Posts

Showing posts from September 27, 2009

Pre Match : Arsenal VS Blackburn

Image
Arsenal akan menanti kunjungan Blackburn di Emirates Stadium pada pukul 8.25 malam ini dengan siaran langsung disediakan Astro ESPN saluran 812.. Ingat pukul 8.25 malam !! Dan 30 minit selepas itu Arsenal Ladies akan menentang Millwall pada pusingan kedua Piala Liga..

Dan sejujurnya Atikah tengah pening kepala perlawanan mana agaknya Atikah nak tengok.. Dan disebabkan Arsenal main ditempat sendiri Atikah akan ke Emirates Stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.. Harap-harap kedua-dua pasukan Arsenal ini akan menang bergaya malam ini..

Musim lepas Arsenal menang 4-0 (di Emirates Stadium) di mana Arshavin menjaringkan gol pertamanya bersama Arsenal pada perlawanan ini.. Bukan itu sahaja.. Almunia yang tengah top performence masa itu diterjah keras Diouf..

Terjahan itu seakan-akan terjahan tragedi hitam yang menimpa Eduardo.. Selepas terjahan itu Almunia sering mengalami kecederaan.. Atikah berharap pada perlawanan kali ini tiada lagi terjahan seperti itu yang boleh menyebabkan nadi utama …

Wenger, Arshavin & Henry

Image
Dalam artikel kali ini Atikah mahu ceritakan tentang Wenger yang berbicara tentang Arshavin dan kemungkinan untuk Henry kembali.. Dan Wenger mengesahkan yang Mannone akan menjaga gawang esok kerana Almunia masih belum cergas sepenuhnya..

Namun Wenger menegaskan yang dia tidak pernah berpuas hati dengan Mannone.. Dan mengatakan yang dia tidak pernah melihat prestasi Mannone cukup konsisten.. Dan hanya mahukan Mannone beraksi tanpa sebarang tekanan dan lihat apa respon dari Mannone..

Tentang Arshavin : "Saya percaya dia mempunyai cabaran yang besar di hadapannya.. Dia buatkan Zenit menang dan jika dia berjaya buatkan Arsenal menang dia akan menjadi pemain terbaik sepanjang zaman.. Itulah cabaran sebenar yang dia lalui.. Dan saya percaya dia ada segala potensi untuk melakukannya.."

"Saya rasa kita mempunyai ramai pemain seperti itu dan musim inilah masa untuk mereka tunjukkannya.. Saya sudah menganggap mereka sebagai pemain terbaik.. Tetapi jika mereka mahu orang lain fikir s…

Henry mahu kembali !!

Image
Atikah mahu mengumumkan berita yang paling disukai fan-fan setia Arsenal seluruh dunia apabila Henry mengesahkan kesediaannya untuk kembali menyertai Arsenal dan kembali bekerja bersama Wenger..

Dan Henry sendiri tidak kisah sekiranya terpaksa menjadi water boy di Emirates jika hanya itu saja caranya untuk dia kembali bersama Arsenal dan kembali bekerja di bawah pimpinan Wenger..

"Saya cuba untuk tamatkan apa yang saya mulakan 15 tahun dulu.. Saya selalu katakan yang saya mahu kembali di mana saya mulakan.. Saya tidak pernah berhenti katakan yang saya sayangkan Arsenal.. Dan satu hari nanti saya mahu kembali ke sana.."

"Bagaimana saya tidak tahu.. Mungkin sebagai water boy.. Siapa tahu?? Saya cuma sayangkan Arsenal san sememangnya saya mahu kembali suatu hari nanti.. Ianya satu keseronokan untuk bermain dan berlatih bersama Wenger.."

"Dia seorang manusia yang baik dan berada di atas dikalangan yang terbaik.. Sejujurnya saya tidak boleh lihat Arsenal tanpa Wenger..…

Beli Murah Jual Mahal

Image
Walaupun mempunyai melaporkan £ 50 million sedia baginya, bos The Gunners menolak untuk berbelanja besar untuk membeli pemain, beliau lebih memilih untuk membawa anak muda dalam tawar-menawar harga dan mengembangkan mereka menjadi pemain bertaraf supertar.

Mengapa keadaan ini berlaku? Itu dasar yang telah bekerja untuk Perancis selama 13 tahun sekarang. Sini MirrorFootball Wenger berjalan melalui tawar-menawar pemain top 10.

10) Emmanuel Petit Diisi untuk £ 2.5m, terjual seharga £ 7m
Salah satu pemain awal Wenger di Highbury, Petit datang dari mantan pengurus Arsenal kelab monaco hanya £ 2.5m pada musim panas 1997. Wenger beralih dia dari tengah-kembali ke lapangan tengah dan bermitra dengan Patrick Vieira. Dia akan tampak di rumah dalam peranan barunya dan membawa kejayaan segera apabila ia membantu The Gunners ke Liga Premier dan Piala FA dua kali di musim pertamanya. Pada tahun 2000 ia dijual kepada Barcelona for £ 7m.

9) Emmanuel Adebayor Signed untuk £ 7m, terjual seharga £ 25m
Wenger…

Khabar The Gunners

Image
Okey dalam artikel ini Atikah akan berikan berita terkini tentang kecederaan pemain-pemain Arsenal.. Siapa yang kembali semasa perlawanan menentang Blackburn ahad ini.. Dan pandangan Captain Fabregas tentang Wenger..

Theo Walcott yang beraksi selama 60 minit semasa menentang Olympiakos U-20 pada hari selasa yang lalu akan bersama-sama skuad yang akan menanti kunjungan Blackburn pada hari ahad ini.. Tetapi Atikah tidak berapa pasti tentang kemungkinan Walcott akan berada di kesebelasan utama..

Nicklas Bendtner yang terlepas perlawanan pada hari selasa yang lalu kerana mengalami kemalangan kereta akan kembali selepas diberikan rehat.. Kembalinya Bendtner dan Walcott pasti akan memeningkan kepala Wenger posisi pemain serangan kanan..

Eduardo yang beraksi sebagai pemain gantian semasa menentang Olympiakos selasa yang lalu akan terlepas perlawanan menentang Blackburn ahad ini selepas mengalami kecederaan tight muscle.. Atikah masih x dapat nak pastikan berapa lama Eduardo akan diketepikan..

Al…

13 tahun sudah

Image
Okey sorilah lambat sikit buat artikel tentang genap sudah 13 tahun Wenger membimbing Arsenal.. Wenger muncul sebagai pengurus Arsenal paling lama membimbing Arsenal memecahkan rekod yang dipegang George Allison.. Di sini mari kita lihat kisah manis sepanjang pimpinan Wenger..

Wenger mula dilantik sebagai pengurus Arsenal pada bulan September 1996.. Perlantikan Wenger ini telah memecakan tradisi kelab yang selama ini hanya melantik pengurus tempatan..

Musim 1997/1998 Wenger membawa kejayaan berganda pertama Arsenal di bawah pimpinannya.. Wenger melakukannya sekali lagi pada musim 2001/2002..

Namun kemenangan liga pada tahun 2003/2004 tidak akan dilupakan oleh peminat bola sepak seluruh dunia apabila skuad di bawah pimpinan Wenger menjulang Trophy Premier League dengan mencipta rekad tanpa tewas sepanjang 49 perlawanan pada musim 2003/2004 sebelum tewas kepada MU untuk rekod 50 perlawanan liga tanpa kalah..

MU yang dikatakan hebat tu pun x boleh nak pecahkan rekod 49 perlawanan liga tanpa …

Siapa Pemain Terbaik Bulan September??

Image
Okey sebelum Atikah bercerita panjang pasal siapa pemain terbaik bulan Oktober.. Atikah nak beritahu anda semua yang Arsenal Ladies telah melangkah satu kaki ke peringkat suku akhir Women's Champions League apabila membedil wakil Greece PAOK 9-0 di Greece.. Anda boleh ke Arsenal Ladies Malaysia untuk Post Match perlawanan awal pagi tadi..

Okey.. Atikah dah senaraikan 5 pemain seperti yang diletakkan di laman web rasmi Arsenal untuk calon pemain terbaik bulan September di ruangan Undian Anda.. Jadi jangan lupa untuk mengundinya..

Pemenang anugerah pemain terbaik bulan Ogos yang lalu iaitu Thomas Vermaelen mempunyai peluang sekali lagi untuk memenangi anugerah ini.. Sepanjang bulan September Vermaelen telah menjaringkan 3 gol dan muncul wira di Wigan selepas menerima anugerah pemain terbaik bulan Ogos dengan meledak 2 gol..

Satu gol lagi muncul dalam Champions League semasa menjaringkan gol penyamaan di Belgium.. Dan yang paling penting ialah Vermaelen terus menerus konsisten di bahagi…

Last Minute Goal

Image
2 gol pada 15 minit terakhir termasuk masa tambahan membolehkan Arsenal mengutip 3 mata penuh.. Terima kasih kepada jaringan Van Persie dan Arshavin.. Keseluruhannya Arsenal beraksi cemerlang kecuali Diaby yang seketika bagus dan seketika menyakitkan hati apabila mudah kehilangan bola..

MANNONE
EBOUE-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
ROSICKY------FABREGAS------SONG------DIABY------ARSHAVIN
VAN PERSIE

Itulah barisan kesebelasan utama Arsenal awal pagi tadi.. Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0 walaupun Arsenal melakukan banyak percubaan tepat ke gawang Olympiakos.. Kemasukan Eduardo mengantikan Rosicky pada separuh masa kedua masih belum mampu memberikan impak..

Namun akhirnya Wenger mengeluarkan Diaby untuk membawa masuk Vela.. Keluarnya Diaby bagaikan memberi nafas baru untuk Arsenal apabila gerakan yang dimulakan Fabregas kepada Eduardo yang memperdayakan penjaga gol sebelum pass kepada Van Persie untuk mudah menolak masuk gol pertama perlawanan pada minit ke 78..

Kemudian Wenger me…

liga juara-juara : arsenal 2 - 0 olympiacos

Gol oleh Van Persie dan Arshavin lewat pagi semalam telah membolehkan Arsenal menjadi pendahulu untuk kumpulan H.

Sudut Positif
Penyerang sudah mula menjaringkan gol secara konsisten. Berbanding perlawanan-perlawanan terdahulu di mana kebanyakan gol hadir melalui pemain pertahanan (Gallas dan Vermaelen), Van Persie sudah menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut.Vito Mannone semakin kebal di gawang. Walaupun tidak banyak diuji dalam perlawanan semalam, beliau masih mampu bertindak cemerlang termasuk menepis bola menggunakan hujung jari dalam satu-satunya percubaan tepat Olympiacos ke arah gol.Pemain-pemain yang sering dikritik dalam dua-tiga perlawanan sebelum ini bermain dengan agak baik. Diaby hampir-hampir menjaringkan gol, Clichy sudah mula menemui sentuhan sebagai pemain pertahanan menyerang, Ebou nampak lebih meyakinkan di pertahanan kanan.Sudut Negatif

Arsenal membuat 22 percubaan ke arah gol dengan hanya 12 percubaan tepat ke sasaran. Gol-gol pula hanya hadir pada lewa…

Vela tinggalkan Arsenal Januari ini ??

Image
Arsenal berhadapan dengan risiko kehilangan Carlos Vela pada Januari tahun depan selepas spy Atikah di Sepanyol mengesahkan yang Xerez berminat untuk membawa Vela keluar dari Arsenal Januari ini..

Dan yang paling Atikah risaukan ialah tahun hadapan ialah tahun Piala Dunia.. Sudah semestinya Vela berhasrat untuk muncul bersama skuad Mexico ke Afrika Selatan tahun depan.. Dan untuk mendapatkannya Vela perlu beraksi secara lebih kerap lagi bersama skuad utama Arsenal..

Itu sudah semestinya sukar untuk Wenger berikan memandangkan Bendtner semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai penyerang pilihan Wenger.. Tapi Atikah rasakan kalau Vela meninggalkan Arsenal pada Januari ini.. Ianya merupakan keputusan yang paling bodoh pernah dilakukan Vela..

Tapi selagi tawaran rasmi tidak diberikan.. Vela masih milik Arsenal.. Dan kita tidak perlu risaukannya.. Ianya mungkin hanya angan-angan Xerez.. Kerana Atikah yakin Wenger tidak akan melepaskan Vela dengan mudah.. Adios!!

Pre Match : Arsenal VS Olympiakos

Image
Awal pagi ini Arsenal akan menentang Olympiakos dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan Champions League.. Berita baiknya ialah perlawanan ini akan disiarkan secara langsung di Astro Star Sports pada pukul 2.40 pagi ini.. Baiklah mari kita mulakan artikel ini dengan berita kecederaan dulu..

Denilson disahkan akan berehat selama 2 bulan apabila kecederaan belakangnya bertambah teruk.. Mengikut Wenger, belakang Denilson mengalami sedikit keretakan.. Kerana itulah Denilson akan terlepas aksi selama 2 bulan..

Atikah yang masih di North London sedikit terkejut apabila Atikah mendengar berita yang Bendtner mengalami kemalangan.. Dan nasib baik menyelubungi Bendtner apabila berjaya terlepas kemalangan yang mampu meragut nyawanya itu.. Itulah yang dikatakan paramedik yang merawat Bendtner..

Semuanya berlaku apabila Bendtner yang mahu pergi ke padang latihan Arsenal terbabas.. Menurut saksi kejadian.. Bendtner membawa kereta dengan perlahan.. Dan saksi tersebut mengatakan mungkin Bendtner sedik…

Kisah Arshavin

Image
Okey selepas perlawanan diantara Arsenal Ladies dan Birmingham semalam.. Atikah sempat mengunjungi Arshavin bersama-sama spy Atikah di rumahnya.. Ini bukan beraya okey.. Cuma bertanyakan khabar kepada Arshavin sambil bermain-main dengan anaknya.. Mari ikuti temu bual Atikah bersama Arshavin..

Atikah : Bagaimana kehidupan anda di London sekarang ini?? Sudah menyesuaikan diri?? Dan bagaimana dengan masalah makanan itu??

Arshavin : Saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini sepenuhnya.. Tapi saya tetap puas hati dengan perjalanan karier saya bersama Arsenal.. Kehidupan di sini amat berbeza dari Rusia.. Di sini anda kerap menggunakan kad kredit.. Sebaliknya di Rusia saya lebih kerap membayar tunai.. Tentang masalah makanan saya ini sudah pun diselesaikan..

Atikah : Walaupun menghadapi sedikit masalah kehidupan di sini.. Tetapi Arshavin berjaya beraksi cemerlang semasa bersama Arsenal pada musim pertama Arshavin di sini.. Bagaimana ini boleh berlaku..

Arshavin : Kebanyak…

Arsenal Goalkeeper (Part One)

Image
Fuhh.. Mendebarkan betul.. 2 perlawanan Arsenal yang penuh mendebarkan.. Jika pada hari sabtu lalu Arsenal menang tipis 1-0 mengatasi Fulham.. Jejak langkah pasukan lelaki ini diikuti skuad Arsenal Ladies semalam apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 mengatasi Bimingham.. Nak tahu laporan lanjut sila ke blog Arsenal Ladies Malaysia..

Okey dalam artikel kali ini Atikah nak bincangkan tantang panjaga gol masa kini Arsenal.. Salah seorang dari empat penjaga gol ini mampukah untuk menjadi penjaga gol kental Arsenal setelah David Seaman, Pat Jennings, Bob Wilson dan Jens Lehmann?? Tapi ini semuanya dari pandangan Atikah.. Sama ada anda setuju atau tidak Atikah minta anda renung-renungkanlah apa yang akan Atikah katakan ini..

Manuel Almunia berjaya mencuri tempat dari Jens Lehmann sebagai penjaga gol no. 1 Arsenal pada musim 2007/2008.. Musim lepas bolehla dikatakan musim paling terbaik Almunia bersama Arsenal dan kehebatannya itu dibalas peminat Arsenal dengan memilih Almunia sebagai pema…