Posts

Showing posts from October 18, 2009

West Ham vs Arsenal

Image
Berikutan ketiadaan Atikah, saya mengambil alih buat sementara waktu walaupun kurang mempunyai masa di sini. Sungguh pun begitu, blog mesti diteruskan walaupun pelbagai rintangan yang senantiasa cuba menghalang penulisan ini.

Malam ini perlawanan antara West Ham United di bawah pengendalian bekas pemain Chelsea, Zola vs Arsenal (Arsene Wenger). Kini Arsenal masih kurang 2 perlawanan dari pendahulu liga, Chelsea, andaikata 2 perlawanan ini menang. Kita seiring dan sejalan di dalam memburu piala pada musim ini.

Arsene Wenger pasti masalah untuk memilih siapakah yang bakal mengemudi tempat penjaga gol pada ketika ini kerana ke semua penjaga gol mampu beraksi pada tahap ini.

Saya berharap Arsenal dapat mengekalkan rentak kemenangan pada pagi ini dengan keputusan yang pasti mengembirakan semua penyokong Arsenal.

Arsene Wenger picture in a first year at Arsenal

Image

(TERKINI!) Theo Walcott berdepan kecederaan selama 4 minggu!

Image
Bintang muda Arsenal, Theo Walcott yang berdepan dengan kecederaan lutut dilaporkan akan berehat sekurang-kurangnya 4 minggu selepas diterjah keras oleh pemain Birmingham City, Liam Ridgewell kelmarin.

Walcott mendapat kecederaan ligamen lutut sewaktu pasukannya membenam Blues 3 -1 di Stadium Emirates.

Pemain antarabangsa England itu membuat penampilan sulungnya musim ini setelah berehat panjang sejak musim panas lalu setelah masalah belakang dan kini berdepan dengan kecederaan baru yang memaksa beliau kembali menghabiskan masa di bilik rawatan.

Apa yang pasti, Theo Walcott akan terlepas beraksi buat pasukannya apabila Arsenal akan berkunjung ke Belanda untuk pertembungan dengan AZ Alkmaar dan dia seperti masih tidak bersedia untuk diturunkan sewaktu The Gunners melayan kunjungan AZ Alkmaar di Stadium Emirates pada 4 November nanti.

Dia juga akan terlepas beraksi di Liga Perdana menentang West Ham United, Piala Liga berdepan dengan Liverpool di laman sendiri dan berkunjung ke Utara London…

Bintang Arsenal dicalonkan bagi Anugerah Ballon D'Or

Image
Bintang Arsenal, Andrei Arshavin dan Cesc Fabregas telah dicalonkan bersama 30 pemain bolasepak seluruh Eropah bagi European Footballer of the Year.

Terdahulu, legenda Arsenal yang juga bintang Barcelona, Thierry Henry dan rakan sepasukannya Lionel Messi turut dicalonkan bersama-sama Kaka dan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid.

Selain itu, beberapa pemain Chelsea, Liverpool dan Manchester United turut dicalonkan bagi anugerah terbesar Eropah itu seperti John Terry, Frank Lampard, Didier Drogba, Steven Gerrard, Fernando Torres, Ryan Giggs, Nemanja Vidic, dan Wayne Rooney.


Walau bagaimanapun, tiada seorang pun pemain dari Itali dan Jerman disenaraikan bagi anugerah ini meskipun kedua-dua pasukan pernah bertarung di kejohanan EURO 2008.


Berikut adalah senarai penuh pemain yang dicalonkan bagi European Footballer of the Year :

Andrei Arshavin (Russia, Arsenal)Karim Benzema (France, Olympique Lyon, then Real Madrid)Iker Casillas (Spain, Real Madrid)Cristiano Ronaldo (Portugal, Manchester Unit…

Theo Walcott cedera, Wenger bengang!

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger meratapi kecederaan lutut yang dialami Theo Walcott sambil dibayangi oleh insiden 2 musim lepas - Eduardo Da Silva mendapat kecederaan serius apabila diterjah keras oleh pemain pertahanan Birmingham City, Martin Taylor.

Walcott membuat penampilan sulung musim ini, kelihatan terhincut-hincut setelah diterjah oleh pemain pertahanan lawan, Liam Ridgewell.

Wenger mengatakan: "Sukar untuk menilai kecederaannya pada saat ini, apakah itu adalah suatu ligamentum yang berputar atau hanya sebuah tendangan. Dia akan diimbas pada hari Minggu ini." Sambil menerangkan, Walcott akan terlepas perlawanan Liga Juara-Juara menentang AZ Alkmaar pada Selasa depan. Namun Wenger berharap kecederaan dialami Walcott tidak serius yang memaksanya berehat panjang.

Arsenal FC 3 vs 1 Birmingham City

Image
Arsenal mengukir kemenangan ketujuh mereka ketika membenam Birmingham selepas terpaksa bekerja keras di laman sendiri.

Tampak agak mudah bagi The Gunners apabila Robin van Persie selaku penyerang utama pasukan itu melakukan gol pembukaan seawal minit ke 16 dan diikuti gol kedua pasukan oleh Abou Diaby, dua minit selepas itu.

Lee Bowyer muncul memberikan harapan dan semangat kepada penyokong Blues apabila sepakannya dari jarak dekat menerjah jaring Arsenal selepas kesilapan penjaga gol ketiga Vito Mannone di minit 38. Walau bagaimanapun, Arsenal kembali jauh mendahului Birmingham apabila pemain gantian Andrey Arshavin dengan mudah menolak bola yang dihantar oleh Cesc Fabregas.

Sebelum itu, Arshavin masuk di awal babak kedua menggantikan Theo Walcott yang cedera. Dengan keputusan itu, Arsenal kini menduduki tangga ke-4 liga di belakang Manchester United, Chelsea dan Tottenham Hotspurs dengan 18 mata selepas mengharungi 8 perlawanan, menang 6, kalah 2, menjaringkan 27 gol dan dibolosi 11 …