Posts

Showing posts from August 9, 2009

Arsenal bedil Everton !!

Image
Arsenal menutup mulut pengkritik apabila mudah membelasah Everton 6-1.. Agak mengejutkan apabila hampir keseluruhan pemainan Arsenal beraksi cemerlang dan jelas pengorbanan fan-fan Arsenal bersengkang mata tidak sia-sia.. Inilah barisan kesebelasan utama Arsenal menentang Everton pagi tadi..

ALMUNIA
SAGNA-----GALLAS-----VERMAELEN-----CLICHY
FABREGAS------SONG------DENILSON
BENDTNER------VAN PERSIE------ARSHAVIN

SUB
MANNONE
EDUARDO
RAMSEY
MERIDA
SILVESTRE
GIBBS
EBOUE

Formasi 4-3-3 (Wing) Arsenal jelas menjadi apabila Everton tertekan untuk mengawal pergerakan pemain-pemain Arsenal.. Fan-fan Arsenal akhirnya menyorak kegembiraan selepas rembatan jarak jauh pada minit ke 26 pemain low profile Arsenal iaitu Denilson tepat menuju jaring selepas menerima hantaran Fabregas..

Memang mengejutkan Atikah apabila bola tersebut menerjah jaring.. Siapa yang sangka Denilson merupakan salah seorang pemain yang paling menyerlah pagi tadi.. Mungkin inilah kelebihan Denilson apabila sikap low profilenya mengundang pa…

Top 5 fantasy premier league Arsenal Malaysia..

Image

gathering!!

Salam..memang sukar untuk mengambil sedikit untuk afham berbicara di blog arsenal malaysia..mujur ada atikah..at least membuatkan blog arsenal malaysia terus ceria walaupun pelbagai kontroversi yang melanda mengenai kemampuan arsenal untuk merebut piala pada musim ini..perpindahan key player seperti adebayor dan kolo toure membuatkan semua penyokong risau lebih-lebih di bahagian pertahanan..mengapakah arsene wenger tidak mengambil DM dan mempercayai denilson untuk menggalas tugasan ini bersama song..ape2 pn..my predict is 3-0..

for ur info..menurut informer ada gathering hasil kerjasama arsenalfc.com.my .. mari kita ke sana..

Tarikh :
15 Ogos 2009 (Sabtu malam Ahad)

Masa berkumpul :
11.00 - 11.30 malam (game start 12.30 malam)

Tempat :
Ali Bistro Setiawangsa

p/s: afham tidak dapat bersama kerana berada di perantauan, Labuan..

Szczesny & Merida pemain baru Arsenal!!

Image
Wenger telah menyenaraikan 2 pemain sebagai pemain baru dalam skuad senior Arsenal.. Wojciech Szczesny dan Fran Merida merupakan dua pemain yang diserap masuk ke skuad senior Arsenal..

Wojciech Szczesny.. Sudah beberapa kali berada di bangku simpanan Arsenal musim lepas.. Dan beraksi dalam beberapa perlawanan dalam pre season juga.. Penjaga gol Poland berusia 19 tahun ini mungkin masih akan beraksi bersama skuad simpanan Arsenal.. Szczesny akan menyerung jersi bernombor 53..

Fran Merdia.. X payahlah bercerita panjang pasal Merida ini disebabkan mungkin ramai yang dah tahu pasal dia.. Memiliki kehebatan seperti Fabregas namun lebih kepada winger.. Merida mempunyai susuk badan yang tegap.. Dan pemain berusia 19 tahun ini akan menyarung jersi bernombor 46..

Wenger - Blame the press, not Cesc Fabregas

Image
Wenger jelas memberikan komen panas kepada media apabila sering memperkatakan tentang penjualan Fabregas ke Barcelona.. Wenger mengatakan sekarang ini dia sedang sibuk untuk membawa Messi ke Arsenal dengan nilai 125 juta pound!!

Atikah amat berharap ianya betul.. Tetapi sebenarnya Wenger hanya bergurau.. Dan Wenger juga menempelak media dengan mengatakan ianya satu kerja yang gila apabila mahu menjual Fabregas dalam masa sehari sebelum EPL bermula..

Wenger juga berkata yang dia tahu Fabregas betul-betul kommited dengan Arsenal.. Sudah semestinya apa yang dikatakan Wenger ini membuatkan fan-fan Arsenal menarik nafas lega apabila Wenger juga memberitahu yang dia tidak ingin menjual Fabregas buat masa sekarang ini..

Dan Atikah sendiri juga yakin Fabregas tidak akan ke mana-mana.. Kerana Atikah amat mempercayai semua janji-janji Faberegas.. Inilah salah satu sebabnya mengapa kita memilih Arsenal..

Walaupun mereka mampu memungkirinya.. Namun sumpahan fan-fan Arsenal kepada mereka sudah semesti…

Pre Match: Everton vs Arsenal

Image
Fuhh.. Sempat jugak nak buat pre match nie.. Sorilah lambat buat pre match.. Bukannya sengaja sebab ada kenduri sikit hari nie.. Lepas nak kena fly balik ke North London sebab ada training dengan skuad Ladies Arsenal pulak.. Penat..

Okey cukuplah berborak nie.. Hari ini Arsenal akan berkunjung ke Goodison Park untuk perlawanan menentang Everton.. Wenger awal-awal lagi sudah memberitahu yang Wilshere tidak akan tersenarai dalam skuad menentang Everton malam ini..

Okey Atikah akan cuba beri bayangan skuad Arsenal malam ini.. Atikah yakin Wenger akan menggunakan formasi 4-5-1 dan mungkin juga 4-3-3..

ALMUNIA
SAGNA------GALLAS------VERMAELEN------CLICHY
FABREGAS------SONG-----ARSHAVIN-----DENILSON------VAN PERSIE
EDUARDO

ALMUNIA
SAGNA-------GALLAS-------VERMAELEN-------CLICHY
SONG-------DENILSON-------FABREGAS
ARSHAVIN-------VAN PERISE------EDUARDO

Atikah lebih suka jika formasi 4-3-3.. Tapi selalunya jika Wenger gunakan formasi 4-3-3 ianya lebih kepada wing dan kadang-kadang ianya bagaikan mengunak…

Latest Injury News

Image
Theo Walcott.. Peluru berpandu Arsenal ini dikatakan kemungkinan tidak akan beraksi menentang Everton kerana mengalami masalah belakang.. Mungkinkah Wilshere akan beraksi menentang Everton malam esok??

Johan Djourou memberi tamparan hebat kepada Wenger apabila mengalami kecederaan buku lali.. Dan dikatakan juga Djourou akan terlepas aksi selama sebulan..

Nampaknya Lukasz Fabianski bakal memberi ruang kepada Mannone di bangku simpanan selepas Wenger mengesahkan Fabianski terpaksa berehat selama 2 bulan kerana akan menjalani pembedahan atas kecederaan buku lalinya..

Abou Diaby yang baru-baru ini mengalami kecederaan groin akan kembali menentang Everton esok.. Satu berita buruk untuk fan Arsenal..

Thomas Vermaelen memberikan satu berita baik disebalik kecederaan Djourou apabila akan membuat debut penuhnya bersama Arsenal selepas berjaya melepasi kecederaannya selepas berjaya beraksi selama 45 minit bersama Belgium..

Wenger berkata Rosicky akan kembali sebaik permulaan bulan September selepas …

Bendtner si pelik

Image
Mungkin kita perasaan sebenarnya Bentdner nie sedikit pelik.. Walaupun Bendtner nie pelik tetapi dialah super sub terbaik kita buat masa sekarang ini.. Tapi kadang-kadang sikap peliknya inilah banyak membantu Arsenal..

Boot pinknya.. Berapa kali Bendtner memakainya semasa perlawanan yang berkesudahan Bendtner menjadi hero Arsenal?? Entahlah Atikah pun dah lupa.. Tetapi aksi semasa perlawanan pertama Fabregas menjadi kapten pasukan menentang FC Dynamo Kyiv akan terus terpahat di minda Atikah..

Bendtner muncul wira selepas masuk mengantikan Aaron Ramsey pada minit ke 68 sebelum meledak pada minit ke 86 lalu menjadi wira Arsenal apabila gol lewat perlawanan Bendtner tersebut membolehkan Arsenal mara ke pusingan kalah mati..

Cuba lihat balik gambar di atas ini.. Bendtner pakai boot berwarna pink.. Memang sikap pelik Bendtner nie membawa kebaikkan kepada Arsenal disamping nasib yang berterusan memihak kepada Bendtner mahu pun Arsenal..

Dan kini Bendtner memakai jersi bernombor 52 pula.. Kata B…

Nombor baru jersi Bendtner

Image
Nombor baru Bendtner sekarang ini ialah 52.. Nak tahu sebab apa Bendtner mengubah nombor jersinya ini mari kita ikuti sesi temu bual bersama Atikah dan Bendtner membincangkan tentang perkara ini..

Atikah: Hai Bendtner.. Okey apa komen anda tentang musim baru yang akan bermula ini..

Bendtner: Musim baru hampir sampai.. Dan bersama rakan-rakan sepasukan yang lain saya amat teruja dan percaya ianya akan menjadi sesuatu yang istimewa untuk semua orang yang berkaitan dengan Arsenal..

Atikah: Okey sebenarnya mengapa Bendtner menukar nombor jersi Bendtner??

Bendtner: Sebelum ianya bermula (musim baru) saya mahu menukar jersi saya dari 26 kepada 52..
Sebenarnya saya memilih untuk menyarung jersi 52 kerana nombor tersebut amat istimewa kepada saya secara peribadinya.. Dan saya harap ianya akan memberikan nasib kepada saya untuk musim baru ini..

Atikah: Jadi bagaimana pula dengan fan-fan yang sudah membeli jersi bernombor 26 anda itu..

Bendtner: Saya menghargai peminat yang telah membeli jersi untuk 2…

Tawaran terakhir Wenger & Eboue stay

Image
Wenger dikatakan membuat tawaran terakhir kepada Bordeaux iaitu sebanyak 8 juta pound.. Dan Bordeaux pula meletakkan 10 juta pound.. Tetapi jika Bordeaux masih menunggu Arsenal menaikkan tawaran mereka ke 10 juta pound itu x akan terjadi memandangkan Wenger dah membuat keputusan 8 juta pound merupakan tawaran terakhirnya..

Jika ditolak Wenger sama sekali tidak berminat untuk membawa Chamakh ke Arsenal.. Jadi Bordeaux berada di dalam tekanan sekarang ini disebabkan hanya Arsenal yang membuat tawaran untuk Chamakh..

Jika mereka menolaknya dan Chamakh memprotes dengan tidak melanjutkan kontraknya Bordeaux berdepan risiko kehilangan Chamakh secara percuma musim depan.. Jadi tindakan yang cukup bijak Wenger..

Dan teka teki tentang masa depan pemain serba boleh Arsenal yang menarik minat Fiorentina terjawab akhirnya apabila Eboue meluahkan kommitmennya bersama Arsenal walaupun selalu menjadi back up sejak kembalinya Walcott dan Gibbs mencuri perhatian..

Dan Fabianski pula bercerita tentang bag…

Arsenal Ladies Blog!!

Image
Atikah dah buat satu blog khas tentang Arsenal Ladies.. Jadi Atikah harap peminat-peminat Arsenal menyokong blog ini.. Tapi ini bukanlah bermakna Atikah meninggalkan blog Arsenal Malaysia..

Ini ialah laman web blog tersebut.. arsenalladiesmalaysiafc.blogspot.com.. Adios!!

I really - really hate Barcelona !!

Image
Perasaan Atikah sekarang ini sedang barcampu baur.. Kalau buat sup campur nie mesti sedap.. Okey sebab apa Atikah rasa macam nie.. Mana boleh tahan kalau spy Atikah beritahu Atikah yang Barcelona nak dapatkan Fabregas selewat-lewatnya musim depan..

Okey kalau musim depan tu bolehlah terima.. Terutama sekali kalau Arsenal gagal menang apa-apa piala walaupun FA Cup.. Namun berita baiknya ialah Barcelona mengakui mereka mungkin gagal untuk mendapatkan Fabregas disebabkan Arsenal awal-awal lagi dah membina kubu untuk menafikan percubaan untuk mendapatkan Fabregas..

Tapi cukup malang buat Arsenal kubu Fabregas boleh berubah-ubah.. Jadi segala keputusan sedang berada di tangan Fabregas sekarang ini.. Dan satu lagi berita baiknya ialah mereka mengakui masih belum berbincang dengan Arsenal..

Tetapi ini bab yang paling Atikah suka.. Barcelona sedia mengangkat bendera putih jika Arsenal meletakkan harga yang cukup tinggi untuk Fabregas.. Tapi menurut spy Atikah yang lagi seorang.. Barcelona bersed…

Chamakh pushes for Arsenal move

Image
Chamakh menjaringkan gol ketiga pasukannya dalam perlawanan pembukaan Ligue 1 semasa menang 4-1 ke atas Lens.. Namun sebelum perlawanan tersebut.. Chamakh meluahkan perasaannya kepada spy Atikah..

"Keutamaan saya ialah Arsenal.. Tapi ada kelab lain.. Jika ianya Arsenal.. Ianya lebih bagus.. Saya harap ianya akan tamat secepat yang mungkin.. Saya tidak boleh tidur seperti kebiasaannya"..

Dan Chamakh juga mengakui dia sudah pun memberitahu Bordeaux akan keinginannya itu.. Pertama semasa berakhirnya musim lepas dan yang kedua baru-baru ini.. Dan Chamakh amat berharap Bordeaux menghormati keputusannya itu..

"Saya memberitahu pengurusan tentang hajat saya dari akhir musim lepas.. Saya berharap dapat menyertai liga lain.. Walaupun Bordeaux tidak mempedulikannya.. Situasi saya perlu dijelaskan.. Saya ingatkan mereka (Bordeaux) akan membuatkan segala-galanya mudah buat saya.."

Wenger sudah pun membuat keputusan 7.5 juta pound merupakan tawaran terakhirnya.. Tetapi keegoan Bord…