Posts

Showing posts from August 16, 2009

Diaby menyerlah Arsenal menang lagi

Image
Arsenal memberikan amaran yang mereka tidak mahu lagi berada nombor 4.. Mereka mahukan trofi EPL kembali semula ke North London dan buat pertama kalinya di Emirates Stadium.. Dan mahu memastikan pengkirit terus menutup mulut mereka..

Diaby mengegar Emirates Stadium apabila beraksi cemerlang dan meledakan 2 gol dalam tempoh 2 minit untuk memberikan pendahuluan kepada Arsenal.. Sebelum Atikah ceritakan secara terperinci.. Mari kita lihat kesebelasan utama Arsenal pada perlawanan ini..

ALMUNIA
EBOUE-----GALLAS------VERMAELEN------GIBBS
DIABY-----FABREGAS------DENILSON------ARSHAVIN
VAN PERSIE------EDUARDO

SUB
MANNONE
SAGNA
CLICHY
SONG
RAMSEY
MERIDA
BENDTNER

Seperti yang Atikah jangkakan.. Wenger akan merehatkan beberapa pemain untuk persiapan menanti kunjugan Celtic.. Dan Gibbs juga memakai jersi bernombor lain iaitu nombor 28.. Tetapi pada permulaannya Atikah lihat Arshavin lebih kepada sayap kanan dan Diaby ke sayap kiri..

Hantaran Eduardo pada minit ke 17 tepat menuju sasaran apabila Diaby berada di…

Pre match: Arsenal VS Portsmouth

Image
Arsenal akan menentang Portsmouth dalam pernampilan pertama di Emirates Stadium sepanjang musim baru EPL ini.. Dengan Arsenal mempunyai masalah kecederaan seperti kebiasaannya.. Dan Portsmouth pula mencari kemenangan pertama mereka selepas tewas dalam 2 perlawanan pembukaan..

Yang bestnya siapa yang x boleh pergi gathering boleh menyaksikan perlawanan di rumah selepas solat terawih pada pukul 9.55 malam ini yang akan disiarkan secara langsung di Astro Starsport saluran 813..

Perlawanan ini akan diadili Steve Bannet.. Yang bestnya ialah refree ini pernah melayangkan kad merah kepada Cristino Ronaldo.. Lebih menariknya semasa menentang Portsmouth.. Apa-apa pun Atikah harap dia x akan berat sebelah kepada mana-mana pasukan..

Aduh apa lagi nak cerita ha?? Pasal berita terkini dalam skuad Arsenal dah Atikah beritahu dalam artikel yang lepas.. So kita teruskan tentang bayangan kesebelasan utama Arsenal dulu..

ALMUNIA
SAGNA------GALLAS------VERMAELEN------CLICHY
FABREGAS-------SONG------DENILSON
BE…

Latest news dari kem Arsenal

Image
Okey sebelum kita mulakan artikel dalam hari pertama bulan puasa tahun ini.. Atikah nak ucapkan Selamat Berpuasa buat fan-fan dan pemain-pemain Arsenal yang beragama Islam.. Jangan curi-curi makan atau pun buat-buat lupa hari ini Puasa..

Kita mulakan dulu dengan rumours yang mengatakan Arsenal dan Barcelona telah mencapai kata persetujuan untuk menjual Fabregas ke Barcelona musim depan.. Wenger memberikan respon dalam pre match confrence..

Wenger mengatakan kelab-kelab Sepanyol ini lebih kepada politik berbanding sifat kesukanan.. Dan kerja mereka yang lain pula ialah merosakkan kelab-kelab lain.. Atikah setuju dengan Wenger yang kelab-kelab di Sepanyol lebih kepada politik..

Barcelona sekarang ini akan mendapatkan presiden baru tahun depan.. Jadi presiden sekarang dan musim hadapan ini jelas mahu bersaing siapa yang berjaya dapatkan Fabregas dulu.. Dan Wenger juga menegaskan yang dia sama sekali tidak akan membuat perjanjian seperti itu..

"Satu benda yang boleh saya kata apabila say…

Impian Wojciech Sczcesny

Image
Penjaga gol Arsenal yang baru dinaikkan dari skuad simpanan iaitu Wojciech Sczcesny yang baru berusia 19 tahun sudah mula bermimpi untuk beraksi bersama skuad senior Arsenal dalam kempen Piala Carling dan juga bercita-cita mahu menyarung jersi no. 1 Arsenal..

"Saya mahu yakinkan pengurus supaya memberikan peluang kepada saya dalam kempen Piala Carling.. Dan kemudian misi utama saya ialah menjadi No. 1 di Arsenal.. Saya mahu beraksi dalam kesebelasan utama setiap sabtu jadi saya perlu mendaki satu persatu langkah.."

"Secara peribadinya saya rasa development saya berjalan dengan lancar setakat ini.. Harap-harap saya akan lakukannya dengan baik dan mengunakan setiap peluang yang ada.. Saya mahu mengambil setiap langkah.."

"Tahun lepas saya masuk dari U-18 ke skuad simpanan.. Tahun ini saya berjaya masuk ke skuad senior.. Saya dapat beberapa peluang dari pengurus dan saya tahu itulah peluang untuk saya menyakinkan dia untuk memberikan saya peluang lagi"..

"S…

Van Persie - We want to fight for each other

Image
"Musim masih lagi baru.. Dan kami telah pun bermain 2 perlawanan penting.. Saya rasa kami telah tunjukkan yang kami mahu bersaing sesama sendiri dan jika kami mampu hasilkannya setiap 3 atau 4 hari kami mampu mencipta langkah yang besar.."

"Dan harap-harap kemudiannya kami melalui musim yang menarik.. Mungkin kerana apa yang media tulis membuatkan kami lebih rapat.. Tetapi kita tengok apa yang akan berlaku.. Saya tidak mahu berkata banyak kerana tidak mahu membuat 'musuh' yang lebih bijak dari sepatutnya.."

"Tetapi jika kamu lihat 2 perlawanan pertama kami beraksi cemerlang.. Target kami lebih tinggi dari musim lepas dan jika kami mampu kekal bersama dan berkerja keras di antara satu sama lain kami akan melalui musim yang bagus"..

Van Persie masih belum berjaya menjaringkan sebarang gol buat masa sekarang ini.. Atikah harap Van Persie akan kembali mencapai prestasi terbaiknya.. Apa-apa pun good luck untuk perlawanan pertama di tempat sendiri menentan…

Thomas Vermaelen

Image
Mari kita ikuti beberapa pandangan tentang prestasi memukau Vermaelen dalam musim pertamanya bersama Arsenal.. Jika Februari yang lalu Arshavin pantas menyesuaikan diri kini Thomas Vermaelen pula..

"Saya terkejut.. Thomas menjalani persiapan yang lama.. Dan kami lihat dia ada kekuatan fizikal dan mental.. Bila diperlukan dia datang.. Saya percaya dia mempunyai campuran yang baik di antara fizikal dan teknikal"..

"Dan ianya cukup mengkagumkan untuk mendapatkan pemain berkaki kiri kerana dia akan berikan sudut yang tepat untuk passing dan ianya bagus untuk pemain tengah.." Sebelum ini pun Sagna jelas kagum dengan kehebatan Vermaelen..

"Thomas ialah signing terbaik.. Dia bagus bertahan.. Mempunyai kaki kiri yang bagus dan handal di udara.. Dia bagaikan sudah berada di kelab lebih lama dari sebenarnya iaitu baru beberapa bulan"..

"Dia cukup tenang dan relax.. Ianya membuatkan semua orang relax.. Bukan hanya saya, Sagna, Gallas dan Clichy.. Kami semua percaya…

Chamakh & Van Der Vaart

Image
Ramai fan-fan Arsenal sekarang ini keseronokkan kerana MU tewas dengan pendatang baru liga Burnley 1-0.. Jangan gembira sangat mungkin nanti kita pula kalah dengan Burnley.. Bukannya mustahil mereka sudah melakukannya dalam Piala Carling musim lepas..

Okey dalam artikel ini Atikah nak ceritakan sikit pasal situasi terkini Chamakh dan juga tentang perpindahan Van Der Vaart.. Jangan menaruh harapan sangat tentang perpindahan kedua-dua pemain ini disebabkan spy Atikah melaporkan tiada langsung tanda-tanda mereka berdua akan ke Emirates Stadium..

Chamakh sekarang ini dikaitkan dengan perpindahan ke West Ham.. Tetapi Chamakh jelas tidak berminat untuk menyertai West Ham dan mengatakan yang dia lebih berminat untuk mengetahui tentang Arsenal..

Tetapi memang tiada kemungkinan untuk Chamakh ke North London memandangkan Wenger tidak sudi untuk menawarkan 18 juta pound untuk Chamakh yang kontraknya hanya berbaki kurang dari setahun..

Okey pasal Van Der Vaart pula Atikah x sangka pulak ramai yang be…

Top 10 Fantasy Premier League Minggu 2

Image
Untuk minggu ke 2 nih, Pak Cik Kayooooooooooooooo.Mohd Azuandy dan Sir. Karlysky telah mendahului kedudukan teratas liga..

Striker Arsenal hilang punca

Image
2 perlawanan awal musim 2009/2010 menyaksikan Arsenal menjaringkan 8 gol!! Tetapi hanya satu gol dari pemain penyerang sementara 3 gol dari pertahanan dan 3 gol dari pemain tengah dan satu gol dari pemain pertahanan lawan..

Jangan katakan kita semakin merindui kelibat Henry dan Adebayor sehingga penyerang kita gagal untuk menjaringkan 2 gol dalam 2 perlawanan sekurang-kurangnya.. Ya memang kita gagal mencari penganti sesuai kepada Henry.. Tetapi ianya 3 musim yang lepas.. Dan penyerang kita berjaya mengisinya..

Rindukan Adebayor.. Oh tolonglah.. Adebayor gagal nak berikan impak seperti mana dia lakukan semasa Henry berhijrah dulu.. Dan Van Persie dan Bendtner lebih menyerlah dari Adebayor sepanjang musim lepas..

Robin Van Persie.. Bagaikan terganggu dengan tugasan berat yang digalasnya sekarang ini apabila mudah kehilangan bola dan gagal membuat sentuhan terbaiknya.. Memang mengecewakan Atikah dan fan-fan Arsenal yang lain..

Bendtner sememangnya tidak mampu mengalas tanggungjawab sebagai …

Gallas semakin menjadi !!

Image
Sama ada kita sedar atau tidak.. Kita mula melupakan Toure sejak gandingan mantap di antara Gallas dan Vermaelen dalam 2 perlawanan pertama mereka bergandingan.. Hanya satu gol dilepaskan dan Gallas sendiri telah menjaringkan 2 gol dan kini berkongsi kedudukan dengan Fabregas sebagai penjaring terbanyak Arsenal musim ini..

Dan ini juga membuka peluang untuk Gallas dipilih sebagai Player Of The Month.. Memang kita sendiri sedari yang Gallas amat gembira sejak kepergian Toure.. Walaupun pada mulanya kita lebih menyokong Gallas pergi berbanding Toure..

Kini Atikah amat gembira kerana Gallas masih kekal dan berjaya menjadi hero Arsenal pada perlawanan menetang Celtic pagi tadi.. Kita pun tahu yang Wenger terpaksa menjual sama ada Gallas mahu pun Toure untuk mengembalikan suasana tenang di kem Arsenal..

Dan Wenger membuat keputusan yang betul apabila menjual Toure.. Jika kita cuba bandingkan di antara Toure dan Gallas.. Kita akan sedari yang Toure lebih handal bertahan berbanding menyerang.. …

Gallas cemerlang Caldwell malang

Image
Arsenal meneruskan rentak cemerlang apabila mendominasi permainan di Glasgow untuk memastikan Arsenal menang 2-0 dan mendapat advantage pada second leg nanti.. Sudah semestinya pemain Celtic sukar untuk menukarkan keputusan ini..

Trio Arsenal iaitu Sagna, Fabregas dan Denilson memberikan khabar gembira apabila berjaya melepasi ujian kecergasan dan sudah semestinya ianya memberikan suntikan moral kepada pemain-pemain Arsenal yang lain.. Ini ialah kesebelasan utama Arsenal pagi tadi..

ALMUNIA
SAGNA------GALLAS-----VERMAELEN------CLICHY
FABREGAS-------SONG------DENILSON
BENDTNER------VAN PERSIE------ARSHAVIN

SUB
MANNONE
DIABY
GIBBS
WILSHERE
SILVESTRE
RAMSEY
EBOUE

Agak mengejutkan Wenger tidak membawa Eduardo sekali.. Tapi apa-apa pun Arsenal tetap menang.. Atikah tidak nampak langsung fan-fan Arsenal di Glasgow.. Mungkin sekumpulan kecil sahaja.. Ianya memang membuatkan Atikah berharap pemain-pemain Arsenal mampu mendiamkan fan-fan Celtic seketika..

Akhirnya sekian lama menunggu Gallas berjaya mendiamk…

Pre Match: Celtic VS Arsenal

Image
Arsenal akan menentang Celtic malam ini di Glasgow, Scotland dalam pertarungan pusingan kelayakan first leg.. Berita baiknya ialah ada live di Astro ESPN saluran 812.. Siapa yang nak tengok streaming Atikah x tahulah mana link streamingnya..

Sebelum kita berbual lebih panjang.. Arsenal dan Celtic pernah bertemu pada 2 Ogos 2003 di Celtic Park di mana Arsenal bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menyamakan kedudukan dari bekas penyerang Arsenal Kanu..

Arsene yang bersikap positif yakin anak-anak buahnya mampu meneruskan aksi cemerlang mereka semasa menentang Celtic malam ini.. Wenger mengakui semangat pemain-pemainnya cukup membara..

Peminat-peminat Arsenal perlulah sedia maklum yang Celtic cukup kental di tempat sendiri disamping menerima sokongan padu fan-fan mereka.. Jadi sudah semestinya fan-fan Arsenal perlu lebih hebat dari penyokong Celtic untuk memastikan pemain-pemain Arsenal tidak kehilangan punca..

Arshavin akan membuat pernampilan pertamanya sebagai pemain Arsenal untuk bera…

Hartson decline Arsenal offer

Image
Hartson yang dikunjungi spy Atikah selepas mendengar berita yang Wenger telah menawarkan kepada Hartson tiket untuk melihat perlawanan di antara 2 bekas kelabnya iaitu Arsenal dan Celtic di Emirates Stadium nanti..

Bagaimana pun Hartson yang semakin pulih dari kansernya memberitahu spy Atikah yang dia terpaksa menolak tawaran tersebut tetapi akan menyaksikan perlawanan tersebut di kaca televisyen..

Hartson juga mengakui dia terharu apabila Wenger memberikan kad Get Well soon kepadanya semasa berada di Hospital.. Apabila ditanya tentang mengapa dia berhijrah ke West Ham inilah reaksi Hartson..

"Wenger tidak mahu saya meniggalkan Arsenal dan telah melakukan segalanya untuk memastikan saya kekal bersama Arsenal.. Namun disebabkan saya menjadi pilihan ke 3 dibelakang Ljungberg dan Wright.. Jadi saya mahu meniggalkan Arsenal untuk beraksi dalam kesebelasan utama.. Kami tidak mempunyai apa-apa masalah.."

"Tetapi bila saya fikirkan karier saya kembali.. Saya terfikir apakah yang a…

Latest Injury News!!

Image
Diaby merupakan pemain yang tersenarai untuk kunjungan ke Celtic pagi ini.. Ianya sudah semstinya merisaukan fan-fan Arsenal.. Atikah harap Diaby tidak akan melakukan perkara bodoh yang mampu menjejaskan permainan Arsenal..

Dan Fabregas, Denilson dan Sagna memberikan khabar kurang enak apabila mengalami kecederaan.. Fabregas hamstring dan Denilson groin.. Ini memaksa mereka bertiga menjalani ujian kecergasan terlebih dahulu sebelum dibenarkan beraksi..

Jika ketiga-tiga mereka ini tidak boleh beraksi.. Sudah semestinya ia memberikan tamparan hebat buat Arsenal untuk mencatat keputusan positif di Glasgow.. Apa-apa pun Atikah amat berharap mereka bertiga akan beraksi malam ini..

Walcott yang baru pulih dari kecederaan semasa menjalani latihan dengan skuad England tempoh hari juga tidak akan beraksi memandangkan masih belum fit sepenuhnya.. Tapi apa yang pasti pada second leg nanti Walcott akan tersenarai tetapi tidak semasa menentang Portsmouth nanti..

Itulah saja berita terkini tentang kece…