Posts

Showing posts from July 12, 2009

I haven't got a plan for new Man!!

Image
"Kami masih belum mahu membeli mana-mana pemain lagi.. Tapi saya akan gunakan duit tersebut jika saya bertemu pemain yang sesuai.. Kami tidak terburu-buru kerana kami mempunyai skuad yang besar"..

"Kami akan lihat dalam perlawanan pre-season sama ada kami perlukan penambahan kedalam pasukan.. Jika kami perlukan pernambahan kami akan lakukannya.. Chamakh merupakan salah seorang pemain yang kami sedang ikuti perkembangannya"..

"Dan jika kami perlukan seorang penyerang.. Chamakh mungkin orangnya.. Kami sedang perhatikannya.. Kami mendapat kembali Rosicky dan Eduardo.. Jadi kami kehilangan penyerang.. Tapi kami mendapatkan kembali 2 pemain penyerang yang tiada musim lepas"..

"Kami juga ada Bendtner, Arshavin, Van persie dan Walcott yang boleh beraksi sebagai penyerang.. Kami ada pemain yang mampu menjadi penyerang"

Apabila ditanya pasal kepergiaan Adebayor.. Inlah reaksi Wenger.. "Kami akan rindukannya (segelintir fan Arsenal x).. Dia merupakan pe…

Adebayor ke Man. City (confirm)

Image
Adebayor akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada fan Arsenal apabila secara sahnya menyertai Man. City dengan nilai perpindahan sebanyak 25 juta pound.. Walau bagaimanapun.. Wenger mengatakan perjanjian tersebut akan secara sahnya berlaku pada malam ini.. Pagi ahad waktu Malaysia..

Tetapi Adebayor telah pun ditunjukkan secara rasminya sebagai pemain baru Man. City.. Dan jelas Adebayor gembira dan bangga menyarung jersi Man. City tersebut.. Namun Adebayor menegaskan yang dia hadir ke Man. City bukan kerana wang..

Atikah x nak mengulas lanjut tentang Adebayor nie.. Apa yang Atikah nak katakan selamat tinggal Adebayor.. Tapi jangan gembira dahulu.. Sebab dalam artikel selepas ini Atikah nak berikan berita buruk.. Adios!!

Permulaan hambar Arsenal

Image
Arsenal memulakan pre-season match dengan keputusan seri 2-2 menentang Barnet.. Arsenal melangkah ke padang dengan semangat yang baru selepas Rosicky kembali ke padang buat pertama kalinya selepas 18 bulan berada di bangku penonton..

Rosicky memakai arm band pada perlawanan ini.. Dan mula menunjukkan kehebatan sebenarnya apabila beraksi cemerlang pada perlawanan ini.. Sebelum Atikah mengulas lanjut.. Mari kita saksikan barisan kesebelasan utama..

ALMUNIA
DJOUROU------GALLAS-----VERMAELEN-----SILVESTRE
WILSHERE-----RANDALL-----FRIMPONG------ROSICKY
ARSHAVIN
WATT

Pada perlawanan semalam juga Vermaelen beraksi buat pertama kalinya bersama Arsenal.. Aksi Vermaelen.. Di sebabkan Atikah hanya melihat perlawanan 25 minit pertama sahaja.. Sepanjang masa itu Vermaelen beraksi cemerlang..

Sanchez Watt bijak melakukan hantaran silang kepada Arshavin pada jarak 4 meter dari gawang gol.. Arshavin tenang menjaringkan gol untuk memberikan pendahuluan kepada Arsenal 1-0 pada minit ke 43..

Namun kegembiraan fa…

New Transfers - Adebayor confirm moved to Manchester City

Image
Desas desus mengatakan Adebayor akan ke Manchester City menjadi realiti. Nampak handsome setelah memakai baju biru ala2 PKR.

Chamakh x akan ke Arsenal??

Image
Pengerusi Bordeaux hampir-hampir membuatkan Atikah sakit jantung apabila dia menafikan yang Wenger sedang bersiap - sedia untuk mendapatkan Chamakh.. "Wenger tidak menelefon kami untuk memberitahu yang dia mahukan Chamakh"..

"Siapa yang membuat cerita Chamakh akan ke Arsenal?? Media.. Ia hanya cerita tanpa bukti".. Tapi Atikah menganggap apa yang dikatakan pengerusi Bordeaux itu hanya untuk memberikan Arsenal dan Bordeaux untuk membuat perjanjian secara senyap..

Sebanya cuba kita ingat apa yang pernah Atikah tuliskan.. Chamakh sendiri sudah tidak sabar-sabar untuk meninggalkan Bordeaux untuk menyertai Arsenal.. Cara pertamanya ialah menolak lanjutan kontraknya..

Kontraknya hanya berbaki setahun.. Jadi Bordeaux tiada pilihan lain selain dari menjual Chamakh berbanding mereka menanggung kerugian apabila kontark Chamakh tamat tahun hadapan..

Tapi Atikah yakin Ivan Gazidis dan Arsene Wenger mampu untuk membawa Chamakh ke North London.. Selewat-lewatnya pada hari terakhir p…

Wenger x bid Huntelaar!!

Image
Nampaknya peluang peminat Arsenal untuk melihat Huntelaar datang ke Arsenal semakin tertutup apabila General Director Madrid menafikan yang Wenger telah pun membuat tawaran untuk mendapatkan Huntelaar..

Sebaliknya mereka mengakui hanya Stuggart yang membuat tawaran rasmi untuk mendapatkan Huntelaar.. Namun Huntelaar masih belum membuat keputusan untuk menyertai Stuggart..

Jadi peluang Wenger untuk mendapatkan Huntelaar masih cerah.. Jadi apa tunggu lagi Wenger masa sudah semakin suntuk nie!! Fan Arsenal tidak mahu hanya Vermalen yang menyertai Arsenal musim panas nie.. Adios!!

Sead Hajrovic signing kedua Youth Arsenal!!

Image
Pemain pertahanan Grasshopper-Club Zürich berusia 16 tahun iaitu Sead Hajrovic dengan nilai perpindahan sekitar 300 ribu euro.. Centre back muda ini dikatakan oleh spy Atikah telah pun menjalani sesi latihan bersama Arsenal Youth sejak permulaan musim panas..

Atikah sendiri pernah terlihat kelibat Sead Hajrovic pada sesi latihan first team.. Perpindahan Sead Hajrovic dikatakan berpunca daripada desakan jurulatih first team Arsenal iaitu Boro Primorac..

Sead Hajrovic merupakan seorang pemain pertahanan yang kental, aggressive dan combative.. Sead Hajrovic akan menyertai pasukan U-18 Arsenal yang dipimpin Steve Bould untuk musim 2009/2010..

Atikah harap Sead Hajrovic akan menyinar di Arsenal U-18 untuk menmpah tempat dalam skuad senior.. Jadi Jamie Edge dan Sead Hajrovic merupakan pemain baru skuad muda Arsenal.. Adios!!

Skuad Arsenal yang akan menentang Barnet!!

Image
Atikah telah pun mendapatkan senarai penuh pemain Arsenal yang akan ke Underhill Stadium esok jam 3 petang waktu London yang bersamaan pukul 9 malam waktu Malaysia.. Pemain tersebut ialah..

MANUEL ALMUNIA
VITO MANNONE
WILLIAM GALLAS
JOHAN DJOUROU
MIKAEL SILVESTRE
THOMAS VERMAELEN
TOMAS ROSICKY
ANDREI ARSHAVIN
JACK WILSHERE
THOMAS CRUISE (PEMAIN PERTAHANAN SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
CRAIG EASTMOND (PEMAIN PERTAHAN SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
LUKE AYLING (PEMAIN PERTAHAN SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
CONOR HENDERSON (PEMAIN MIDFIELD SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
FRANCIS COQUELIN (PEMAIN MIDFIELD SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
JAY EMMANUEL THOMAS (PEMAIN MIDFIELD SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
MARK RANDALL (PEMAIN MIDFIELD SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
EMMANUEL FRIMPONG (PEMAIN MIDFIELD SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
GILES SUNU (PEMAIN PENYERANG SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
SANCHEZ WATT (PEMAIN MIDFIELD SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
JAY SIMPSON (PEMAIN PENYERANG SKUAD SIMPANAN ARSENAL)
NACER BARAZITE (PEMAIN MIDFIELD SKUAD SIMPANAN ARSENAL)

Nacer Barazite muncul se…

Fabregas - I can't wait to see Rosicky return

Image
Fabregas telah mendedahkan yang Rosicky merupakan rakan baiknya di dalam kem Arsenal dan di luar kem Arsenal..

"Saya menghabiskan banyak masa bersamanya dan sata tahu apa yang dia rasa.. Saya tahu apa yang dia mahukan.. Dan saya tidak pernah melihat lelaki yang cukup kommited, sungguh profesional dan tidak pernah berputus asa"..


"Jika ini berlaku terhadap saya (mengalami kecederaan serius).. Saya mungkin tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun.. Saya selalu jatuh dan marah.. Tapi dia amat sukar untuk dipercayai dan apabila kami melihatnya kembali musim ini.. Dia akan kuat dan harap-harap dia mampu membantu kami improve"..

"Dia merupakan pemain yang kamu selesa dan seronok bermain bersama-samanya.. Dan sebagai lelaki.. Dia merupakan seorang yang amazing.. Dia tidak layak untuk menerima injury ini.. Tapi saya yakin dia akan kembali dengan kuat.. Saya berharap segala yang terbaik untuknya kerana kesemua orang dalam pasukan Arsenal merinduinya"..

"Saya simpat…

Walcott - We must learn to grind out results

Image
"Saya rasa kami perlu perkara lakukan perkara yang kotor.. Kadang-kadang ianya bukan kerana permainan yang cantik.. Kami perlukan 3 mata dan kemenangan.. Dalam perlawanan piala tiada siapa yang akan ingat perlawanan tersebut"..

"Asalkan keputusannya bagus.. Kami perlu masukkannya dalam perlawanan kami.. MU dan Chelsea buat perkara yang kotor dan mengambil kesempatan tersebut.. Itulah perkara yang kami perlu lakukan dan improve"..

"Kami mempunyai pengalaman yang bagus apabila melangkah ke peringkat separuh akhir musim lepas.. Dan semakin hampir ke final.. Harap-harap kami mampu menukarkannya kepada yang bagus"..

Seperti yang kita tahu.. Walcott sering beraksi sebagai pemain sayap kanan.. Dan Atikah sudah mendedahkan keingginan Walcott untuk bermain di posisi tengah.. Inilah reaksi Walcott apbila ditanya wartawan Arsenal.com..

"Boss berkata dia berharap akan meletakkan saya di bahagian depan dari sekarang.. Itulah posisi terbaik saya.. Tapi saya beraksi di…

Almunia - Solid start is crucial this season

Image
"Ianya genting untuk semua orang untuk memulakan musim ini dengan baik .. Pada permulaan musim lepas.. Tiada pasukan yang mampu untuk membuat jurang yang besar.. Tapi kami harus membuat permulaan yang baik musim ini jika mahu memenangi liga"..

"Permulaan yang baik memberikan anda konfiden, stabil, mata dan kedudukan yang baik sepanjang musim.. Kami perlu melalui peringkat kelayakan Champions League dalam beberapa musim yang lalu.. Jadi tiada yang baru untuk kami.. Kami harus fokuskannya dan kami perlu bersedia untuknya"..

Apabila ditanya tentang kehadiran Rosicky dan Arshavin untuk Champions League musim hadapan.. Inilah reaksi Almunia..

"Mereka akan membantu kita.. Arshavin sudah pun membantu kami di peringkat liga.. Tapi sekarang dia mampu untuk membantu kami dalam Champions League.. Kerana dia merupakan pemain yang bagus"..

" Kembalinya Tomas amat dialu-alukan kami.. Kerana dia merupakan salah seorang pemain terbaik pasukan ini.. Tapi dia mengalami k…

Alexander Hleb ke San Siro!!

Image
Bekas pemain Arsenal yang paling Atikah benci iaitu Alexander Hleb akhirnya membenarkan Atikah senang hati jika mahu ke Sepanyol apabila Hleb semakin hampir ke San Siro untuk menyertai Inter Milan..

Barcelona telah pun menawarkan 50 juta euro ditambah dengan Samuel Eto'o dan Hleb untuk membawa Zlatan Ibrahimovic ke Nou Camp.. Jadi nampaknya lepas ini Hleb akan menghasut pemain Arsenal untuk menyertai Inter Milanlah pulak..

Atikah rasa Mourinho nie terlalu sukakan pemain Arsenallah.. Mengikut laporan spy Atikah.. Diaby, Van Persie dan Gallas merupakan salah seorang target transfer signingnya.. Okey kalau si Gallas tu mungkinlah sebab bekas anak didiknya dulu..

Ahh.. X kisahlah.. Atikah harap Mourinho cepat-cepat beli si Diaby tu.. Atikah dah meluat tengok muka dia tu.. Okeylah.. Cukuplah cerita pasal Hleb.. Kita cerita pasal orang lain pulak dalam artikel seterusnya.. Adios!!

Jersi Arsenal musim 2009/2010

Image
Atikah nak menyenaraikan kembali jersi Arsenal untuk musim 2009/2010.. Jersi home masih sama dan tiada perubahan.. Away kit pula berwarna biru dan third kit warna putih.. Goalkeeper kit warna kuning.. Adios!!

Home Jersey 2009/2010..
Arsenal Goalkeeper kit 2009/2010..
Arsenal Away kit 2009/2010..
Arsenal third kit 2009/2010..

Temu ramah Arshavin

Image
Mari ikuti pesanan dan kata-kata Arshavin tentang Adebayor dan cara Wenger memperkuatkan Arsenal pada musim panas ini..

"Saya rasa ia amat menyukarkan kepada Arsenal dan Adebayor".. " Dia merupakan penyerang yang bagus.. Semua orang kenal dia dan dia boleh menjaringkan gol dari kosong.. Tapi ini merupakan keputusannya sama ada mahu kekal atau pergi"..

" Kami ada Arsene.. Dia tahu segalanya.. Dia tahu kami perlukan seseorang dan dia akan beli".. Itulah kata-kata Arshavin tentang perpindahan Adebayor dan tentang kepercayaannya terhadap Wenger untuk memperkuatkan pasukan.. Adios!!

Jamie Edge kini milik Arsenal!!

Image
Pemain remaja Cheltenham Town berusia 15 tahun iaitu Jamie Edge telah secara sahnya menyertai Arsenal.. Perkara ini disahkan sendiri oleh Cheltenham Town.. Pengumuman rasmi di dalam laman web Arsenal mungkin akan berlaku pada petang ini..

Jadi Atikah mahu mengucapkan selamat maju jaya Jamie Edge.. Dan Atikah harapkan Jamie Edge akan mampu untuk menembusi kekebalan skuad senior dalam tempoh 3 tahun lagi.. Adios!!

Chamakh merayu!!

Image
Marouane Chamakh merayu kepada Arsenal untuk membawanya secepat yang mungkin ke North London untuk menyertai Arsenal.. "Arsenal merupakan kelab yang sesuai untuk saya.. Kerana ianya sebuah pasukan yang besar.. Dan saya tahu beberapa pemain Arsenal", kata Chamakh..

Atikah cukup terharu apabila Chamakh beria-ia nak bermain bersama Arsenal.. Inilah semangat yang mahu Atikah lihat dalam setiap pemain Arsenal.. Janganlah disebabkan x menang piala dah merajuk dan x ada mood nak main dengan Arsenal..

Mengikut spy Atikah.. Wenger sekarang ini sedang bersiap sedia untuk mengemukakan tawaran sebanyak 7 juta euro untuk mendapatkan khidmat Chamakh.. Dan bersedia untuk melepaskan Silvestre ke Bordeaux..

Atikah harap perjanjian ini akan diselesaikan secepat yang mungkin.. Lebih-lebih lagi alternitif kita iaitu Huntelaar telah menegaskan yang dia mahu stay dalam era galaticos yang baru di Madrid.. Adios!!

Veljko Batrovic pilihan Wenger??

Image
Bintang muda dan baru Serbia berusia 15 tahun dilaporkan akan menjalani latihan bersama Arsenal minggu depan.. Veljko Batrovic merupakan pemain FK Bubamara.. Veljko Batrovic dikatakan sebagai Lionel Messi versi Serbia..

Namun sebelum Wenger membuat keputusan untuk membeli Veljko Batrovic.. Wenger mahu melihat dengan lebih dekat kehebatan Veljko Batrovic.. Jika Veljko Batrovic mampu membuatkan Wenger kagum..

Tempatnya dalam skuad Arsenal amat cerah.. Namun memandangkan umur pemain penyerang ini baru berusia 15 tahun.. Sudah semestinya Veljko Batrovic hanya akan bermain bersama skuad muda Arsenal terleboh dahulu..

Cakap pasal pemain muda skuad lelaki Arsenal.. Atikah baru saja mendengar berita yang skuad ladies Arsenal yang terhebat di England memberikan peluang kepada penjaga gol berumur 14 tahun iaitu Scarlett Field..

Scarlett Field merupakan pelajar di Akademi Thomas Deacon yang terbukti hebat dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.. Scarlett Field menjalani training bersama-sama Atika…

Manchester City atau AC Milan??

Image
Adebayor sekarang ini sedang berfikir-fikir untuk menyertai galaticos England.. Iaitu Man. City.. Adebayar mengatakan yang dia masih mengharapkan AC Milan akan melamarnya.. Dalam masa yang sama akan merugikan Arsenal..

Kerana mengikut spy Atikah AC Milan mungkin membayar kepada Arsenal sekitar 15 - 20 juta euro + Flamini (mungkin).. Adebayor telah pun mendapatkan permit kerja yang barunya dalam persediaan untuk menyertai Man. City atau pun AC Milan..

Sudah semestinya ia membuatkan fan Arsenal menderita untuk menanti keputusan Adebayor.. Kerana lagi cepat dia blah lagi bagus.. Kerana cepatlah sikit kita akan menyambut kehadiran Marouane Chamakh ke kem Arsenal..

Tapi Atikah berharap sangat yang Adebayor akan pergi secepat yang mungkin.. Sebabnya lagi cepat dia pergi lagi bagus.. Lagi pun Atikah x sabar nak menyambut kedatangan Chamakh ke Emirates Stadium.. Adios!!

Update : Arsenal VS Barnet

Image
Atikah nak mengingatkan anda semua yang Arsenal akan menentang Barnet di Underhill Stadium hari sabtu ini pada pukul 9 malam waktu malaysia.. Namun sayangnya tiada siaran langsung di Astro..

Arsenal telah menginformkan dalam laman web rasmi Arsenal pemain manakah yang akan ke Underhill Stadium.. Jadi di sini Atikah akan senaraikan pemain tersebut.. Almunia, Rosicky, Eduardo, Clichy, Mannone, Gallas, Djourou, Wilshere, Nasri, Denilson, Silvestre, Arshavin, Traore, Senderos dan Vermaelen.

Atikah akan beritahu keputusan perlawanan secara terperinci yang akan Atikah postkan pada hari ahad.. Jadi jangan risau okey.. Atikah pun tengah fikirkan cara nak tengok game tersebut.. Tengok streaminglah kalau ada.. Kalau x tengok live score ajelah.. Adios!!

7 Million Euro + Mikael Silvestre

Image
Spy Atikah mula mempertingkatkan pengintipannya terhadap Chamakh apabila Wenger dilaporkan telah membida Chamakh 7 juta euro sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengantikan tempat Adebayor..

Namun spy Atikah berkata yang Bordeaux telah menolak tawaran tersebut.. Namun berita baiknya mereka akan menerima tawaran 7 juta euro yang Arsenal tawarkan itu dengan syarat Silvestre akan ke Bordeaux..

Apa lagi yang ditunggu Wenger?? Bordeaux telah memberikan lampu hijau.. Lagi pun syarat mereka tu bukannya susah untuk di tunaikan.. Nasib baik mereka minta Silvestre.. Kalau nakkan Toure lagi susah..

Lagi pun dengan kehadiran Thomas Vermaelen ke skuad Arsenal sudah cukup untuk membuatkan Silvestre berputih mata.. Lagi pun prestasi Silvestre sering turun naik.. X kan lah Wenger nak si Silvestre tu jadi pelengkap pasukan saja??

Ditambah pula dengan kepulangan kembali Senderos ke Arsenal.. Senderos nie belum tentu lagi berhijrah dari Arsenal.. Atikah lebih sanggup tengok Senderos kekal berbanding Silvestr…

Adebayor pergi siapa pengantinya??

Image
Mari kita ikuti sesi temu ramah spy Atikah dengan Mark Hughes tentang kesudiaan mereka untuk membeli Adebayor dengan harga sekitar 20 - 25 juta pound..

Spy: Mark, benarkah sekarang ini anda sedang dalam urusan untuk membeli Adebayor??

Hughes: Saya rasa ada perbincangan di antara kami dengan Arsenal.. Tapi seperti reaksi saya kepada pemain yang masih belum sah kami tandatangani.. Sebenarnya ini bukanlah masa dan tempat yang sesuai untuk berbincang mengenainya.. Tapi apa yang saya boleh katakan ialah, ya kami ada berhubung.. Masih ada perjanjian yang perlu kami siapkan.. Sebelum ianya betul-betul sah.. Kami tidak akan kata apa-apa.. Sememengnya ini bukanlah masa dan waktu yang sesuai..

Mark Hughes sememangnya merupakan peminat kepada Adebayor.. "Adebayor adalah seorang penyerang yang cukup hebat!! Apabila menentang Arsenal, bahagian pertahanan saya cukup risau dengan kehadiran beliau di kotak penalti kerana beliau cukup pantas dan tangkas 'mencuri' peluang!!" Itulah kata-…

John Hartson

Image
Masihkah anda ingat bekas penyerang Arsenal dari tahun 1995-1997 iaitu John Hartson?? Hartson menyertai Arsenal dari Luton Fc semasa umurnya baru berusia 20 tahun dengan perpindahan bernilai 2.5 juta pound yang merupakan rekod perpindahan untuk pemain muda masa itu..

Hartson bermain sebayak 70 kali iaitu 15 daripadanya sebagai pemain simpanan dan telah menjaringkan 17 gol.. Semasa era Wenger.. Hartson telah dijual ke West Ham dengan nilai 3.2 juta pound selepas Wenger membawa masuk Anelka..

Sebenarnya artikel ini Atikah buat bukanlah untuk menggingati Hartson.. Cuma mahu meluahkan rasa simpati kepadanya selepas Hartson menghidap barah otak.. Apa-apa pun Atikah harapkan Hartson akan tabah menghadapi keadaan ini..

Atikah sebagai fan Arsenal yang prihatin mahu mengucapkan terima kasih atas segala jasamu kepada Arsenal walaupun tidaklah seberapa.. Adios!! Get Well Soon Hartson!!

Adebayor ke Manchester City??

Image
Man. City akan mengemukakan tawaran kepada Arsenal sebanyak 25 juta untuk mendapatkan tanda tangan Adebayor.. Adebayor akan memperoleh gaji sekitar 130 ribu pound seminggu.. Dan nampaknya ura-ura mengatakan Chamakh akan ke Emirates Stadium akan berlaku..

Man. City yang gagal untuk mencapai kata persetujuan dengan Barcelona untuk membawa Eto'o ke Eastland telah menukar sasaran mereka kepada Adebayor.. Jadi x sabar rasanya Atikah nak mengucapkan selamat tinggal Adebayor dan selamat datang Chamakh.. Adios!!

Van Persie Player of The Season!!

Image
Van Persie secara rasminya disahkan menjadi pemain terbaik tahunan Arsenal.. Ianya langsung tidak mengejutkan memandangkan Van Persie telah melalui musim yang paling cemerlangnya bersama Arsenal.. Inilah reaksi Van Persie apabila dia disahkan menjadi pemain terbaik tahunan Arsenal..

"Betulkah?? Ah fantastic.. Ini merupakan penghormatan yang besar.." Van Persie menjadi pemain terbaik tahunan Arsenal apabila menerima undian sebanyak 35.3%.. Nampaknya ini bukanlah penghormatan terakhir kepadanya selepas secara rasminya Van Persie telah menandatangani kontrak baru bersama Arsenal..

Tahniah Atikah ucapkan kepada Van Persie atas kejayaan ini.. Atikah harap musim depan Van Persie akan meneruskan rentak cemerlangnya musim lepas.. Apbila ditanya potensi untuk Arsenal memenangi trofi inilah jawapan Van Persie.. “We will lift a trophy..” Adios!!

Cerita tentang Almunia & Senderos

Image
Almunia yang di temui Atikah di padang latihan Arsenal telah memberitahu kepada Atikah yang dia telah bersedia untuk menerima panggilan dari skuad England.. Pada hari sabtu ini Almunia telah berada di England selama 5 tahun dan boleh menjadi warganegara England..

Tambahan pula Almunia berkahwin dengan wanita Inggeris.. Jadi peluang Almunia untuk menjadi warganegara England amat cerah.. Almunia juga menambah yang dia amat gembira untuk mewakili England seperti mana pemain England mewakili England..

Seperti yang kita tahu.. Almunia berdepan kesukaran untuk merebut tempat dalam skuad Sepanyol apabila Casillas dan Riena terlalu sukar untuk di cabar berbanding di dalam skuad England yang sering mempunyai masalah goalkeeper..

Sementara penjaga gol harapan England iaitu David James semakin berusia 40 tahun dan kehebatannya juga boleh diragui.. Jadi sudah semestinya Almunia menjadi pilihan utama untuk mengambil tempat James..

Jadi Atikah rasa Capello akan membuat keputusan yang bagus memanggil Al…