

5 pemain injured !!

Image
Okey Atikah rasa x payahlah Atikah nak buat post match semalam.. Tetapi Atikah akan beritahu disebalik kekalahan semalam ada 5 pemain yang mengalami kecederaan.. Dan seorang pemain membuat lawatan ke Emirates Stadium..

Okey sebelum perlawanan semalam.. Eduardo mengalami kecederaan thigh injury semasa menjalani latihan.. Staf perubatan Arsenal mengesahkan yang Eduardo akan kembali bersama skuad minggu depan..

Eboue yang jelas mengalami kecederaan pada second half perlawanan semalam juga mengalami kecederaan.. Eboue mengalami kecederaan muscular problem.. Atikah x dapat nak pastikan berapa lamakah Eboue akan berehat.. Tetapi harap-harap kecederaannya tidak serius..

Gallas pula yang terhinjut-hinjut beberapa minit sebelum tamat disahkan mengalami kecederaan hamstring.. Namun serius manakah kecederaan hamstringnya masih belum dapat dipastikan.. Dan peluang Gallas untuk beraksi menentang Liverpool minggu depan mungkin 50-50..

Atikah ingatkan Traore akan mengalami kecederaan buku lali selepas d…

ARSENAL benam Stoke! ARSHAVIN meledak!

Image
Arshavin berjaya meledak gol untuk membantu arsenal mencapai kemenangan pada perlawanan menentang stoke semalam. Kapten Rusia ini telah diberikan peranan untuk mengetuai jentera serangan Arsenal di posisi centre foward (CF), satu inisiatif yang jarang dilakukan Wenger kerana Wenger sebelum ini selesa meletakkan Arshavin pada posisi wing foward (WF) atau side midfield (SM). Perubahan ini dilakukan Wenger selepas penyerang-penyerang Arsenal mengalami kecederaan termasuk Eduardo yang cedera pada sesi latihan baru-baru ini.

Perlawanan berkesudahan dengan Arsenal memenangi perlawanan 2-0 melalui jaringan Arshavin dan Ramsey. Kemenangan ini amat bermakna ketika Gunners menyambut 100 perlawanan di stadium Emirates dan perlawanan yang ke-500 dikendalikan oleh Wenger.


Dalam jangka masa 5 minit, penjaga gol stoke, Sorensen berjaya menidakkan 2 percubaan Arsenal yang kedua-duanya melibatkan Arshavin. Beberapa minit kemudian, Arsenal sekali lagi melakukan cubaan dengan Arshavin menolak bola ke ara…

Pre Match : Arsenal vs Stoke City

Image
Okey sebelum Atikah buat pre match.. Atikah nak beritahu yang Arsene Wenger telah mengesahkan yang dia tidak akan membuat sebarang tawaran kepada Maroune Chamakh kerana presiden Bordeaux tidak mahu menjualnya dan Wenger juga sama sekali tidak akan membeli Edin Dzeko kerana harganya terlalu mahal.. Dan Gallas dan Rosicky akan menandatangani kontrak lanjutan tidak lama lagi..

Malam ini Arsenal akan menentang Stoke City yang buat Atikah ialah perlawanan misi tentang kejuaraan liga.. Jika Arsenal mampu menang semua perlawanan sepanjang Disember sehingga tamat musim peluang untuk menjuarai liga teramat-amat cerah.. Dan perlawanan ini juga untuk melihat sentuhan pemusnah pemain Arsenal masih tajam ataupun sebaliknya..

Malangnya perlawanan hari ini tiada siaran langsung.. Tapi ada delay pada pukul 1.00 pagi di astro star sports saluran 813.. Pada perlawanan hari ini Song disahkan tidak boleh beraksi kerana digantung perlawanan.. Dan Walcott pula terpaksa diketepikan akibat kecederaan hamstring…

Bila Eduardo nak tunjuk taringnya ??

Image
Dalam artikel kali ini Atikah nak bincangkan tentang ketumpulan penyerang Arsenal yang dahulunya cukup tajam dan apabila dia diterjah keras dan kakinya patah dia berjaya kembali ke prestasi asalnya sebaik kembali ke dalam pasukan.. Tetapi selepas dituduh diving dia mula kehilangan punca.. Jadi bilakah agaknya dia akan kembali ke prestasi asalnya??

Eduardo Alves da Silva itulah nama penuhnya.. Ataupun lebih dikenali sebagai Eduardo atau Dudu.. Dibawa masuk dari Dinomo Zagreb dengan nilai perpindahan sebanyak 7.5 juta pada Julai 2007.. Musim pertamanya berlangsung baik dengan menjaringkan 13 gol dalam 22 perlawanan dan 2 kali masuk sebagai pemain gantian.. Dan Eduardo berjaya membantu Arsenal berada di puncak sehinggalah satu peristiwa ngeri berlaku..

Peristiwa yang tidak mahu diingati Eduardo.. Tackle dari Martin Taylor hampir sahaja meragut karier Eduardo.. Dan terjahannya itu juga meragut peluang kejuaraan Arsenal.. Namun sebaik sahaja pulih Eduardo menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawana…

Walcott injured lagi

Image
Sagna yang mengalami kecederaan buku lali selepas perlawanan menentang Chelsea hujung minggu lalu disahkan Wenger sudah pulih sepenuhnya dan Sagna akan berada di dalam kesebelasan utama Arsenal menentang Stoke hujung minggu ini..

Namun peluru berpandu Arsenal iaitu Theo Walcott mengalami kecederaan hamstring dan mungkin terlepas aksi selama seminggu.. Bendtner, Diaby dan Clichy masih belum menjalani training tetapi mungkin kembali minggu depan..

Sementara itu pembedahan yang dilakukan ke atas 2 pemain Arsenal iaitu Kieran Gibbs dan Robin Van Persie berjalan lancar.. Jadi sekarang ini mereka berdua akan menjalani proses pemulihan bersama staf-staf perubatan Arsenal sebaik sahaja kembali ke London..

Song yang menerima kad kuning kelimanya semalam disahkan digantung perlawanan dan akan terlepas aksi menentang Stoke City hujung minggu ini.. Okey jangan lupa ke blog Arsenal Ladies yang berjaya membelasah Watford 6-2 awal pagi tadi.. Dan ada seorang pemain yang akan meninggalkan Arsenal Ladies…

Kalah Carling Cup plak

Allo..
INi kali pertama aku menulis di blog ni.. Selaku salah seorang peminat Arsenal agak kecewa dengan kekalahan kali ni di Carling Cup dengan angka 0 -3 . Walaupun Manchester City menggunakan kesebelasan utama tapi tetap tak puas hati dengan keputusan tersebut. Pemain-pemain muda masih lagi merangkak dan tidak setanding lagi manakala serangan masih belum boleh dibanggakan. Bila agaknya Vela nak tunjukkan bakat beliau?
Vela ni seorang striker yang bijak tapi 'position' masih tak berapa nak bagus..

Harap-harap game lepas ni Arsenal dapat menonjol. Nampak gaya masih tercari-cari Piala buat Wenger dan anak buahnya..

First time menulis ..
Zool Ligakampung.

Kenapa Wenger turunkan pemain muda

Image
Okey Atikah agak tertarik dengan artikel Yusri yang seakan-akan kecewa dengan polisi Wenger.. Atikah tulis ini bukannya nak cari gaduh cuma nak menyampaikan pandangan Atikah tentang polisi Wenger ini yang kadang-kadang cukup gila nie.. Atikah akui Atikah pun naik benci dengan polisi Wenger tetapi sesungguhnya polisi-polisi ini untuk projek jangka masa panjang Wenger untuk Arsenal..

Jika Wenger tidak menurunkan pemain muda mungkin kita x akan pernah melihat atau mendengar pemain yang kini kapten pasukan iaitu Cesc Fabregas.. Dan jika Wenger tidak beri peluang mungkin juga Bendtner yang dianggap calon paling berpotensi mengisi kekosongan Van Persie tidak akan pernah dikenali fan Arsenal.. Prospek terbaru bek kiri iaitu Kieran Gibbs juga hadir selepas menyinar dari piala Carling..

Jika Atikah tanya fan-fan Arsenal seramai mana fan Arsenal yang cukup mengenali pemain skuad simpanan Arsenal?? Atikah rasa mungkin seorang daripada 10 orang.. Siapa yang mengambil tahu perkembangan skuad simpana…

CARLING CUP - OUT, FA CUP - ?, BPL - ??, CHAMPION LEAGUE - ???

Image
Kita dah pun terlepas Carling cup selepas kekalahan 3-0 dengan Man City. Semuanya disebabkan polisi Wenger yang menggunakan Carling Cup sebagai medan untuk arsenal menayang bakat-bakat mudanya yang boleh dianggap masih berhingus lagi. Walaupun usaha Wenger untuk mengetengahkan pemain-pemain muda boleh dianggap satu usaha yang patut dihormati, tapi masih releven lagi kah polisi ini digunakan untuk sebuah pasukan yang sudah 4 tahun 'berpuasa' dari sebarang piala?

Ya, Man city menggunakan kesebelasan terkuatnya untuk memastikan mereka terus layak mengharungi kejuaraan kerana mereka sedar peluang untuk memenangi liga sudah semakin tipis. Jadi mereka menumpukan sepenuh kudrat untuk apa yang mereka rasa mereka mampu buat. Tambahan pula mereka tidak menyertai liga juara-juara seperti arsenal.



Rasanya sudah cukup lah Wenger dengan "YOUNG GUNNERS" nya. Wenger berkata dia tidak boleh tidak menggunakan pemain-pemain yang dipupuknya. Takkan nak simpan saja pemain yang telah dilati…

Star in making (Defender)

Image
Mungkin ramai yang tidak tahu yang bukan sahaja Fran Merida dan Jack Wilshere yang muncul dari skuad simpanan dan di promote ke skuad utama Arsenal merupakan pemain yang bagus dan berbakat besar.. Tapi masih ada segelintir pemain skuad simpanan yang berbakat dan mempunyai peluang untuk beraksi bersama skuad utama Arsenal..

Jadi dikesempatan ini Atikah akan senaraikan beberapa lagi pemain yang mampu mengegarkan dunia bola sepak dan tidak mustahil Wenger akan memanggil mereka dengan lebih kerap untuk beraksi bersama skuad utama.. Tapi edisi kali ini hanya khusus untuk star in making di bahagian pertahanan..

Untuk bahagian pertahanan tidak sah jika Atikah tidak menyenaraikan bakal pemain pertahanan terbaik Arsenal iaitu Harvard Nordveit.. Nordveit yang baru berusia 19 tahun sekarang ini sedang dipinjamkan ke FC Nurnberg yang bersaing dalam Bundesliga..

Nordveit yang berasal dari Vats, Norway telah pun mengkagumkan Wenger sejak menyertai Arsenal pada Julai 2007 dari kelab Norway FK Haugesund…

Young Guns Membanggakan

Image
Okey walaupun Arsenal tewas 3-0 di tangan Man. City awal pagi tadi.. Tetapi sekurang-kurangnya kita boleh berbangga dengan aksi pemain-pemain yang beraksi pada awal pagi tadi.. Jika tengok kesebelasan utama Man. City awal pagi tadi agak mengejutkan yang pemain muda Arsenal ini hanya berjaya ditewaskan 3-0..

Paling memukau semalam ialah aksi Mikael Silvestre.. Adebayor sering dikawal ketat Silvestre dan jelas Adebayor berdepan kesukaran untuk menewaskan Silvestre.. Memang aksi Silvestre patut dipuji apabila menjadi faktor utama mengapa benteng pertahanan Arsenal cukup utuh bertahan..

Walaupun Fabianski melepaskan 3 gol.. Namun aksi yang ditunjukkan Fabianski tidak kurang hebatnya.. Bagi Atikah ini juga salah satu faktor mengapa Arsenal hanya tewas 3-0.. Jika Fabianski gagal beraksi cemerlang tidak mustahil Arsenal akan tewas lebih dari 3 gol..

Aaron Ramsey pula muncul pemain yang mensia-siakan dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol.. Jika Ramsey tidak mensia-siakannya tidak mustahil …

18 pemain ke Eastland

Okey ada sedikit kejutan dalam 18 pemain yang dibawa Wenger ke Eastland apabila Song turut tersenarai.. Dan Atikah mendapat tahu yang Merida dibenarkan beraksi pada perlawanan awal pagi ini.. Berikut ialah 18 pemain yang akan menentang Man. City pada pukul 3.40 pagi ini..

TOMAS ROSICKY
CARLOS VELA
AARON RAMSEY
ALEX SONG
MIKAEL SILVESTRE
JACK WILSHERE
LUKASZ FABIANSKI
VITO MANNONE
EMMANUEL EBOUE
ARMAND TRAORE
FRAN MERIDA
KYLE BARTLEY
FRANCIS COQUELIN
CRAIG EASTMOND
EMMANUEL FRIMPONG
KERREA GILBERT
MARK RANDALL
SANCHEZ WATT

Arshavin yang mengecewakan

Image
Okey Atikah agak tergesa-gesa tadi sehingga terlupa hari ini merupakan hari jadi owner Arsenal Malaysia iaitu Afham Abdul Rahman.. Jadi dikesempatan ini Atikah nak mengucapkan Happy BirthdayAfham..

Arshavin menaikkan kemarahan segelinitir fan-fan Arsenal apabila perangai Arshavin semakin menjadi-jadi terutama sekali sejak Russia gagal mara ke pusingan akhir Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan tahun hadapan..

"What I feel bitter about is that we lose in all the big matches.. That is disappointing and lets doubts creep into my mind.. Chelsea are now 11 points ahead of us, although we played one game less.. At the moment, they look the strongest team.."

"They have attacking players who can make use of opponents' slightest defensive mistakes.. Didier Drogba, for example.. If we only take pure strikers, he is the strongest in the world.. He and Zlatan Ibrahimovic..""Arsene Wenger needs to buy new players - and expensive ones too.. Why? Becaus…

Pre Match : Man. City VS Arsenal

Image
Okey sebulum Atikah teruskan.. Atikah nak berikan berita baik tentang pasaran perpindahan pemain bulan depan.. Wenger mengesahkan yang dia akan membeli beberapa lagi pemain atas sebab Van Persie dijangka terlepas aksi sepanjang musim ini..

Dan pada perlawanan awal pagi ini Wenger akan menurunkan pemain-pemain Carling Cupnya.. Tetapi Atikah tidak berapa pasti siapakah gerangan penjaga gol yang akan mengawal gawang Arsenal pada awal pagi ini..

Okey Atikah cuma nak tulis ringkas-ringkas sahaja memandangkan Atikah ada hal nie.. Perlawanan awal pagi ini akan disiarkan secara langsung di Astro Super Sport 2 saluran 816 lebih kurang pukul 3.40 pagi..

Jack Wilshere disahkan akan beraksi pada malam ini selepas dilaporkan mengalami kecederaan buku lali.. Dan Craig Eastmond yang beraksi cemerlang sewaktu menentang Liverpool juga akan diturunkan malam ini..

Jadi kita janganlah berharap yang Man. City turunkan skuad kedua mereka.. Sepanjang kempen Carling Cup ini Mark Hughes hanya menurunkan pemain fi…

Fabregas & Arshavin Top 21 Ballon d'OR 2009

Image
Francesc Fàbregas i Soler berada di tempat ke-12 dalam anugerah Ballon d'OR yang dimenangi pemain sensasi Barcelona iaitu Lionel Messi.. Walaupun Fabregas tidaklah beraksi secermelang musim ini ianya tidak mengelakkannya dari berada di tempat ke-12..

Fabregas hanya mampu menjaringkan 3 gol dari 33 perlawanan sepanjang musim lepas berbanding 13 gol yang dijaringkannya sepanjang musim 2007/2008 dari 45 perlawanan.. Atikah ucapkan tahniah kepada kapten pasukan Arsenal ini.. Harap-harap tahun depan dia berjaya mencatat keputusan yang lebih membanggakan lagi..

Andrei Sergeyevich Arshavin pula berada di tangga ke-21 anugerah Ballon d'OR selepas aksi cemerlangnya sepanjang separuh kedua musim 2008/2009 sehingga membantu Arsenal kekal di top 4 liga dan mara ke separuh akhir Piala FA dan Champions League..

Arshavin beraksi sebanyak 14 perlawanan dan sekali dimasukkan sebagai pemain gantian sejak berhijrah dari Zenit ST Petersburg pada Februari 2009 yang dipercayai memecahkan rekod perpind…