Posts

Showing posts from July 19, 2009

Wenger jangan jual Toure!!

Image
Atikah amat-amat berharap Wenger x akan menjual Toure walaupun Man. City menawarkan wang yang cukup lumayan.. Kerana agak sukar untuk kita kehilangan pemain pertahanan kental kita di waktu ini dengan misi musim hadapan menamatkan kemarau 4 musim berturut-turut tanpa trofi..

Man. City sendiri telah mengakui mereka akan melancarkan serangan kepada Toure, Terry dan Lescott untuk membawa mereka ke Eastland.. Jadi Atikah berharap Arsenal akan membuat kubu yang kukuh untuk memastikan Man. City gagal untuk mendapatkan Toure..

Dan Atikah berharap Toure juga tidak teringin nak ke Man. City.. Lebih-lebih lagi meninggalkan kelab kesayangannya iaitu Arsenal hanya kerana wang.. Baik kau fikir betul-betul.. Man. City dengan Kaizer Chief pun kalah..

Walaupun Barry dan Adebayor main.. Jadi jika Toure tetap dengan keputusan untuk ke Eastland.. Atikah ucapkan selamat merana kerana sejujurnya Atikah merasakan Man. City bukanlah pasukan yang hebat untuk mencabar Arsenal musim hadapan..

Atikah minta maaflah d…

Fiorentina nakkan Eboue!!

Image
Fiorentina dalam perancangan untuk memancing pemain Arsenal yang pernah diboo fan Arsenal dan kembali menjadi pemain kesayangan peminat selepas beberapa kali mengujakan fan Arsenal dengan persembahannya..

Eboue yang sememangnya diminati Fiorentina yang sanggup untuk melepaskan Melo ke Arsenal dengan nilai 15 juta euro asalkan Eboue sebahagian dari perjanjian tersebut.. Selepas Arsenal seperti tidak mengendahkan perkara tersebut mereka membuat keputusan menjual Melo ke Juventus..

Dan mereka juga mehu menggunakan duit tersebut untuk membeli Eboue.. Patutkah Wenger menjual pemain serba boleh ini?? Eboue boleh bermain sebagai pemain sayap mahu pun wing back..

Agak merugikan jika kita menjual Eboue.. Namun jika tawaran Fiorentina bagus tiada sebab kita menolaknya.. Tapi dalam masa yang sama kita perlu membeli pemain lain untuk mengantikan Eboue.. Adios!!

Kerja keras pemain Arsenal berterusan

Image
Kerja keras pemain Arsenal berterusan untuk membolehkan mereka mencapai prestasi sebenar mereka sebelum bermulanya kempen musim depan.. Teruskan usaha ini pemain Arsenal!!
Jangan laju sangat Van Persie.. Nanti Eduardo injured balik!! Hati-hati sikit dengan Eduardo tu..
Apalah yang Arsene Wenger dan Pat Rice bincangkan tu??
Toure yang jage Arshavin ke.. Atau Arshavin jaga Toure??
Laju lagi Sagna.. Jangan sampai Ramsey kalahkan kau!!
Sape pula mamat depan Bendtner nie?? Aaron Ramsey ke?? Kalau betul.. Lain betul muka dia..
Hati-hati Eduardo.. Jangan samapi injured balik..
Laju lagi lari Bendtner!!
Tangkap bola tu Mannone..Almunia tu cuba sabotaj Mannone ke??
Kat rumah Arshavin x ade air ke?? Sampai mandi dengan air botol je..
Siapa yang menang nie?? Denilson ke Wilshere??
Apalah yang Arshavin dengan Eboue gelakkan tu??
Laju betul Arshavin lari..
1.. 2.. Cheezee..
Good job Almunia.. Keep up the good work.. Tapi ia pun kau bersungguh-sungguh Almunia.. Jangan lupa si Mannone tu.. Kesian kena jaga tiang…

Adebayor menghasut Toure

Image
Adebayor mula membangkitkan kemarahan fan Arsenal apabila mengakui yang dia mahu mengajak Toure menyertainya ke Man. City.. Apa yang dikatakannya ini memang membuatkan Atikah mahu menembaknya..

"Kolo is a great friend of mine - he's a big player for Arsenal and a top defender."He's been playing in the Premier League for seven or eight years now so he knows this league really well."If the manager could get him, he can get exactly what this club wants and needs from him, I'm sure about that. I know how good Kolo is and I think what Man City needs now is a top-quality defender like him or John Terry."
Adebayor is sure his new club can edge the Gunners out of the top four this season.He added: "I've signed for this club because we can challenge for the top four and to win things."Next season we can push Arsenal and we can challenge them or anyone else to get into that top four."Adebayor could make his City debut in their final tour match ag…

Vieira pembelot terbaru ??

Image
Kali ini Vieira pula yang menjadi pembelot Arsenal?? Bekas kapten Arsenal dan lagenda Arsenal ini dikatakan berminat untuk menyertai musuh setempat dan tradisi Arsenal iaitu Tottenham Hotspurs..

Atikah memang x boleh nak percayanya.. Dan Atikah juga x sanggup untuk membayangkan Vieira menyarung jersi putih Tottenham musim depan.. Atikah harap ianya tidak benar sama sekali..

Bukannya apa.. Memang Arsenal dan Tottenham punya fan sudah terkenal memboo pemain bekas pasukan masing-masing jika menyertai kedua-dua pasukan ini.. Contohnya Sol Campbell.. Tambahan pula Vieira merupakan bekas kapten pujaan fan Arsenal dan lagenda Arsenal..

Apa yang akan fan Arsenal berikan untuk menyambut kehadiran kembali Vieira ke North London tetapi dengan menyarung jersi Tottenham?? Atikah memang x boleh nak bayangkan.. Please Vieira.. I'm bagging you.. Don't go to Tottenham!!

Clichy menempelak Adebayor

Image
Clichy membalas kembali keyataan Adebayor yang mengatakan fan Arsenal yang membuatkannya pergi.. Clichy mengatakan 'You only left us for the money'.. "Saya amat percaya yang jika kamu seorang pemain yang hanya fikirkan tentang duit.. Jadi anda boleh ke Man. City"..

"Anda mesti fikirkan yang jika anda mahu bermain bersama pasukan besar.. Dapat imej anda.. Atau bermain bersama kelab yang bagus semata-mata demi duit.. Jika anda meminta seseorang berhijrah untuk 300 ribu pound seminggu.. Ianya cukup gila"..

Apabila ditanya tentang kemungkinan Man. City akan mengambil alih tempat Arsenal dalam top 4.. Clichy pantas menafikannya..

"Saya berada di sini selama 6 tahun.. Dan ini bukanlah kali pertama sesebuah kelab melaburkan banyak duit untuk membeli pemain bintang.. Tapi itu tidak bermakna sesebuah pasukan itu akan menjadi bagus.. Kadang-kadang apabila kamu dapat pemain seperti ini.. Kamu perlukan 6 hingga 7 bulan untuk mereka menyesuaikan diri"..

Jangan lepaskan Fabregas -Henry-

Image
"Ianya penting Arsenal mengekalkan Fabregas.. Penting.. Dia merupakan kapten Arsenal dan dia masih muda.. Dan saya pasti dia mahu membalas kembali kepada kelab.. Kenal dia.. Dia akan.. Tapi ianya penting mengekalkan Fabregas"..

"Apabila saya bercakap tentang Arsenal.. My heart will always rule my head.. Ianya tidak mudah kehilangan Adebayor.. Dan apa yang berlaku terhadap Nasri bukanlah sesuatu yang diharapkan Arsene"..

"Tapi saya berharap mereka akan memenangi liga dan menang segala-galanya yang mereka boleh.. Itulah perasaan saya terhadap bekas kelab saya.. Apa yang saya tahu tentang Arsenal sepanjang saya bersama mereka ialah bukan hanya mahu berada didalam kelompok top 4"..

Tetapi memenangi liga.. Itulah yang saya nampak semasa saya berada di Arsenal.. Dan saya masih merasai perkara yang sama sekarang.. Mereka merupakan pasukan yang besar.. Arsene dah membuktikan banyak kali yang walaupun berbelanja sedikit"..

"Dia masih mampu menjulang trofi.. …

Huntelaar sasaran baru Arsenal!!

Image
Kepada Armyrule.. Nampaknya harapan anda semakin hampir menjadi kenyataan.. Chamakh dilaporkan spy Atikah semakin hampir ke Sunderland.. Dan Wenger mula mengalihkan perhatian kepada gandingan Van Persie di skuad kebangsaan Belanda iaitu Huntelaar..

Spy Atikah mengatakan yang Huntelaar telah menolak lamaran VFB Stuggart dan mengatakan yang dia mahu ke EPL.. Jadi hanya tinggal Arsenal dan jiran setempat kita iaitu Tottenham untuk mendapatkan Huntelaar..

Mengikut spy Atikah lagi.. Arsenal yakin akan mendapatkan Huntelaar dengan nilai sebanyak 16.5 juta euro untuk menewaskan Tottenham.. Kalau ianya benar-benar berlaku.. Atikah akan menjadi orang pertama yang akan melonjak kegirangan..

Atikah akui yang Atikah lebih meminati Huntelaar berbanding Chamakh.. Apa-apa pun Atikah harap apa yang disampaikan spy Atikah ini akan benar-benar berlaku.. Kerana Huntelaar akan lebih bagus bersama Arsenal.. Tambahan pula Huntelaar sudah serasi dengan Van Persie.. Adios!!

Pemain Arsenal berkerja keras

Image
Pemain-pemain Arsenal berkerja keras sepanjang latihan di Austria.. Tapi dalam masa yang sama suasana kem di Austria jelas gembira dan pemain-pemain Arsenal jelas mempunyai hubungan yang baik sesama mereka..

Namun.. Kemanakah Gallas?? Hubungan Gallas dan pemain-pemain lain bagaikan masih keruh.. Dan pada setiap perlawanan hubungan mereka tidak ubah hanya profesional.. Inilah yang kalau seboleh-bolehnya Atikah x nak lihat..












Eduardo kembali!!

Image
Wenger memberikan berita baik kepada fan Arsenal khususnya yang merindui Eduardo.. Wenger mengatakan yang Eduardo mungkin akan beraksi menentang Szombathelyi Haladas.. Jadi Atikah harapkan Eduardo akan beraksi cemerlang untuk memastikan tempatnya dalam kesebelasan utama terjamin sejak kepergian Adebayor..

Dalam berita lain.. Vela yang sekarang ini bersama Mexico di US menjadi hero di semi final menentang Haitti apabila menjaringkan penalti terakhir untuk memastikan slot akhir menjadi milik Mexico.. Adios!!

Adebayor menaikkan kemarahan fan Arsenal!!

Image
Adebayor sekali lagi membuatkan fan Arsenal membencinya apabila mengatakan fan Arsenal yang membuatkannya keluar.. Bagi Atikah ianya tidak benar sama sekali.. Jika dia tidak meluahkan keingginannya untuk meninggalkan Arsenal sebelum bermulanya musim 2008/2009..

Fan Arsenal tidak sama sekali akan membencinya.. Dan yang kedua ialah prestasinya sepanjang musim 2008/2009 cukup hambar.. Bukan kerana kecederaan.. Tetapi bagi segelintir fan Arsenal.. Adebayor sudah tidak mahu bermain bersama Arsenal lagi..

Tapi Adebayor terus menerus mengatakan yang fan Arsenal yang membuatkannya pergi.. Dan fan Arsenal tahu salah satu sebab kau meninggalkan Arsenal ialah gaji mingguan yang akan Adebayor perolehi..

Sudahlah Adebayor.. Jangan sampai fan Arsenal baling pizza di muka kau baru nak minta maaf.. Dan Adebayor juga menempelak fan Arsenal kenapa tidak membenci Fabregas setiap kali musim panas sudah semestinya Barcelona mahukannya..

Okey Atikah sebagai wakil fan Arsenal di Malaysia mahu mengatakan mengapa…

Cole si pengkhianat

Image
Atikah akan pastekan apa yang dikatakan si budak jahanam dan pengkhianat Ashley Cole ini.. "I think the players City are buying are good. Obviously they have got Gareth Barry, who I know from England and he's a good player. "They have got Stephen Ireland, Shaun Wright-Phillips, Robinho, Manu Adebayor and Carlos Tevez. They are all good players. "This year might be tough to break in but next year, you never know with the guys they are buying. "I think it's going to be hard for them but they could do. You never know, they may gel, click, straight away and it's magic. "I hope they do. I have friends there and I hope they do really well - and that they finish above Arsenal." Cole laughed as he said the name of his old club, where he gets bucket loads of abuse for moving to west London. Atikah memang x pahamlah dengan si Cole nie.. Okey kalau dah blah ke jiran setempat Arsenal tu diam sajalah.. Lagi pun fan Arsenal memang dah geram deng…

Temu bual Arshavin

Image
Atikah menghantar email kepada Arshavin untuk mendapatkan pandangannya, impiannya bersama Arsenal musim depan dan bermacam-macam lagi.. Inilah email yang dihantar Arshavin kepada Atikah..

"Musim hadapan ialah bagaikan musim pertama saya sebenarnya.. Ini bagaikan demo sebelum bermulanya musim baru.. Semuanya akan bermula musim hadapan.. Kami akan lihat bagaimana prestasi kami"..

"Perkara utama kepada saya ialah memastikan tempat kesebelasan utama saya akan kekal.. Saya mahu gembira bersama pasukan semasa pre-season.. Saya sudah pun menyesuaikan diri.. Saya amat gembira.. Peminat sayangkan saya dan itulah perkara paling utama untuk saya"..

"Kami percaya kami akan memenangi trofi.. Musim hadapan akan menjadi detik yang paling gembira yang akan dinikmati pemain dan peminat.. Tapi kami perlu berhenti berkata berapa mudanya kami.. Kami perlu bermain seperti orang dewasa dan kuat"..

Latihan Arsenal di Austria

Image
Di sini Atikah postkan gambar pemain Arsenal menjalani latihan di Austria.. Enjoy it..