Posts

Showing posts from November 1, 2009

Hightlight Gol Wolverhampton vs Arsenal

Image
Arsenal meneruskan kecemerlangan dengan menang selesa 4-1 ke atas Wolverhampton Wanderers pada saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi, sekali gus merampas tempat kedua daripada Manchester United.


Arsenal kini memperoleh 36 mata daripada 11 perlawanan dengan kaptennya, Cesc Fabregas sekali lagi menyinar dengan membuat jaringan kesembilannya musim ini.

Dua jaringan awal Arsenal diperoleh menerusi jaringan sendiri oleh pemain Wolves. "Ia satu prestasi yang amat baik. Kami memulakan permainan dengan menguasai mereka dari mula hingga akhir," kata pengurus Arsenal, Arsen Wenger. Wolves kini jatuh di tempat ketiga tercorot.



Mereka bermula dengan baik tetapi gol sendiri menerusi Ronald Zubar dan Jody Craddock memusnahkan penguasaan mereka. Pada separuh masa kedua, Fabregas memperoleh jaringannya diikuti Andrei Arshavin untuk gol keempat Arsenal.

Gol sagu hati Wolves diperoleh menerusi Craddock. - Reuters

RVP: Man Of The Oct

Image
Sekalung tahniah gua karungkan kepada striker yg berumur 26 tahun & bermain utk Arsenal dan Belanda, Robin van Persie aka RVP kerana telah dinobatkan pemain terbaik EPL bulan October 2009...apsal mamat ni diberi penghargaan sebegini rupa...



Ini kerana beliau telah membantu The Gunners mencatatkan kemenangan demi kemenangan sepanjang bulan 10 (unbeaten) dengan memboloskan gawang lawan 5 bijik dan assist 2 kali...dengan sumbangannya ini maka selayaknya dia dinobatkan selaku pemain terbaik bulan 10..TAHNIAH BRO!!!!

Jersi Man United ibarat Alas Kaki

Image
Minta maaf kepada penyokong Man United di Malaysia. Gambar ini diambil dari Facebook. Untuk tontotan umum.

Piala Malaysia: Keputusan Kelantan lawan Negeri Sembilan

Image
VS

Prediction: Kelantan Win

Khidmat Merida diperlukan

Image
Khidmat Fran Merida pada ketika ini belum menandatangi persetujuan untuk kontrak seterusnya. Arsene Wenger tetap menyatakan hasrat untuk menyimpan pemain ini dalam tempoh masa yang lama sebelum pemain ini memutuskan untuk ke At Madrid.

Arsene Wenger mempertahan kedudukan Rafa pada ketika dikaitkan dengan isu pemecatan. Baginya Rafa merupakan pengurus berstatus World Class dan katanya kalah dua kali tidak semestinya anda gagal untuk mengecapi kejuaraan.

CL: Arsenal vs AZ Alkmar

Arsenal adalah pemusnah

LONDON - Cesc Fabregas mahu Arsenal menjadikan pertemuan Liga Juara-Juara menentang AZ Alkmaar di Emirates hari ini untuk mempertajamkan penyudah gol pasukan itu.Fabregas ternyata kurang senang dengan cara skuad Arsene Wenger melepaskan gol penyamaan pada babak akhir menentang AZ selepas mendominasi perlawanan di Belanda dua minggu lalu.Apa pun, Arsenal masih kukuh pada landasan untuk layak ke peringkat kalah mati selepas mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan awal Kumpulan H.Sebagai ketua pasukan Gunners, Fabregas sedar mereka perlu membina pendekatan 'tiada belas kasihan' hingga ke penghujung perlawanan jika mahu memenangi kejohanan tersebut.Hanya beberapa hari selepas kecewa diikat juara Belanda itu, Arsenal menyerahkan kelebihan dua gol awal tetapi akhirnya seri 2-2 dengan West Ham.Pemain tengah Sepanyol itu yang menjaringkan gol ketika pasukannya menang 3-0 ke atas pasukan musuh di Tottenham, berharap rakan sepasukan belajar daripada kegagalan mempertahankan kelebi…

Clichy cedera!

Image
Clichy mengalami kecederaan retak bahagian belakang dan tidak akan beraksi selama sebulan. Clichy akan terlepas 2 perlawanan UEFA Champions League dan 3 perlawanan Premier League termasuk perlawanan antara Arsenal dengan Chelsea di Emirates Stadium 29 November.

Gibbs mungkin akan mengambil alih semasa ketiadaan Clichy dan masa itu akan memperbanyakkan lagi pengalaman Gibbs yang mungkin akan menjadi Star Arsenal pada masa akan datang...

Eboue ingin bermain dengan PSG

Image
Eboue mengaku yang tidak akan terus bermain dengan Arsenal dan dia cuba untuk bermain di Ligue 1. Apa yang Eboue cakap??

"Satu hari nanti saya akan bermain di Ligue 1. Saya suka liga itu."

"Paris Saint German(PSG) adalah kelab yang saya kagumi. Jika mereka ingin memberi tawaran untuk saya bermain di sana, saya akan menerima tawaran tersebut. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada musim panas nanti.

"Sekarang saya di Arsenal dan saya fokus pada season ini."

Wenger akui pembelian suatu risiko.

Image
Pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger mengaku bahawa setiap pembelian pemain baru pastinya akan melibatkan risiko tinggi terutama hubungan yang melibatkan kehidupan luar padang para pemain.

Beliau menyatakan perkara demikian bagi mengulas hukuman penjara yang dikenakan terhadap penyerang Hull, Marlon King kerana memukul wanita di kelab malam.

Pengurus Arsenal itu mendedahkan bahawa terdapat beberapa kali beliau terpaksa memperjudikan nasib dalam pembelian pemain baru terutama jika ia melibatkan persaingan dengan beberapa kelab lain.

Beliau berkata,"Dalam setiap keadaan tiada bos yang akan melakukan kesilapan. Ia sentiasa melibatkan persaingan dengan kelab lain yang juga ingin mendapatkan pemain yang sama. Jadi kadangkala kamu harus mencuba seolah-olah bermain 'poker'